30 August 2018

TIDAK UNTUK UMNO- ANWAR

Walaupun UMNO sebagai single parti yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak dalam Dewan Rakyat, namun Dato Seri Anwar Ibrahim menolak kerjasama dengan parti itu apabila beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Dengan pengakuan demikian, maka untuk sementara waktu telah menepis kenyataan Dato Seri Zahid Hamidi sebelum ini, bahawa Umno akan menjadi kerajaan sebelum PRU-15.

Ramai yang mengatakan ada kemungkinan besar Umno dan PKR bekerjasama kemudian disertai parti-parti daripada Sarawak serta PAS, PBS, PBRS, STAR maka akan membentuk kerajaan baharu pasca Tun Dr Mahathir.

Namun, berasaskan kenyataan terbaharu daripada Anwar, kemungkinan itu tidak akan berlaku, kerana Presiden PKR itu sangat komited dengan Pakatan Harapan (PH). PH dianggotai PKR-DAP-Amanah-PPBM.

Walaupun PH memerintah di Peringkat Persekutuan, namun tiada kuasa 2/3 di Dewan Rakyat. Akan tetapi, parti-parti tempatan Sarawak bertindak sebagai mesra PH, maka membolehkan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat.

Dalam sejarah politik Malaysia, Bn dapat berkuasa selama 61 tahun, kerana tidak terdapatnya parti pembangkang yang kuat. Demikian juga akan berlaku, jika Umno dan parti-parti pembangkang tidak dapat menjadi blok pembangkang yang kuat, maka kerajaan PH akan menang pada PRU-15 akan datang.

Kerajaan PH untuk sementara hanya berdepan dengan isu TIDAK TUNAI JANJI, belum terpalit dengan isu-isu yang boleh menggamit penolakan rakyat seperti skandal 1MDB dan dana RM2.6bilion.

Tindakan kerajaan PH seperti perlantikan Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Menteri Kewangan, Menteri Komunikasi dan Multimedia bukan daripada kaum melayu/islam, kurang berkesan kepada rakyat berbanding isu 1MDB dan dana RM2.6bilion.

Tindakan kerajaan PH akan menansuhkan BR1M juga kurang signifikan, kerana sejak pembayaran bantuan itu yang bermula tahun 2012, bukan penentu kepada sokongan rakyat. Demikian juga tindakan kerajaan sentiasa menaikkan gaji dan bonus penjawat awam bukan juga penentu sokongan.

Dalam senario politik sekarang, jika Umno mahu menjadi blok pembangkang yang kuat, kena menghapuskan imej dan prespsi yang melekat pada parti itu.

Sebagai contoh, bahawa pemimpin Umno tidak korup atau menyalah gunakan kuasa, apabila Datuk Shafie Apdal (mantan pemimpin Umno) dibebaskan daripada penyelewengan dana RM1.5bilion semasa beliau menerajui KKLW semasa masih pemimpin Umno.

Kes yang didepani Dato Seri Najib Razak, jika mahkamah mendapati beliau tidak bersalah, maka akan bermembersihkan imej Umno.

Bagi penyokong Umno, memang menjadikan persepsi dan fitnah terhadap para pemimpin sebagai faktor yang menyebabkan parti itu kehilangan kuasa, selain janji-janji bulan bintang para pemimpin PH. Akibat janji-janji bulan bintang itu, rakyat yang tidak menggunakan fikiran waras terpengaruh.

Faktor yang mempercepat Umno dan Bn kehilangan kuasa kerana gagal mengurus persepsi dan fitnah, kerana kebanyakan pemimpin sentiasa yakin dengan zone nyaman.

Bermula daripada sekarang, para pemimpin Umno di semua lapisan, perlu pro aktif, peka dan cepat terhadap isu-isu yang berkait rapat dengan rakyat. Masa merasa di comfort zone perlu dibuang jauh-jauh.

Menghayal mengharapkan eksan daripada Anwar, hanya membuatkan penyokong dan ahli Umno kehilangan mood. Fikir-Fikirkan Lah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels