4 September 2018

KERAJAAN SABAH: DETIK-DETIK RAMPASAN KUASA (PART-II)

Bermula dengan pertemuan antara Madius dan Shafie (gambar) pada pagi 11 Mei,2018. Dalam masa-masa ini juga 4 ADUN Umno sudah berada di belakang rumah Presiden Parti warisan itu- ADUN Balung, ADUN Tanjung Batu, ADUN Sebatik dan ADUN Kemabong. Dipercayai dalng kepada ADUN-ADUN Umno itu adalah ADUN Kemabong, kerana beliau "memang orang Shafie" semasa dalam Umno.

Pada 11 Mei, 2018 "Mesyuarat" tergempar UPKO, sebagai tindak balas kepada Perjumpaan Madius-Shafie. Dalam mesyuarat itu, UPKO keluar daripada Bn. Ekoran tindakan itu, 2 ADUN parti itu meninggalkan Seri Gaya (ADUN Panginatan dan ADUN Kedamaian), selain 4 ADUN Umno. Apabila tersebar bahawa berlakunya tindakan khianat, 6 ADUN Bn itu hilang daripada radar Bn. Malam itu Astroawani menyiarkan secara "live" perbualan dengan Jamawi Jaafar (ADUN Kembong) sebagai pengesahaan bahawa beliau telah berpaling tadah.

Ekoran tindakan 6 ADUN Bn itu, kawasan rumah Shafie dipenuhi oleh para penyokong, kenderaan sehingga ke bahu jalan. Mereka mengatur langkah untuk memastikan Datuk Shafie Apdal dilantik sebagai Ketua Menteri. Malam itu, mereka berkumpul di Padang Merdeka, pembicara mereka termasuk MP Penampang, Darell leiking, yang menggunakan Presiden STAR sebagai "punching bag" dengan laungan KATAK! KATAK! KATAK!. Perhimpunan di Padang Merdeka dilanjutkan sehingga petang 12 Mei, 2018.

Di media sosial, maklumat bertali arus, bahawa Shafie hanya menunggu jemputan Istana. Para penyokong beliau, siap dengan baju "coat" berlegar-legar di kawasan rumah beliau, termasuk kawasan supermarket CKS dan beberapa kelab di sekitarnya.

Walaupun keadaan yang bercelaru itu, Tan Sri Musa Aman bersama kabinet beliau sempat bermesyuarat untuk kali pertama pada tengah hari 12 Mei di bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di Teluk Likas.

Oleh kerana pihak Istana akan melantik Shafie pada malam itu, dikatakan Istana telah menghantar surat kepada Tan Seri Musa Aman, memmaklumkan bahawa beliau bukan lagi Ketua Menteri. Ekoran pemberi tahuan itu, sekitar pukul 7 malam, beliau mengeluarkan kenyataan Akhbar bahawa beliau masih Ketua Menteri, kerana tiada seorangpun daripada kabinet beliau telah meletakkan jawatan.

Malam itu, sekitar pukul 9 malam, Shafie membaca watikah perlantikan Ketua Menteri. (foto). Bersambung

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels