5 September 2018

TAN SRI MUSA SAMBUNG RAWATAN

Kurang 10 jam kembali ke Sabah, untuk tujuan angkat sumpah ADUN Sungai Sibuga, Tan Sri Musa terpaksa kembali ke Ibu Negara untuk menyambung rawatan.

Beliau terpaksa pulang ke Sabah meskipun dilarang pihak doktor yang merawat beliau, namun kata dua daripada Speaker DUN Sabah, yang memetik Perlembagaan Negeri, bahawa jika ADUN Sungai Sibuga itu tidak mengangkat sumpah pada atau sebelum 11 September, maka DUN itu diistiharkan sebagai kosong. Musa telah dipilih sebagai ADUN Sibuga sejak tahun 1994.

Musa tiba di KKIA pukul 12.20 pada Rabu, dan seterusnya mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah, di Bangunan DUN Sabah pada pukul 3.30 petang. Beliau tiba di bangunan itu kira-kira pukul 1 petang daripada Terminal 2 KKIA. Dalam keadaan kurang sihat, beliau terpaksa menunggu lebih 2 jam sebelum Speaker tiba pada pukul 2.45 petang.

Sebelum belepas semula ke Kuala Lumpur dengan pesawat yang sama, kenduri kesyukuran berlangsung di rumah kediaman beliau di Luyang, Kota Kinabalu.

Penulis bersama-sama para penyokong beliau berdoa, agar kesihatan Ketua Menteri Sabah yang sah itu kembali seperti sedia kala.

TAN SRI MUSA AMAN ANGKAT SUMPAH ADUN SUNGAI SIBUGA

Tan Sri Musa Membaca Kenyataan Ringkas 
Atas sebab kesihatan, Tan Sri Musa Aman hanya dapat mengangkat sumpah ADUN Sungai Sibuga pada Rabu di hadapan Speaker DUN Sabah.

Musa yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada tengah hari, Rabu terus ke Bangunan DUN Sabah, di Teluk Likas, Kota Kinabalu.

Musa terpaksa berubat di UK pada pertengahan Mei seusai PRU-14 dan kembali ke tanah air pada 21 Ogos, meskipun dilarang doktor yang merawat beliau.

Selepas mengangkat sumpah, Musa membaca kenyataan ringkas beliau seperti berikut:-

Alhamdulillah

Saya kini telah selamat kembali ke Sabah, demi menunaikan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat, di sebalik keadaan kesihatan serta bertentangan dengan nasihat doktor yang sedang merawat saya.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Speaker DUN yang memahami keadaan kesihatan saya serta telah memberi persetujuan untuk saya datang menghadap bagi membolehkan saya memenuhi tanggungjawab selaku Ahli Dewan Undangan Negeri.

Saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa di Kuala Lumpur dan akan tetap memberikan kerjasama tersebut selagi diperlukan.

Perlu saya tekankan di sini bahawa saya bukanlah seorang pelarian dan tidak sesekali pernah terniat di dalam hati untuk lari daripada pihak berkuasa Malaysia (sebagaimana yang pernah digembar-gemburkan di dalam sosial media selama ini).

Saya telah berada di luar negara atas sebab-sebab kesihatan serta rawatan rapi yang diperlukan dan ini dibuktikan dengan laporan kesihatan daripada para doktor yang merawat saya.

Saya adalah anak peribumi Negeri Sabah yang selama ini telah memberikan khidmat bakti terhadap kawasan DUN yang saya wakili serta negeri Sabah yang saya cintai. Perjuangan dan khidmat kepada rakyat serta negeri ini akan tetap diteruskan dengan sedaya upaya saya. Insya-Allah.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak, khususnya para penyokong saya, atas sokongan padu serta doa-doa yang tuan-tuan dan puan-puan berikan selama ini.

Terima kasih.

Musa disambut ribuan penyokong beliau di Terminal 2 KKIA. Antara para pemimpin yang kelihatan menyambut beliau, Datuk Hajiji Noor, Datuk Yahya Hussien, Datuk Radin Maleh, Datuk Arifin Arif, Datuk Hamisa Yassin dan ramai lagi. Sebaik Musa keluar menunju kenderaan yang sedang menunggu, lauangan HIDUP MUSA BERGELOMBANG.

4 September 2018

KERAJAAN SABAH: DETIK-DETIK RAMPASAN KUASA (PART-II)

Bermula dengan pertemuan antara Madius dan Shafie (gambar) pada pagi 11 Mei,2018. Dalam masa-masa ini juga 4 ADUN Umno sudah berada di belakang rumah Presiden Parti warisan itu- ADUN Balung, ADUN Tanjung Batu, ADUN Sebatik dan ADUN Kemabong. Dipercayai dalng kepada ADUN-ADUN Umno itu adalah ADUN Kemabong, kerana beliau "memang orang Shafie" semasa dalam Umno.

Pada 11 Mei, 2018 "Mesyuarat" tergempar UPKO, sebagai tindak balas kepada Perjumpaan Madius-Shafie. Dalam mesyuarat itu, UPKO keluar daripada Bn. Ekoran tindakan itu, 2 ADUN parti itu meninggalkan Seri Gaya (ADUN Panginatan dan ADUN Kedamaian), selain 4 ADUN Umno. Apabila tersebar bahawa berlakunya tindakan khianat, 6 ADUN Bn itu hilang daripada radar Bn. Malam itu Astroawani menyiarkan secara "live" perbualan dengan Jamawi Jaafar (ADUN Kembong) sebagai pengesahaan bahawa beliau telah berpaling tadah.

Ekoran tindakan 6 ADUN Bn itu, kawasan rumah Shafie dipenuhi oleh para penyokong, kenderaan sehingga ke bahu jalan. Mereka mengatur langkah untuk memastikan Datuk Shafie Apdal dilantik sebagai Ketua Menteri. Malam itu, mereka berkumpul di Padang Merdeka, pembicara mereka termasuk MP Penampang, Darell leiking, yang menggunakan Presiden STAR sebagai "punching bag" dengan laungan KATAK! KATAK! KATAK!. Perhimpunan di Padang Merdeka dilanjutkan sehingga petang 12 Mei, 2018.

Di media sosial, maklumat bertali arus, bahawa Shafie hanya menunggu jemputan Istana. Para penyokong beliau, siap dengan baju "coat" berlegar-legar di kawasan rumah beliau, termasuk kawasan supermarket CKS dan beberapa kelab di sekitarnya.

Walaupun keadaan yang bercelaru itu, Tan Sri Musa Aman bersama kabinet beliau sempat bermesyuarat untuk kali pertama pada tengah hari 12 Mei di bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di Teluk Likas.

Oleh kerana pihak Istana akan melantik Shafie pada malam itu, dikatakan Istana telah menghantar surat kepada Tan Seri Musa Aman, memmaklumkan bahawa beliau bukan lagi Ketua Menteri. Ekoran pemberi tahuan itu, sekitar pukul 7 malam, beliau mengeluarkan kenyataan Akhbar bahawa beliau masih Ketua Menteri, kerana tiada seorangpun daripada kabinet beliau telah meletakkan jawatan.

Malam itu, sekitar pukul 9 malam, Shafie membaca watikah perlantikan Ketua Menteri. (foto). Bersambung

TAKTIK KERAJAAN MENGABURI MATA RAKYAT

Apabila mahkamah membebaskan dan melepaskan Lim Guan Eng atas permintaan Pendakwa Raya (Pembela hanya memohon dibebaskan tanpa dilepaskan (ertinya kes boleh di bawah semula ke mahkamah)- tag TERKEJUT melanda negara. Semua yang mendengar keputusan itu ada yang serius terkejut atau juga yang berlakon pura-pura terkejut.

Pada keadaan terkejut- Tun Dr Mahathir membuat kenyataan berkaitan Pan Borneo. Menerusi kenyataan itu, pembinaan lebuh raya di bahagian Sabah akan disiasat mengapa mengalami kelambatan, sedangkan dana sudah disalurkan. Menerusi kenyataan itu surat khabar tempatan Sabah membuat laporan dengan tajuk " Pan Borneo Funds missing?" Tujuan tajuk ini adalah untuk mengaburi mata rakyat berkaitan keputusan PELIK peguam negara memohon pembebasan mutlak Lim Guan Eng.

Menerusi pembebas mutlak itu, seolah-olah Menteri Kewangan itu tidak terpalit atau tidak pernah dituduh atau dibicarakan. Namun, apa yang mustahak Peguam Negara membantu Guan Eng mendapat pendapatan RM1juta (wang ikat jamin), selain rumah di bawah kos sebenar, tanah pertanian yang murah ke tanah perumahan yang mahal. Kerana kes ini kes merompak di siang bolong, maka "divert" diperlukan, sebab itu tangan-tangan kerajaan hari ini seperti DE- perlu membuat laporan sensasi.

3 September 2018

RASUAH: BEZA KHIR TOYO DAN GUAN ENG

Khir Toyo bukan sahaja Umno mahu dia bersalah, akan tetapi melayu, cina juga mahu dia bersalah. Guan Eng (Lim Guan Eng), hanya Umno sahaja yang mahu dia bersalah, manakala melayu bukan Umno, tidak, kaum cina 100% tidak mahu dia bersalah. Itu lah perbezaan antara dua Orang Kena Tuduh (OKT) ini walaupun kes mereka serupa (bagai kan pinang dibelah dua).

Tun Dr tahu sudah keputusan mahkamah, apabila beliau melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Kenyataan TERKEJUT, hanya lakonan. Siapa yang tidak kenal Tun Dr Mahathir, beliau itu macam program excel- what you see what you get.

Kerajaan PH memberi tahu rakyat Malaysia, apa itu RULE OF LAW. Rule of Law, adalah membebaskan kawan-kawan, meskipun salah. Rule of law ini lah yang bakal diwarisi di negara ini.

Lupa kan lah, seseorang tidak bersalah selagi tidak didapati bersalah, kerana kerajaan PH akan membuktikan anda bersalah, jika anda bukan sebahagian daripada mereka. Ini lah Rule of Law, yang perlu dipelajari semula oleh mahasiswa undang-undang.

Pembebasan Lim Guan Eng, tiada impak kepada rakyat, bukti akan dapat dilihat menerusi PRK Balakong dan Seri Setia. Calon-calon PH akan menang.

Bagi SPRM, buang masa sahaja menangkap sesiapa yang berafiliasi dengan kerajaan PH. Untuk kelihatan masih ada taring, berpesta lah menangkap para pemimpin kerajaan dahulu, kerana anda akan dibantu RULE OF LAW yang baharu.

RASUAH: SPRM KENA KAJI SOP SEMULA

Simpati pada Khir Toyo-Mangsa 
Menjadi pengajaran kepada SPRM, jangan sebarangan tangkap dan dakwa, jika kes tidak kuat, seperti mana kes Lim Guan Eng. 

Lim Guan Eng sedang dibicarakan di mahkamah kerana salah guna kuasa, selain itu diikat jamin oleh mahkamah sebanyak RM1juta. Jumlah ikat jamin itu "menggambarkan" seriusnya kes, jika dilihat pada kes-kes lalu. Namun, "mungkin" pendakwa raya, merasakan bahawa kes tidak kuat dan susah untuk dimenangi, maka buang masa meneruskannya. 

Berasaskan kepada keadaan itu, maka SPRM kena kaji semula SOP mereka, supaya kes Guan Eng tidak berulang, supaya kes Datuk Shafie Apdal tidak berulang.

Berikutan "give-up" jabatan pegauam negara, maka kini, Guan Eng, selain kaya RM1juta, kerana ikat jamin yang dibayar oleh menerusi tabung "save Guan Eng", beliau juga dapat rumah di bawah harga pasaran, kawan beliau dapat tanah pertanian jadi tanah industri, maka keuntungan berlimpah bagi ke dua belah pihak. Ini lah yang di katakan menang-menang.

Bermula daripada sekarang, SPRM perlu menumpukan kepada kes ikan bilis supaya tidak tidak dimalukan, kerana pada kebiasaannya, kes-kes ikan bilis, SPRM sentiasa menang, pengecualian kes Dr Khir Toyo yang hampir serupa dengan kes Lim Guan Eng, Khir Toyo adalah mangsa keadaan. Apa kah SPRM tidak menyesal bertindak terhadap mantan MB Selengor itu?

2 September 2018

KERAJAAN SABAH: DETIK-DETIK RAMPASAN KUASA

Petang 9 Mei selepas semua pusat mengundi ditutup, penulis bersama seorang teman bersiap sedia ke Rumah Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah menunggu keputusan rasmi PRU-14.

Di rumah kediaman itu, tidak semua calon-calon Bn hadir, namun 29 ADUN yang telah mengetahui keputusan bahawa mereka telah menang, didapati berlegar-legar. Di antara mereka, hanya ADUN yang merokok kekadang keluar untuk memasang rokok, namun bukan dalam keadaan santai, kelihatan sekadar melepas gian.

Di luar dan dalam rumah, kelihatan calon-calon yang kalah, duduk-duduk sambil mengenang, selain perasaan tidak percaya, mengapa kalah.

Saya bercakap dengan beberapa ADUN daripada Umno dan mereka ini "rapat" dengan Tan Sri Musa Aman. Dalam bual-bual kami itu, memang "perbincangan" antara  Bn dan Presiden STAR- Datuk Dr Jeffery Kitingan sedang berlaku, dan tanda-tanda Presiden STAR itu bekerja sama dengan Bn, mendekati muktamad.

Walaupun kesepakatan antara Dr Jeffery dan Bn hampir muktamad, ada yang memberi tahu, bahawa Presiden STAR itu "dilihat" di rumah Datuk Shafie Apdal, di Jalan Bundusan, Penampang namun masa tidak disebutkan, dan tiada yang mengsahkan kejadian itu sehingga kini.

Pada pagi 10 mei,  gambar di bawah lah (kanan) yang mengsahkan, bahawa kerajaan Sabah dibentuk antara Bn dan STAR. Gambar ini dimabil, sementara menunggu jemputan ke Istana Negeri untuk tujuan mengangkat sumpah.

Kerajaan Sabah yang diterajui Umno bersama Star melepasi majoriti mudah ADUN Sabah, kerana mempunyai 31 ADUN daripada 60.

Pada malam itu, 10 Mei, gambar di bawah (kiri)- Tan Sri Musa menerima watikah pelantikan jawatan Ketua Menteri Sabah daripada TYT Sabah.

dan seterusnya beliau mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri.

Pada malam itu juga, kabinet beliau turut sama mengangkat sumpah.

(bersambung).

DI SEMENANJUNG ADA MELAYU BANGKIT, DI SABAH?

Di Semenanjung, Umno boleh didorong dan didukung menerusi Melayu Bangkit, di Sabah? apa kah boleh menjadi pendorong dan pendukung?

Kalau melihat pendorong dan pendukung awal Umno adalah para pendukung dan penyokong Usno, manta-mantan ahli dan penyokong parti Berjaya, selain serpihan penyokong parti PBS. Berganding bahunya mereka itu, maka Umno Sabah "gradually" semakin kuat dan memuncak pada PRU 2004.

Sebagai imbasan, kerajaan Sabah yang ditunjangi Umno mengambil alih kerajaan Sabah pada tahun 1994 dan seterusnya memerintah selama 24 tahun. 

Kerajaan Sabah yang ditunjangi Umno telah memansuhkan "jinx" 9 tahun kerana sebelum tahun 1994, setiap 9 tahun berlakunya perubahan kerajaan negeri. Kerajaan yang ditunjangi Umno juga untuk pertama kalinya sejak merdeka, Ketua Menteri Sabah tidak berganti hampir 15 tahun.

Apabila Umno Sabah diketepikan oleh penyokong asal parti itu, maka menyebabkan banyak kerusi tradisi parti itu di tawan parti Warisan Sabah pada PRU-14.

Secara lojiknya, jika Umno mahu kembali bangkit, maka perlu menawan semula kawasan-kawasan tersebut dan sudah tentunya rakyat yang termasuk dalam kumpulan itu.

Boleh kah Umno melaungkan bangkit BUMIS- bajau, ubian, melayu Sabah, Irranun, Suluk, KDM? jika ikut rentak Umno Semenanjung BANGKIT MELAYU!!!. atau BANGKIT BUMIPUTERA SABAH? Bagai mana melaungkan semangat itu? sedangkan Parti Warisan Sabah juga mewakili BUMIS, KDM, kemudiannya PKR serta UPKO juga mengayumi kumpulan rakyat yang sama.

Melihat kepada senario itu, maka Umno Sabah tidak sesuai menggunakan perkataan BANGKIT, demikian juga PBS dan STAR, jika demikian, pembangkit semangat apa yang boleh digunakan? 

Tak kan lah Umno Sabah, PBS dan STAR hanya berlegar-legar mempersoalkan soal-soal perlantikan Presiden MPS, perlantikan Pengarah JAS, atau mempolitikkan rumah-rumah setinggan yang terbakar, kemudiannya isu-isu pemberian Kad Pengenalan kepada PATI/PTI.

Para pemimpin UMNO Sabah, PBS dan STAR, kena mencari SATU SLOGAN PEMBANGKIT semangat, untuk menarik semula sokongan rakyat.

1 September 2018

APA KAH SAIFUDDIN NASUTION MANGSA PERTAMA ANWAR?

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan bersama pembangkang, jika menteri-menteri PH salah guna kuasa dan cuai.

Hari ini Menteri KPDNKK- Datuk Saifuddin Nasution mengatakan, bahawa dengan pelaksanaan SST, maka rakyat ada lebihan wang RM2bilion, kerana menerusi sistem cukai itu, kerajaan hanya mengutip RM2bilion, berbanding GST RM4bilion. Apa kah kenyataan beliau itu tersalah lapor atau memang demikian, kerana menteri-menteri PH, terlalu jumud berkaitan matematik. Sebelum ini, Menteri Pertanian, membuat kenyataan di Parlimen, bahawa daripada 72 ladang jagaan kementerian itu, hanya memerlihara 7 ekor lembu, selain itu beliau juga menjangkakan ikan kembong tidak akan naik, kerana ada 3bilion ikan itu dalam laut.

Bukan Saifuddin dan Salahuddin sahaja yang salah angka malah Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan tersalah angka, kerana tidak dapat membezakan antara juta dan bilion.

Kenyataan-kenyataan para menteri itu adalah satu kecuaian, ertinya jika Anwar kembali ke Parlimen, maka seperti mana janji beliau pada hari ini, beliau akan bersama pembangkang membidas para menteri PH.

Sejak PH memerintah berbagai kekeliruan dilakukan antara lain berkaitan pengertian jumlah hutang negara. Mereka tidak mengguna pakai standard antara bangasa akan tetapi menggunakan taktifan sendiri. Tujuan mereka hanya mahu mengelirukan rakyat.

Akibat kekeliruan itu, maka bukan sahaja pasaran saham menjunam, akan tetapi nilai ringgit juga terus menurun.

Dalam keadaan terbaru, apa kah Saifuddin Nasution Ismail bakal menjadi mangsa pertama Anwar, kerana cuai???? atau ianya GIMIK POLITIK!!!! kerana terbukti semua janji-janji PH sebelum ini antara lain kalau GST dimansuhkan maka harga barang turun, akan tetapi yang berlaku sebaliknya.

Dengan menerusi SST, rakyat akan terbeban terus, kerana berlaku cukai berganda yang berlapis-lapis, dan semuanya dibebankan kepada pengguna.

SABAH UBAH: APA YANG DIUBAH?

Sabah Ubah. Apa yang diubah? 

Berikut adalah senarai yang diubah.

- Keluarga PATI/PTI diberi pas khas untuk bersama-sama tinggal di Sabah.

- Para PATI/PTI diberi penempatan khas/tetap dan lot-lot rumah.

-Penceroboh tanah kerajaan diberikan tanah geran individu.

-Syarikat-syarikat balak yang dibekukan lesen pembalakan oleh kerajaan Bn diberikan semula.

-Tauke balak di mana lesen pembalakan miliknya dibekukan semasa kerajaan Bn dilantik Presiden Majlis Perbandaran Sandakan.

-Menjungkar balikkan perkhidmatan awam negeri, dengan melantik individu yang bukan kaki tangan awam ke jawatan Pengarah Jabatan Kerajaan Negeri.

- Membenarkan penggunaan pam bot di Pantai Timur Sabah

-Membuka semula barter trade di Pantai Timur.

-Melantik suku sakat pada jawatan-jawatan penting.

Pada masa yang sama, kepentingan rakyat tidak dipedulikan...

-Sara hidup terus meningkat kerana harga barang terus naik ditambah dengan cukai SST yang lebih tinggi.

-Tiada aktiviti ekonomi yang membuka peluang pekerjaan atau projek-projek yang membuka peluang pekerajaan.

-Harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit menurun.

-bantuan khusus bagi nelayan, petani, nelayan, dihentikan.

Dalam sistem perekonomian sesebuah negeri/negara, perbelanjaan kerajaan merupakan pengerak utama aktiviti ekonomi, selain itu daya beli pengguna/rakyat yang tinggi membolehkan aktiviti peruncitan meningkat. Menyekat pendapatan pengguna/rakyat dan menyekat perbelanjaan kerajaan boleh menyebabkan ekonomi negara merundum.

Sistem kapitalisme yang digunakan kerajaan Pakatan Harapan yang juga digunakan Kerajaan Warisan Sabah akan mendorong JURANG antara rakyat kaya dan miskin bertambah lebar.

Sabah mempunyai rekod kemiskinan yang melebihi 30% sebelum Bn mengambil alih kerajaan. Kerana kerajaan Bn mengutama pembangunan dan kemajuan menyeluruh, maka berjaya menurunkan kadar kemiskinan ke paras 4% tahun 2016. 

Nampak gayanya, kadar kemiskinan Sabah akan naik semula, kerana polisi kerajaan yang ada bukan menjurus kepada pengurangan kemiskinan akan tetapi menjurus kepada memperkaya para kroni. Ini lah namanya SABAH UBAH. Tetapi selain Sabah Ubah, kini Sabah bertukar kepada SABAH FOR ALL DAN SABAH FREE FOR ALL.

31 August 2018

RASUAH: MOTIF SIASATAN TERHADAP MUSA

Siasatan terhadap Tan Sri Musa Aman berkaitan dakwaan, kononnya, Presiden STAR Sabah- Datuk Dr Jeffery Kitingan dibayar RM20juta selepas PRU-14 untuk menyertai Bn membentuk kerajaan negeri disensasikan menerusi media. Apa motifnya? apa kah Musa perlu berdepan dengan trail via media, kemudian orang ramai tidak tahu hujung pangkal turut juga menghukum?

Sebelum ini, Jeffery telahpun diambil kenyataan oleh SPRM berkaitan dengan dakwaan menerima wang.

Jika  benarlah Jeffery dibayar RM20juta, berasaskan trend  siasatan masa kini, sudah tentu diwar-warkan di media massa. Namun sehingga kini, tiada laporan atau cerita yang beredar berkaitan wang RM20juta samada melalui pengakuan Jeffery atau ditemukannya wang sejumlah itu dalam simpanan Presiden STAR tersebut. 

Apa motif menyiasat Musa? jika punca hanya semata-mata keputusan STAR menyertai Bn untuk membentuk kerajaan Sabah pada 10 Mei,2018.

Jika SPRM bertidak adil, maka yang perlu disiasat adalah mereka yang khianat pada BN. ADUN dan pemimpin khianat mendapat habuan jawatan daripada Kerajaan Warisan dan PH. Datuk Madius Tangau selain dilantik Timbalan Ketua Menteri juga ADUN dilantik. ADUN Kedamaian dilantik menteri penuh, manakala ADUN Sebatik-Pembantu Menteri. Takrifan rasuah tidak semestinya wang ringgit, habuan jawatan juga merupakan bentuk rasuah.

Mengapa  tidak menyiasat "rasuah" yang terang-terang ini? dan sibuk pula menyiasat Musa kerana berasaskan dakwaan?

Apa kah siasatan terhadap Musa, kerana beliau bukan lagi sebahagian kerajaan yang memerintah Persekutuan?

Pihak berkuasa kena kelihatan adil dan tidak berpihak, kerana sanggup tidak meneruskan penyelewengan RM1.5bilion dana KKLW, sedangkan sebelum ini, pihak berkuasa berdegar-dengar, mendakwa wang sejumlah itu diselewengkan yang membabitkan 350 projek luar bandar Sabah daripada tahun 2009-2015. Bagi menyokong siasatan pihak berkuasa telah merampas berbagai dokumen berkaitan projek itu, makna kata, mereka mempunyai maklumat yang sangat jelas, berbanding dengan dakwaan terhadap Musa yang bersifat "hearsay", kecuali lah siasatan terhadap Musa sebagai balasan kerana beliau dapat memajukan Sabah sejak menjadi Ketua Menteri Sabah.

Musa adalah Bapa Pembangunan Moden Sabah. Beliau telah membawa kemajuan yang luar biasa kepada Sabah dan rakyatnya. Untuk rekod, semasa beliau dilantik ke jawatan Ketua Menteri, simpanan wang Sabah hanya RM184juta, dan simpanan itu dapat ditingkatkan di atas RM3.4bilion. Selain itu, keluasan hutan Sabah berjaya ditingkatkan kepada 1.87juta hektar berbanding 838ribu hektar pada tahun 2002. Kejayaan Musa juga dalam segi bajet negeri. Sabah semasa diterajui Musa beberapa kali membentangkan rekod tersendiri bagi Sabah. Demikian juga kadar kemiskinan Sabah telah berjaya diturunkan sehingga 4% daripada lebih 19% pada tahun 2009.

Pihak berkuasa jangan ulangi apa yang berlaku pada isu penyelewengan dana RM1.5bilion KKLW, selepas diwar-warkan, berakhir dengan TIADA TINDAKAN LANJUT.

Jika  PIHAK berkuasa perlu menyiasat cerita "hearsay", maka siasat juga perlantikan Presiden MPS, kerana ada dakwaan bahawa individu yang dilantik itu telah memberi dana RM20juta  kepada parti Warisan pada PRU-14.

Penulis menginginkan pihak yang berwajib bekerja seperti ubi berisi, ertinya, biarlah siasatan itu bukan sahaja berjaya di bawah ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan, akan tetapi tuduhan perlu dimenangi. Baru lah tidak buang masa, tenaga dan kewangan. Fikir-Fikirkan Lah.

30 August 2018

TIDAK UNTUK UMNO- ANWAR

Walaupun UMNO sebagai single parti yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak dalam Dewan Rakyat, namun Dato Seri Anwar Ibrahim menolak kerjasama dengan parti itu apabila beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Dengan pengakuan demikian, maka untuk sementara waktu telah menepis kenyataan Dato Seri Zahid Hamidi sebelum ini, bahawa Umno akan menjadi kerajaan sebelum PRU-15.

Ramai yang mengatakan ada kemungkinan besar Umno dan PKR bekerjasama kemudian disertai parti-parti daripada Sarawak serta PAS, PBS, PBRS, STAR maka akan membentuk kerajaan baharu pasca Tun Dr Mahathir.

Namun, berasaskan kenyataan terbaharu daripada Anwar, kemungkinan itu tidak akan berlaku, kerana Presiden PKR itu sangat komited dengan Pakatan Harapan (PH). PH dianggotai PKR-DAP-Amanah-PPBM.

Walaupun PH memerintah di Peringkat Persekutuan, namun tiada kuasa 2/3 di Dewan Rakyat. Akan tetapi, parti-parti tempatan Sarawak bertindak sebagai mesra PH, maka membolehkan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat.

Dalam sejarah politik Malaysia, Bn dapat berkuasa selama 61 tahun, kerana tidak terdapatnya parti pembangkang yang kuat. Demikian juga akan berlaku, jika Umno dan parti-parti pembangkang tidak dapat menjadi blok pembangkang yang kuat, maka kerajaan PH akan menang pada PRU-15 akan datang.

Kerajaan PH untuk sementara hanya berdepan dengan isu TIDAK TUNAI JANJI, belum terpalit dengan isu-isu yang boleh menggamit penolakan rakyat seperti skandal 1MDB dan dana RM2.6bilion.

Tindakan kerajaan PH seperti perlantikan Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Menteri Kewangan, Menteri Komunikasi dan Multimedia bukan daripada kaum melayu/islam, kurang berkesan kepada rakyat berbanding isu 1MDB dan dana RM2.6bilion.

Tindakan kerajaan PH akan menansuhkan BR1M juga kurang signifikan, kerana sejak pembayaran bantuan itu yang bermula tahun 2012, bukan penentu kepada sokongan rakyat. Demikian juga tindakan kerajaan sentiasa menaikkan gaji dan bonus penjawat awam bukan juga penentu sokongan.

Dalam senario politik sekarang, jika Umno mahu menjadi blok pembangkang yang kuat, kena menghapuskan imej dan prespsi yang melekat pada parti itu.

Sebagai contoh, bahawa pemimpin Umno tidak korup atau menyalah gunakan kuasa, apabila Datuk Shafie Apdal (mantan pemimpin Umno) dibebaskan daripada penyelewengan dana RM1.5bilion semasa beliau menerajui KKLW semasa masih pemimpin Umno.

Kes yang didepani Dato Seri Najib Razak, jika mahkamah mendapati beliau tidak bersalah, maka akan bermembersihkan imej Umno.

Bagi penyokong Umno, memang menjadikan persepsi dan fitnah terhadap para pemimpin sebagai faktor yang menyebabkan parti itu kehilangan kuasa, selain janji-janji bulan bintang para pemimpin PH. Akibat janji-janji bulan bintang itu, rakyat yang tidak menggunakan fikiran waras terpengaruh.

Faktor yang mempercepat Umno dan Bn kehilangan kuasa kerana gagal mengurus persepsi dan fitnah, kerana kebanyakan pemimpin sentiasa yakin dengan zone nyaman.

Bermula daripada sekarang, para pemimpin Umno di semua lapisan, perlu pro aktif, peka dan cepat terhadap isu-isu yang berkait rapat dengan rakyat. Masa merasa di comfort zone perlu dibuang jauh-jauh.

Menghayal mengharapkan eksan daripada Anwar, hanya membuatkan penyokong dan ahli Umno kehilangan mood. Fikir-Fikirkan Lah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels