31 August 2018

RASUAH: MOTIF SIASATAN TERHADAP MUSA

Siasatan terhadap Tan Sri Musa Aman berkaitan dakwaan, kononnya, Presiden STAR Sabah- Datuk Dr Jeffery Kitingan dibayar RM20juta selepas PRU-14 untuk menyertai Bn membentuk kerajaan negeri disensasikan menerusi media. Apa motifnya? apa kah Musa perlu berdepan dengan trail via media, kemudian orang ramai tidak tahu hujung pangkal turut juga menghukum?

Sebelum ini, Jeffery telahpun diambil kenyataan oleh SPRM berkaitan dengan dakwaan menerima wang.

Jika  benarlah Jeffery dibayar RM20juta, berasaskan trend  siasatan masa kini, sudah tentu diwar-warkan di media massa. Namun sehingga kini, tiada laporan atau cerita yang beredar berkaitan wang RM20juta samada melalui pengakuan Jeffery atau ditemukannya wang sejumlah itu dalam simpanan Presiden STAR tersebut. 

Apa motif menyiasat Musa? jika punca hanya semata-mata keputusan STAR menyertai Bn untuk membentuk kerajaan Sabah pada 10 Mei,2018.

Jika SPRM bertidak adil, maka yang perlu disiasat adalah mereka yang khianat pada BN. ADUN dan pemimpin khianat mendapat habuan jawatan daripada Kerajaan Warisan dan PH. Datuk Madius Tangau selain dilantik Timbalan Ketua Menteri juga ADUN dilantik. ADUN Kedamaian dilantik menteri penuh, manakala ADUN Sebatik-Pembantu Menteri. Takrifan rasuah tidak semestinya wang ringgit, habuan jawatan juga merupakan bentuk rasuah.

Mengapa  tidak menyiasat "rasuah" yang terang-terang ini? dan sibuk pula menyiasat Musa kerana berasaskan dakwaan?

Apa kah siasatan terhadap Musa, kerana beliau bukan lagi sebahagian kerajaan yang memerintah Persekutuan?

Pihak berkuasa kena kelihatan adil dan tidak berpihak, kerana sanggup tidak meneruskan penyelewengan RM1.5bilion dana KKLW, sedangkan sebelum ini, pihak berkuasa berdegar-dengar, mendakwa wang sejumlah itu diselewengkan yang membabitkan 350 projek luar bandar Sabah daripada tahun 2009-2015. Bagi menyokong siasatan pihak berkuasa telah merampas berbagai dokumen berkaitan projek itu, makna kata, mereka mempunyai maklumat yang sangat jelas, berbanding dengan dakwaan terhadap Musa yang bersifat "hearsay", kecuali lah siasatan terhadap Musa sebagai balasan kerana beliau dapat memajukan Sabah sejak menjadi Ketua Menteri Sabah.

Musa adalah Bapa Pembangunan Moden Sabah. Beliau telah membawa kemajuan yang luar biasa kepada Sabah dan rakyatnya. Untuk rekod, semasa beliau dilantik ke jawatan Ketua Menteri, simpanan wang Sabah hanya RM184juta, dan simpanan itu dapat ditingkatkan di atas RM3.4bilion. Selain itu, keluasan hutan Sabah berjaya ditingkatkan kepada 1.87juta hektar berbanding 838ribu hektar pada tahun 2002. Kejayaan Musa juga dalam segi bajet negeri. Sabah semasa diterajui Musa beberapa kali membentangkan rekod tersendiri bagi Sabah. Demikian juga kadar kemiskinan Sabah telah berjaya diturunkan sehingga 4% daripada lebih 19% pada tahun 2009.

Pihak berkuasa jangan ulangi apa yang berlaku pada isu penyelewengan dana RM1.5bilion KKLW, selepas diwar-warkan, berakhir dengan TIADA TINDAKAN LANJUT.

Jika  PIHAK berkuasa perlu menyiasat cerita "hearsay", maka siasat juga perlantikan Presiden MPS, kerana ada dakwaan bahawa individu yang dilantik itu telah memberi dana RM20juta  kepada parti Warisan pada PRU-14.

Penulis menginginkan pihak yang berwajib bekerja seperti ubi berisi, ertinya, biarlah siasatan itu bukan sahaja berjaya di bawah ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan, akan tetapi tuduhan perlu dimenangi. Baru lah tidak buang masa, tenaga dan kewangan. Fikir-Fikirkan Lah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels