21 May 2018

PENGAJARAN DARI JEPUN

TAHUN 2009, berakhirnya lebih setengah abad pemerintahan Liberal Democratic (LDP) Jepun apabila kalah pada Democratic Party of Japan (DPJ).

Parti LDP hampir sama dengan parti Umno, kerana Umno merupakan parti yang menerajui Malaysia sejak tahun 1957.

Penguasaan Umno selama 61 tahun, berakhir pada 9 Mei, 2018 menerusi PRU-14. Walaupun Umno kalah di peringkat Persekutuan, akan tetapi masih memerintah dua negeri, iaitu Perlis dan Pahang.

Walaupun Umno kalah, hakikat yang perlu diterima, bahawa parti itu adalah parti terbesar daripada segi jumlah kerusi, iaitu 54 berbanding parti-parti lain, PKR 47 dan DAP 42. Kalau lah sistem penentuan kemenangan berasaskan FIRST PAST THE POST digunapakai, maka Umno adalah pemenang. Namun, sistem demokrasi yang digunapakai dalam negara, kumpulan parti-parti yang mempunyai lebih separuh daripada 222 kerusi parlimen, maka kumpulan parti-parti itulah yang berhak menubuhkan kerajaan.

Keputusan PRU-14, menyaksikan kumpulan yang bergabung mempunyai 121 ( PKR- 47, DAP- 42, PPBM-13, Amanah-11, PWS-8) . Sementara yang tidak berafiliasi, PAS-18, Bebas-3, STAR-1 dan BN-79. Dengan jumlah 121, maka melepasi 112 kerusi parlimen, bagi maksud majoriti mudah.

Pengelaman LDP Jepun, sama dengan Umno/Bn, yang mana setiap PRU, tidak terdapatnya gabungan parti pembangkang yang cukup kuat untuk mencabar. Namun pada tahun 2009, DPJ berjaya menebusi kawasan-kawasan yang didominasi LDP, sama halnya dengan Pakatan Harapan yang berjaya menembusi wilayah Bn, seperti Felda dan kawasan luar bandar.

Berbeza dengan kekalahan LDP pada tahun 2009, kerana parti itu berdepan dengan fakta, seperti kadar pengangguran yang tinggi, impak recession tahun 2008. Namun, kesamaan antara isu yang dihadapi LDP dan Umno/Bn adalah berkaitan dengan skandal politik, rasuah, hutang negara yang besar, selain laporan negatif media antarabangsa.

Kekalahan LDP bukan kepada pemimpin original DPJ, akan tetapi kerana kepada mantan pemimpin LDP sendiri, iaitu Yukio Hatoyama. Demikian juga kekalahan Umno/Bn bukan kepada Lim Kit Siang atau Mat Sabu, akan tetapi kepada mantan pemimpin Umno- Tun Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir kemungkinan besar melihat kepada kejayaan DPJ Jepun tahun 2009, apabila beliau berjaya meyakinkan semua mantan-mantan musuh politik beliau berdekad lamanya bersama beliau untuk menumbangkan Umno/Bn yang diterajui DS Najib Razak.

Dendam Tun Dr Mahathir tidak terkira besarnya, apabila bermula dengan kekalahan anak beliau semasa bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno, kemudiannya kalah dalam perebutan Naib Presiden Umno dikuti pemecatan jawatan Menteri Besar Kedah.

Kini, dendam itu, diterjemahkan kepada tindakan, apabila pihak polis tanpa belas kesihan, mengelidah rumah kediaman mantan Perdana Menteri DS Najib Razak, termasuk kediaman keluarga beliau, berterusan sehingga kini, kononnya untuk mencari bukti-bukti dan dokumen berkaitan 1MDB. 1MDB bukan sahaja menjadi isu sejak beberapa tahun lalu, malah dibuat kesimpulan, bahawa menerusi syarikat itu DS Najib dilabelkan sebagai kleptokrasi (penucuri/penyamun). 

Kembali kepada kecundangnya Umno/Bn sebenarnya hampir semasa dengan pengelaman LDP, Jepun, sehinggakan banyak pihak menggambarkan, bahawa kemenangan PH, merupakan permulaan era politik baru di Malaysia.

Sebenarnya, permulaan perubahan politik di negara ini bermula pada tahun 2008, apabila untuk pertama kali Umno/Bn kehilangan kuasa 2/3 di Dewan rakyat. Kemudiannya disusuli kehilangan undi popular pada PRU-13. Perubahan total itu memerlukan 15 tahun untuk disempurnakan.

Memang terlalu awal untuk menilai bagaimana perasaan rakyat terhadap kerajaan PH, kerana menurut mereka, tak kan baru kahwin terus dapat anak, kecualilah, perkahwinan itu, sang wanita telah didepositkan dulu menerusi penzinaan. 

Janji PH, umpamanya, Hari ini rampas Putrajaya, semalam harga minyak turun RM1.50 seliter, tidak ditunaikan, melainkan ikut harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan terdahulu, dengan catitan, tiada lagi harga turun naik sepertimana cadangan mantan MP Pandan- Rafizi Ramli, melainkan jika harga naik, subsidi diberikan, sama dengan keadah pada era Tun Dr Mahathir sebelum beliau meletakkan jawatan pada tahun 2003.

Berkaitan harga barang, yang berkaitan sara hidup, meskipun GST bermula 1 Jun, 2018 akan jadi sifar, namun janji pemanasuhan GST cukai itu tidak ditunaikan. Setakat ini, tiada tanda-tanda harga barang menurun, malah gerai-gerai bazaar ramadhan, membuktikan perkara itu. 

Setakat 10 hari pemerintahan PH, tiada tindakan signifikan yang dibuat oleh kerajaan demi kepentingan rakyat secara keseluruhan, yang ada hanya operasi BALAS DENDAM, OPERASI MENUNJUKKAN KUASA.

Pemerintahan PH sekarang, termasuk lah mereka-mereka yang didakwa SPRM. Rupanya, tindakan SPRM sebelum ini, bermotifkan politik, bukan berasaskan TINDAKAN MENCEGAH RASUAH.

Keadaan-keadaan inilah yang bakal digunakan oleh rakyat menilai kerajaan yang ada. Hakikat yang perlu diterima, tidak selamanya, mengaburi mata rakyat sentiasa berjaya. Masa dan keadaan akan menentukan.

Pengelaman Jepun, merupakan bukti nyata, apabila rakyat negera itu menyokong DPJ pada tahun 2009, akhirnya menolaknya pada tahun 2012, hanya tiga tahun selepas itu, apabila rakyat Jepun mendapati, bahawa DPJ sebenarnya tidak mempunyai wibawa memerintah Jepun berbanding parti LDP.

Satu persoalan, apakah kerajaan PH akan mencontohi DPJ? 

Apa yang perlu dibuktikan oleh parti-parti PH, bahawa mereka benar-benar berpakat untuk kemajuan rakyat dan negara, selain mengotakan janji-janji semasa pilihanraya, dan bukannya hanya berpakat semata-mata menumbangkan Umno/Bn untuk menyikirkan DS Najib Razak (the bad boy bagi Tun Dr Mahathir).

Suara-suara sumbang kini telah bermula, misalnya, janji PH sebelum ini, bahawa Perdana Menteri tidak memangku sebarang porfolio, ekoran pengumuman Tun Dr Mahathir, menyandang Menteri Pelajaran. Kerana suara sumbang itu, maka beliau tidak mematuhi pengumuman beliau dan melepaskan jawatan itu kepada Dr Mazlee Malik, MP Simpang Renggam daripada PPBM.

Dalam beberapa hari pemerintahan PH, apa yang disaksikan rakyat, dakwaan selama ini, hanya dakwaan semata-mata, bukan berasaskan kepada fakta sebenar, kecualilah dakwaan terhadap DS Najib Razak berkaitan 1MDB dan SRC International, kerana siasatan baru bermula, bercanggah dengan dakwaan sebelum ini, bahawa semua bukti-bukti telah wujud di tangan hanya menunggu di bawah ke mahkamah untuk pertuduhan.

Kepada rakyat Malaysia, masa 5 tahun, bukanlah panjang, jika ternyata, kerajaan PH, didapati tiada merit memerintah negara ini, maka sudah pasti akan ikut seperti mana pengelaman parti DPJ Jepun, ditolak pada PRU berikutnya.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels