22 May 2018

ANTARA PETI UNDI DAN KATAK

MEREKA yang hipokrit sudah tentu memandang sinis tulisan kali ini. Mengapa sinis? kerana mereka mahu menghalalkan tindakan hipokrit mereka.

Datuk Seri Shafie Apdal dengan jelas semasa penubuhan Parti Warisan Sabah (PWS) berdegar-degar tidak akan berkerja sama dengan mana-mana parti, baik parti tempatan mahupun parti yang didaftarkan di luar Sabah. Beliau memberi penekanan bahawa beliau tidak akan berkerjasama dengan parti tempatan, kerana beliau menganggap mereka akan menjadi KATAK selepas pilihanraya. 

Memang Shafie mengotakan janjinya, berkaitan parti tempatan Sabah, namun tidak bagi parti yang didaftar di luar Sabah. Beliau berkolaborasi dengan DAP dan PKR semasa PRU-14 untuk mengelak bertembung sesama sendiri. 

Keputusan kolaborasi itu, PWS menang 21 kerusi DUN, DAP-6 dan PKR-2 dan menjadikan jumlah kerusi tiga parti itu 29, kurang daripada 2 kerusi untuk mencapai majoriti mudah daripada 60 kerusi yang dipertandingkan.

Keputusan PRU-14 juga menyaksikan BN sebagai sebuah entiti menang 29 kerusi, sama juga kedudukakannya dengan jumlah kerusi kolaborasi 3 parti itu, makna kata, samadaa BN atau 3 parti itu perlu mendapatkan 2 kerusi DUN untuk mendapatkan majoriti mudah.

Telah diputusakan oleh pengundi Sabah, bahawa parti STAR pimpinan Datuk Dr Jeffery Kitingan menjadi parti anak bulan atau parti kingmaker.

Hakikat yang perlu diterima, dan tidak boleh dipertikaikan, bahawa keputusan peti undi adalah Bn dengan 29 kerusi, PWS, DAP dan PKR juga dengan 29 kerusi.

Menurut cerita sebelum parti STAR memutuskan berkerjasama dengan BN, parti itu dihubungi dan ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri, jika bersedia berkerjasama dengan PWS, DAP dan PKR. Namun tawaran itu ditolak mentah-mentah oleh Datuk Dr Jeffery Kitingan, mengingat, kenyataan Shafie yang masih segar, bahawa Presiden PWS tidak akan sesekali berkerjasama dengan mana-mana parti atau pemimpin tempatan, kerana mereka tidak bermaruah. Dengan kata lain, para pemimpin PWS sangat phobia dengan pemimpin KATAK.

Ekoran keputusan parti STAR berkerjasama dengan Bn pada 10 Mei, untuk membolehkan Pengerusi Bn Sabah Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri dan seterusnya pengangkatan sumpah jawatan anggota kabinet beliau, para penyokong dan pemimin PWS berkumpul di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, kurang 2 km daripada Istana Negeri, berteriak dan melolong, membidas Dr Jeffery Kitingan sebagai KATAK, sedangkan pada hakikatnya bukan lah demikian.

Namun, apa yang berlaku, kurang daripada 24 jam selepas itu, apabila 6 ADUN Bn melompat kepada mereka, laungan KATAK dihalalkan, dan dianggap sebagai HERO. Kepada rakyat Sabah yang bakal mengadili para pemimpin ini, jenis apa kah mereka ini?

Krisis dua Ketua Menteri Sabah berlaku, kerana tindakan para ADUN KATAK. 

Memang TS Musa Aman membawa kes beliau ke mahkamah dengan menyaman TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal sebagai kaedah menghormati Perlembagaan Negeri, kerana TYT tiada kuasa melantik Ketua Menteri ke-2, selagi Ketua Menteri yang sah meletakkan jawatan, atau kehilangan sokongan majoriti seperti mana dalam perlembagaan negeri, kerana menerusi kedudukan Musa, hanya DUN Sabah boleh melucutkan status beliau sebagai Ketua Menteri menerusi usul tidak percaya.

Berasaskan kepada senario sekarang, jika pun mahkamah memutuskan, bahawa Musa adalah Ketua Menteri yang sah, maka beliau akan mendapat kesukaran menasihatkan TYT Sabah membubarkan DUN, bagi mengelak usul tidak percaya dan kembali kepada rakyat Sabah menerusi pilihanraya untuk menentukan pihak mana diberikan mandat untuk memerintah negeri.

Jika TYT menolak nasihat membubarkan DUN Sabah, maka tindakan berikutnya adalah meneruskan Sidang DUN Sabah. Menerusi sidang DUN itu, jika berlaku usul tidak percaya kepada Musa, apa kah beliau masih mendapat sokongan majoriti mudah atau sebaliknya.

Musa sebenarnya hanya berpegang kepada keputusan rakyat menerusi PETI UNDI, beliau bertahan sebagai Ketua Menteri, kerana beliau berpendapat seperti mana pendapat rakyat lainnya termasuk TS Herman Luping, mantan Peguam Negeri Sabah, yang mengatakan perlantikan Musa bukan sahaja sah daripada segi Perlembagaan Sabah, juga sesuai dengan keputusan pengundi menerusi PRU-14.

Memang dalam senario sekarang, Musa di atas kertas secara teknikal tiada sokongan majoriti, namun dalam politik sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Bagi penulis, Sabah tidak sepatutnya diterajui oleh Kerajaan KATAK, kerana tindakan itu bukan sahaja mengkhianti pengundi, juga menjahanamkan demokrasi.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels