2 September 2018

KERAJAAN SABAH: DETIK-DETIK RAMPASAN KUASA

Petang 9 Mei selepas semua pusat mengundi ditutup, penulis bersama seorang teman bersiap sedia ke Rumah Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah menunggu keputusan rasmi PRU-14.

Di rumah kediaman itu, tidak semua calon-calon Bn hadir, namun 29 ADUN yang telah mengetahui keputusan bahawa mereka telah menang, didapati berlegar-legar. Di antara mereka, hanya ADUN yang merokok kekadang keluar untuk memasang rokok, namun bukan dalam keadaan santai, kelihatan sekadar melepas gian.

Di luar dan dalam rumah, kelihatan calon-calon yang kalah, duduk-duduk sambil mengenang, selain perasaan tidak percaya, mengapa kalah.

Saya bercakap dengan beberapa ADUN daripada Umno dan mereka ini "rapat" dengan Tan Sri Musa Aman. Dalam bual-bual kami itu, memang "perbincangan" antara  Bn dan Presiden STAR- Datuk Dr Jeffery Kitingan sedang berlaku, dan tanda-tanda Presiden STAR itu bekerja sama dengan Bn, mendekati muktamad.

Walaupun kesepakatan antara Dr Jeffery dan Bn hampir muktamad, ada yang memberi tahu, bahawa Presiden STAR itu "dilihat" di rumah Datuk Shafie Apdal, di Jalan Bundusan, Penampang namun masa tidak disebutkan, dan tiada yang mengsahkan kejadian itu sehingga kini.

Pada pagi 10 mei,  gambar di bawah lah (kanan) yang mengsahkan, bahawa kerajaan Sabah dibentuk antara Bn dan STAR. Gambar ini dimabil, sementara menunggu jemputan ke Istana Negeri untuk tujuan mengangkat sumpah.

Kerajaan Sabah yang diterajui Umno bersama Star melepasi majoriti mudah ADUN Sabah, kerana mempunyai 31 ADUN daripada 60.

Pada malam itu, 10 Mei, gambar di bawah (kiri)- Tan Sri Musa menerima watikah pelantikan jawatan Ketua Menteri Sabah daripada TYT Sabah.

dan seterusnya beliau mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri.

Pada malam itu juga, kabinet beliau turut sama mengangkat sumpah.

(bersambung).

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels