24 September 2009

Nizar tak dapat Terima Zambry sebagai MB

Nizar tidak dapat menerima Zambry sebagai MB. Bayangan ini tersirat dalam perutusan 1 Syawal Nizar, yang mengatakan bahawa Perak kini mengalami krisis perlembagaan.

Melalui perutusan harinraya yang dimuatkan dalam beberapa laman blog pro Pakatan, Nizar menaruh harapan bahawa DUN Perak akan dibubarkan untuk membolehkan rakyat Perak menentukan kerajaan Negeri, bukan ditentukan oleh mahakamah atau ADUN Katak.

Nizar akan berusaha apakah melalui Saman Sivakumar terhadap SPR yang akan didengar pada 29 September ini, apa kah Sivakumar mempunyai kuasa mengistiharkan 3 kerusi DUN Katak adalah kosong.

Nizar dalam perutusan harirayanya melahirkan harapan tinggi bahawa rakyat Perak akan memilih kerajaan pimpinannya kerana menurut Nizar hanya pakatan sahaja boleh membangun rakyat negeri Perak.

Menurut Nizar Zambry bukan MB pilihan rakyat tetapi pilihan mahkamah dan BN. Oleh itu, Nizar dan wakil rakyat Pakatan hingga kin tidak menerimanya.

Berbagai bantahan telah dilakukan Nizar termasuk persidangan DUN bawah pokok dan DUN Hotel Heritage.

Di mata Nizar, Zambry bukan MB yang sah, akan tetapi merampas MB dari genggamannya. Malah Nizar membayangkan bahawa Umno akan dihukum rakyat di Bagan Pinang di PRK akan diadakan pada 3-11 Oktober depan.

Nizar berkeyakinan Umno akan membayar hutangnya melalui kekalahan di Bagan Pinang.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels