24 May 2018

PRU-14: PERUBAHAN YANG MEMAKAN DIRI SENDIRI

APABILA terdapatnya sokong membawa rebah, musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, maka perubahan yang diinginkan memakan diri sendiri.

Mereka yang bertindak sokong membawa rebah, musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan pada agensi kerajaan yang dimansuhkan, selain 17,000 lantikan politik, maka mereka membayar mahal perbuatan mereka itu.

Demikian juga kepada para ahli parti yang tidak menyokong parti sendiri, anda-anda perlu membayar tindakan anda-anda itu dengan mahal sekali.

Anda kini, bukan sahaja terpaksa melutut pada parti lawan, malah terpaksa menelan kahak sendiri, menelan ludah sendiri. Malah sebahagian daripada anda bertindak khianat secara terang-terangan, termasuk menjadi KATAK.

Mereka yang bertindak khianat, mengharapkan perubahan itu, seperti mendengar guruh di langit lalu air di temapayan dicurahkan.

Sesebuah parti tidak akan kalah dengan mudah, jika ahli dan pemimpinnya taat setia. Kekalahan sesebuah parti kerana tindakan khianat para ahli dan pemimpinnya.

Mereka yang khianat ini, seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Di Sabah, tidak mungkin parti Umno kalah 15 Kerusi DUN, dan 7 Parlimen, jika lebih 500 ribu ahli parti itu mengundi calon-calon parti.

Tindakan para petualang ini, dengan cepat diketahui, apabila mereka berbondong-bondang keluar daripada parti. Jika sekali khianat, selamanya khianat. 

Bukti jelas, para pemimpin yang khianat pada PBS, sekali lagi membuktikan pengkhianatan mereka. Kepada parti Warisan Sabah, perlu berhati-hati dengan mereka ini, kerana suatu masa nanti, akan juga bertindak khianat.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels