21 June 2018

PEMILIHAN UMNO-BUKAN MASA BERDEBAT TETAPI BERJABAT

DALAM keadaan tercedera, seharusnya para pemimpin Umno berjabat tangan, merapatkan saf, bergerak sebagai satu pasukan, bukannya masa berdebat.

Para pemimpin parti kena mengambil iktibar, bahawa pada PRU-14, sebahagian ahli/pentokong parti telah menolak parti itu, sehinggakan bukan sahaja kehilangan 34 kerusi Dewan Rakyat, akan tetapi Barisan Nasional yang ditunjangi kehilangan kuasa selepas 61 tahun menerajui negara.

Cukup lah para perwakilan tahu niat setiap pemimpin yang bertanding merebut berbagai jawatan dalam parti termasuklah Presiden. Cukuplah setiap calon mengemukakan rancangan/halatuju jika dipilih untuk memperkasa parti.

Berdebat hanya menjadi tontotan umum, tidakpun memberi kesan terhadap pemilihan itu, kerana yang menentukan adalah perwakilan parti, yang mana awal-awal lagi telah membuat keputusan pemimpin mana yang bakal disokong dalam pemilihan parti pada hujung bulan ini.

Setiap perwakilan tahu, kelibat setiap pemimpin yang mencalonkan diri, dan mereka sudahpun memertimbangkan, pemimpin mana yang mampu memulihkan parti daripada kecederaan.

Rakyat secara umum, pada masa ini mahu melihat, bagaimana kesungguhan para pemimpin Umno memulihkan imej parti yang tercalar, memulihkan parti daripada kecederaan. Dalam keadaan demikian, debat, akan menjadi seperti menyapu garam ke atas luka.

Para pemimpin yang mahu merebut jawatan, cukuplah menghantar "manifeso" mereka kepada perwakilan, kerana perwakilan lah yang menentukan nasib mereka, terpilih ataupun tidak.

Bagi perwakilan Sabah, "manifesto" Khairy Jamaluddin Abu Bakar, jika menang Presiden Parti, maka bakal mengwujudkan jawatan Naib Presiden khusus untuk Sabah dan wanita, merupakan satu tindakan yang perlu mendapat sokongan, kerana cara itu merupakan tindakan kedepan dan di luar kotak parti itu.

20 June 2018

PRU-14:BN KALAH- TETAPI UMNO MASIH PARTI TERKUAT DI DEWAN RAKYAT

BENAR, BN kehilangan kuasa diperingkat Persekutuan dan negeri-negeri, kecuali di Pahang dan Perlis semasa PRU-14, namun Umno masih sebuah parti yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak di Dewan Rakyat, dengan jumlah 54, diikuti PKR-47. DAP-42, manakala parti Perdana Menteri- PPBM hanya 13. Jumlah 54 merupakan 24.32% daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen.

Jika dilihat jumlah ADUN, Umno masih mempunyai 111 seluruh negara, daripada 585, jauh lebih tinggi berbanding ADUN PPBM-28. Di Sabah pula, walaupun Umno menang 16 kerusi, akan tetapi hanya berbaki 10, apabila 6 ADUN melompat ke parti lawan selepas PRU-14. Jumlah 10 ADUN merupakan jumlah kedua terbesar di DUN Sabah selepas Parti Warisan Sabah-21. 10 kerusi DUN merupakan 16.67% daripada jumlah keseluruihan kerusi DUN Sabah.

Memang secara persendirian, Umno sukar membentuk kerajaan Persekutuan, kerana sesebuah parti memerlukan 112 kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Jika dilihat pencapaian Umno, PRU-13 boleh dikatakan sebagai penanda ukur kekuatan parti itu, apabila menang 88 kerusi parlimen. Jika jumlah itu dapat dicapai pada PRU-15, maka hanya memerlukan 24 kerusi daripada parti-parti lain untuk merampas kerajaan daripada Pakatan Harapan.

Diharapkan menerusi pergantian kepimpinan parti, sesuai dengan kemahuan perwakilan parti sempena pemilihan parti akhir bulan ini, parti yang memerdekakan negara itu bangkit semula pada PRU-15.

Melihat keresahan rakyat masa ini, selepas sahaja PH mengambil alih kerajaan, akan menjadi pendorong kepada rakyat khususnya penyokong Umno untuk kembali menyokong parti itu.

Hakikat perlu diterima bahawa kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu diibaratkan sebagai hukuman apabila ia hilang kedudukan sebagai Kerajaan Persekutuan, buat kali pertama sejak penubuhannya.

Majoriti meletakkan kesalahan atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan salah guna kuasa oleh pemimpin UMNO, manakala sebahagian lagi menyalahkan sikap sombong atau keangkuhan pemimpin terhadap masyarakat umum.

Semoga kepimpinan baru parti yang akan menerajui parti itu, insaf, mengambil iktibar, dan mengorak langkah ke depan, sesuai dengan aspirasi rakyat jelata.

Umno belum mati, akan tetapi hanya cedera. Jika ditemukan obat mujarab, kecederaan akan cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.

19 June 2018

PRU-14: ANTARA HUKUMAN RAKYAT DAN MAHKAMAH

Hukuman rakyat dan mahkamah ibarat langit dan bumi. Pada PRU-14, rakyat menghukum Dato Seri Najib Razak bersalah berkaitan 1MDB. Namun mantan Perdana Menteri itu tidak semestinya bersalah di mata undang-undang.

Sejak Pakatan Harapan berkuasa, berbagai cara mencari bukti mengaitkan DS Najib Razak dengan 1MDB, sedangkan bertahun-tahun pemimpin Pakatan Harapan telah membuat kesimpulan bahawa bukti-bukti berkaitan mantan Perdana Menteri itu telah ada, malah menuduh sebagai pencuri.

Rakyat negara ini sedang menunggu, akan bila kah DS Najib Razak dihadapkan ke mahkamah, kerana melalui mahkamah sahaja beliau dapat membersihkan nama.

Selagi beliau tidak dihadapkan ke mahkamah dan perbicaraan tidak dijalankan, selagi itu, HUKUMAN bersalah melekat pada beliau.

Hukuman bersalah itu, menghantui mantan Perdana Menteri itu, sehinggakan gerak-gerik beliau bukan sahaja di mata-matai oleh pihak berkuasa, malah rakyat biasa. 

Demi keadilan kepada mantan Perdana Menteri itu, maka sewajarnya, kerajaan PH perlu menghadapkan beliau ke mahkamah, agar beliau dapat membersihkan nama. Kelambatan menghadapkan ke mahkamah, seolah-olah seperti isteri yang ditinggalkan suami tanpa bertali.

Terletak di bahu Tun Dr Mahathir, Lim Kit Siang dan pemimpin PH, untuk membuktikan dakwaan mereka terhadap DS Najib Razak, kerana atas dakwaan itu, parti Barisan Nasional turut dihukum rakyat, tanpa mengambil kira sumbangan parti yang memerintah negara selama 61 tahun.

Benarlah, pena lebih tajam daripada pedang, kerana pena, boleh menjadikan parti yang berbudi dan berbakti dihukum tanpa belas kesihan.

DISEBALIK PETISYEN PILIHANRAYA PARTI WARISAN SABAH

Parti Warisan Sabah (PWS) memilih keputusan PRU-14 bagi 4 kerusi Parlimen dan 4 kerusi Dun, sebagai "testing the water' bagi pilihanraya kecil, jika sekiranya mahkamah mendapati bahawa keputusan di 8 kawasan yang dicabar tidak sah.

PWS beranggapan, apapun keputusan bagi 8 kawasan itu tidak mempengaruhi jumlah kerusi samada bagi pihak PWS mahupun Pakatan Harapan.

8 kawasan yang dicabar itu adalah- Parlimen Keningau (STAR), Libaran (Umno), Kimanis (Umno), Siptingan (Umno), manakala DUN- Sungai Sibuga (Umno), Kundasang (PBS), Sook (PBRS) dan Kiulu (PBS).

Asas yang digunakan mencabar keputusan di 8 kawasan itu, kononnya melibatkan politik wang, kotak pengundi pos dan kelambatan tandatangan keputusan kiraan undi menerusi Borang 14 SPR.

Mencabar keputusan dikawasan sedemikian, seolah-olah mencabar kewibawaan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), kerana agensi itulah yang mengumumkan keputusan itu.

Akan diketahui di mahkamah nanti, bagai mana SPR menjalankan pilihan raya ke-14. 

Dakwaan berkaitan politik wang, sebenarnya bukan lah asas utama dalam pengundian, kerana pengundi adalah bebas memilih calon-calon, kerana membuat keputusan mengundi adalah pengundi itu sendiri. Pada PRU-13, semasa pestisyen serupa bagi Dun Klias yang dibuat oleh calon yang kalah dengan menggunakan politik wang sebagai asas, telah ditolak oleh mahkamah. Di Sabah, hanya berlaku satu keputusan pilihanraya diistiharkan tidak sah yang melibatkan Datuk Yong Teck Lee bagi Dun Likas, kerana kehadiran pengundi tidak sah.

Berkaitan dengan kotak undi pos yang berlebihan, akan diketahui, apa kah benar berlaku, dan akan diketahui semasa pendengaran di mahkamah.

ANGKAT SUMPAH 19 ADUN-JANGAN KELIRUKAN RAKYAT

TIDAK pernah berlaku di negara ini, bahawa wakil rakyat samada ADUN atau Parlimen kena mengangkat sumpah di hadapan Sultan/TYT atau SPBA. Apa yang biasa berlaku, ADUN atau ahli parlimen mengangkat sumpah di depan Speaker.

Datuk Shafie Apdal mempersoalkan angkat sumpah 19 ADUN yang berpihak kepada Tan Sri Musa Aman pada 12 Jun dihapan Speaker DUN Sabah- Datuk Syed Abas Syed Ali. Upacara angkat sumpah itu turut dihadiri Setiausaha DUn Sabah- Datuk Bernard Dalinting dan Timbalan Speaker DUN yang baru- Datuk Ahmad Abdul Rahman.

Sebenarnya- majlis angkat sumpah ADUN/ ahli parlimen terletak pada budibicara Speaker, yang diatur oleh setiausaha DUN/Dewan Rakyat/Dewan Negara.

Tidak tertulis di dalam Perlembagaan Negeri, bahawa angkat sumpah oleh seseorang ADUN perlu perkenaan TYT, kecuali angkat sumpah jawatan ahli kabinet negeri.

Kenyataan Shafie berkaitan angkat sumpah 19 ADUN- 9 Umno, 6 PBS, 2 STAR, 1 UPKO dan 1 PBRS dikatakan melanggar peraturan, namun beliau tidak menyatakan secara spesifik peraturan yang mana.

Dalam perkembangan yang sama, seorang pengamal undang-undang tempatan Henry Gudid dalam satu kenyataan mengatakan bahawa Perlembagaan Sabah hanya memerlukan majlis angkat sumpah dilakukan di hadapan Speaker dan tiada keperluan untuknya dilaksanakan di hadapan Yang DiPertua Negeri atau Ketua Menteri.

Shafie sebenarnya cuba mengelirukan rakyat berkaitan angkat sumpah 19 ADUN yang menyokong Musa, dengan menghubung kaitnya dengan "peraturan", tetapi beliau tidak menyebut secara spesifik peraturan yang mana. 

Umum mengetahui, bahawa perlantikan Shafie pada 12 Mei sedang dipertikai di mahkamah dan akan diketahui pada 9 Julai, 2018 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

17 June 2018

JAWATAN PERDANA MENTERI-8: DS ANWAR MENUNGGU KERAJAAN DIBERSIHKAN

Dato Seri Anwar Ibrahim, menunggu kerajaan peninggalan Barisan Nasional dibersihkan dahulu sebelum beliau mengambil alih.

Defacto Leader PKR itu sedar, bahawa Tun Dr Mahathir hanya menunggu masa, sebab itu beliau tidak mahu terburu-buru untuk mengambil kedudukan Perdana Menteri.

Dato Seri Anwar sedar, bahawa pada masa ini ramai rakyat yang gelisah kerana akujanji Pakatan Harapan tidak dapat ditunaikan sepertimana dijanjikan sebelum PRU-14.

Beliau membiarkan kegelisahan itu akan menyalahkan Tun Dr Mahathir. Apabila beliau mengambil alih kelak, tindakan pembetulan akan dilakukan untuk meredakan kemarahan rakyat.

Pada masa itu, boleh sahaja beliau memberi alasan bahawa penyebab semua kecaluran adalah tindakan PM-7 itu, seperti mana dakwaan Tun Dr Mahathir berkaitan pemecatan Ketua Hakim Negara, kononnya atas titah SPBA pada masa kejadian itu berlaku. Oleh kerana mantan SPBA tidak lagi dapat menjawab, maka alasan tetap sahaja menjadi alasan. Masa itulah yang ditunggu-tunggu DS Anwar.

Bagi penyokong tegar PH, apa sahaja tindakan para pemimpinnya, akan tetap dihalalkan, termasuk tidak menurunkan harga minyak RON95 ke RM1.50/liter. Tol tidak dimansuhkan.Pembayar PTPTN tetap membayar. Tidak melaksanakan gaji minima RM1,500. dan banyak lagi janji-janji yang tidak terlaksana, seperti penurunan sara hidup menerusi penurunan harga barang keperluan harian, meskipun Menteri Pertanian dan Asas Tani- Sallahuddin Ayub, membuat kenyataan mengumpul persepsi bahawa harga barang mentah seperti sayur dan daging turun antara 50-30%, kononnya sebagai impak GST dijadikan sifar peratus, sedangkan kenyataan seumpama itu, sebenarnya satu kenyataan khayalan menteri itu, kerana tiada bukti mengenainya. Namun rakyat bukan penyokong tegar PH, hanya kerana terpancing janji-janji, maka mengundi PH pada PRU-14, kini rata-rata sedang gelisah dan marah, selain menyesal.

Dato Seri Anwar sebenarnya menunggu keresahan rakyat memuncak, sebelum beliau menjadi penyelamat keadaan.

Rakyat yang merasa tertipu semasa PRU-14, tidak dapat berbuat apa, kerana atas sifat rakyat itu sendiri seperti kata peribahasa mentimun dengan durian, mengolek rusak, kena golek binasa; dan terpaksa menunggu 5 tahun lagi untuk satu perubahan.

KJ GLAMOUR UNTUK DIRI SENDIRI

URA-URA pada hari ini, Khairy Jamaludin Abu Bakar akan mengumumkan bertanding jawatan Presiden Umno, hanya memperancak pemilihan bagi jawatan itu, namun tidak membawa erti kepada parti.

Jika benar Ketua Pemuda parti turun bertanding, maka akan berlaku pertandingan tiga penjuru, antara beliau- Ku Li yang mengumumkan bertanding semalam, dan Datuk Seri Zahid Hamidi yang lebih awal menawarkan diri merebut Presiden parti yang dilepaskan oleh Datuk Seri Najib Razak selepas PRU-14.

Selepas sahaja Najib melepaskan jawatan Presiden, Khairy membuat kenyataan, bahawa beliau mengaku bersalah kerana tidak memberi tahu Presiden berkaitan kelemahan parti sehinggakan tumpas pada PRU-14. Menerusi kenyataan itu, menunjukkan bahawa mantan Presiden dan Perdana Menteri itu, tidak bersedia mendengar pandangan pemimpin lain, seolah-olah mengesahkan kritikan Tun Dr Mahathir sebelum PM-7 itu keluar daripada Umno bagi menubuhkan parti seripihan- PPBM.

Menurut MP Rembau itu, antara kesilapan utama Najib, apabila memecat TS Muhiyiddin Yassin dan menggantung Datuk Shafie Apdal daripada parti. Shafie keluar daripada parti pada Julai 2016 dan menubuhkan parti Warisan Sabah.

Hakikat yang perlu diterima menerusi PRU-14, apabila generasi muda hampir secara total menolak parti Barisan Nasional, yang menyebabkan Umno kehilangan 34 kerusi Parlimen, dan Bn secara keseluruhan hilang 54 kerusi apabila hanya menang 79 daripada 133 yang dimenangi pada PRU-13.

Segmen pengundi yang gagal diraih oleh KJ sebagai Ketua Pemuda Umno dan Ketua Pemuda Barisan Nasional, apa kah dapat dirai? jika beliau menerajui Umno!!!!.

Melihat senario politik semasa, Umno memerlukan pemimpin seperti KU LI untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada parti. Pemimpin lain, termasuk KJ, cukup lah sebagai pendokong/pelaksana bukannya sebagai ketua/pengulu.

Umno tidak memerlukan seseorang yang hanya glamour untuk diri sendiri, kerana keadaan itu menunjukkan syiok sendiri.

16 June 2018

KU LI MAMPU BANGKITKAN UMNO

PARTI Umno, hanya kehilangan 34 kerusi parlimen daripada 88 yang dimenangi pada PRU-13. Meskipun kehilangan sejumlah itu, parti itu masih merupakan parti terbanyak kerusi di dewan rakyat. 

Jumlah 54 kerusi parlimen bukan angka yang kecil, berbanding PPBM parti Tun Dr Mahathir berjumlah 12.

PRU-14 menunjukkan apabila Umno tidak kuat, maka parti-parti MCA, MIC, Gerakan juga menerima akibatnya. MCA hanya menang satu kerusi, MIC-2 manakala Gerakan kosong.

Di masa depan, selagi Umno tidak kembali kuat, masa depan MCA, MIC dan Gerakan akan terus malap. 

Ketidak kuatan Umno pada PRU-14, memberi tempias kepada parti-parti komponen Bn di Sarawak dan Sabah. Keadaan inilah yang menyebabkan parti-parti tempatan di Sabah & Sarawak tergesa-gesa memutuskan hubungan dengan Umno, kerana telah menghukum bahawa parti yang menjadi tunjang kepada kerjaaan selama 61 tahun, tidak akan kembali kuat.

Dalam politik, semuanya boleh berlaku. Umno sebenarnya hanya tercedera, bukanpun mati. Pengalaman parti LDP Jepun, semasa kehilangan kuasa, pada awalnya, para pemimpin parti itu juga merasakan bahawa tidak akan bangkit lagi. Namun, atas daya usaha para pemimpin baru parti itu, maka bangkit semula dan sehingga kini memerintah Jepun.

Dalam keadaan Umno tercedera, pemimpin yang dilihat mampu memulihkan parti itu, adalah pemimpin veteran Tengku Razalegh Hamzah (KU LI). Pemimpin yang bergiat dalam parti sejak tahun 1962, dan masing merupakan MP sejak tahun 1974, sebenarnya hampir menang jawatan Presiden parti pada tahun 1987, melawan Tun Dr Mahathir, kalau bukan kerana kehadiran perwakilan haram penyokong PM ke-7 itu.

Umno perlu dipulihkan oleh mereka yang diketepikan semasa pemerintahan Dato Seri Najib Razak, bukan oleh pemimpin yang menyebabkan Umno dan Bn kehilangan kerajaan.

Keputusan Dato Hishamuddin Tun Hussien tidak merebut sebarang jawatan tertinggi parti, sebenarnya adalah keputusan tepat. Keputusan itu, seharusnya dicontohi oleh pemimpin lain.

Biarkan lah KU LI menyusun strategi dan mengatur hala tuju parti untuk bangkit, dan seterusnya dapat berkuasa semula pada PRU-15.

Kesediaan KU LI bertanding jawatan Presiden yang beliau umumkan pada Sabtu, 16 Jun, seharusnya disambut baik oleh semua ahli Umno di seluruh negara.

12 June 2018

PARTI BN TERBUBAR?

ARTIKEL ini telah ditulis pada 15 Mei, dengan tajuk asal MASA DEPAN BN, dengan mengambil iktibar kepada tindakan parti-parti komponen daripada Sabah yang keluar daripada komponen itu selepas sahaja PRU-14 berlabuh.

Namun, berasaskan desas desus bahawa Bn Sarawak juga secara en-block akan keluar daripada komponen 13 parti itu, maka penulis menunggu keputusan rasmi itu.

Pada hari ini, desas desus itu telah terjawab apa semua parti-parti daripada Sarawak- PBB, PRS, SUPP dan PDP telah keluar daripada Bn dan seterusnya menubuhkan blok baharu- Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang mana gabungan itu akan bekerjasama dengan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Persekutuan bagi kepentingan Sarawak dan negara. Menrusi keputusan Sarawak itu, bermakna, negeri itu, bukan lagi pembangkang kepada kerajaan PH di peringkat Persekutuan, melainkan menjalinkan kolaborasi.

Dengan keluarnya semua parti komponen Bn di Sarawak, dengan sendirinya Bn di Sarawak terbubar. Berbeza dengan Sabah, di mana Bn Sabah masih dianggotai oleh parti Umno, MCA, Gerakan dan MIC, maka kewujudan kompnen itu masih wujud, meskipun tanpa parti-parti tempatan.

Sebenarnya di Sabah pengwujudan wadah baru bagi wakil-wakil rakyat yang menang menggunakan lambang Bn pada PRU-14 telah dipersetujui secara tidak langsung, melalui penjenamaan Parti PBS, dengan nama Gabungan Baru, dan seterusnya Majlis Tertinggi parti itu telah sebulat suara bersetuju dengan penjenamaan itu, walaupun keputusan belum dibuat secara muktamad, khususnya berkaitan kesediaan para wakil rakyat Umno mengenainya.

Kini, mengingat perkembangan baharu di Sarawak, kemungkinan besar Parti Gabungan Baru (PGB) akan menjadi kenyataan di Sabah.

Jika PGB akan menjadi kenyataan, kemungkinan besar akan ikut langkah Parti USNO di era Pemerintahan Parti Berjaya, yang mana USNO merupakan komponen Parti Kerajaan Persekutuian, akan tetapi bertindak sebagai parti Pembangkang di Peringkat Negeri. Keadaan ini, akan serupa dengan Sarawak pada masa ini, di mana parti PH merupakan pembangkang di Sarawak, akan tetapi berkolaborasi di peringkat Perekutuan.

Pada era pemerintahan Berjaya, (era Tun Dr Mahathir), Ahli Parlimen parti Usno dilantik sebagai Menteri Persekutuan.

Apa kah senario parti USNO akan berulang, apabila PGB menjadi kenyataan? sama-sama kita tunggu.

11 June 2018

JAHID JAHIM GAGAL HALANG SIDANG KHAS DUN SABAH

SEPERTI yang dijadualkan, Sidang Khas Dun Sabah berjaya dilaksanakan, walaupun diboikot 21 ADUN, 11 daripada Umno, 6 PBS, 2 STAR, 1 UPKO dan seorang PBRS.

Sidang Khas Dun Sabah cuba dihalang oleh ADUN Tamparuli- Datuk Jahid Jahim menerusi injunksi mahkamah pada 6 Jun, 2018, namun mahkamah menolak injunksi itu. 

Sebenarnya, injunksi Jahid yang merujuk kepada saman Tan Sri Musa Aman terhadap TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal, tidak akan berlaku, kalau bukan perbuatan khianat 4 ADUN Umno, kemudiannya disusuli 2 ADUN Upko pada 11 Mei, 2018. 

6 ADUN yang khianat itu sebahagian daripada 29 kerusi yang dimenangi menggunakan tikit Bn pada PRU-14. 

Keputusan PRU-14, Bn menang 29 kerusi, PWS-21, DAP-6, PKR-2 dan STAR-2. Memandangkan PWS-PKR dan DAP sepasukkan, maka menjadikan DUN Sabah tergantung, kecuali dua pihak itu mendapat kerjasama daripada parti STAR. 

Parti STAR pimpinan Datuk Dr Jeffery Kitingan memutuskan bekerjasama dengan Bn, sebab itu, kerajaan yang diterajui Tan Sri Musa Aman berjaya dibentuk pada 10 Mei, 2018. Musa bersama anggota kabinet beliau mengangat sumpah jawatan pada malam 10 Mei di depan TYT Sabah- Tun Juhar Mahiruddin, walaupun upacara itu mendapat halangan daripada pihak tertentu. 

Halangan bagi Musa mengangkat sumpah rupanya ada aktiviti lompat KATAK. Pada pagi 11 Mei, UPKO pimpinan Datuk Madius Tangau bertindak khianat kepada Bn apabila menyokong Datuk Shafie Apdal. Pada awalnya, Madius hanya disertai dua ADUN, iaitu ADUN Paginatan- Datuk Abdidin Madingkir dan ADUN Kedamaian- Ewon Bendedick. Kemudiannya, disusuli tindakan khianat 4 ADUN Umno di sebelah petang, iaitu Datuk Hamisa Samat (ADUN Tanjong Batu), Datuk Abd Muis Picho (ADUN Sebatik), Datuk Osman Jamal (ADUN Balung) dan Jamawi Jaafar (ADUN Kemabong). 

Ekoran tindakan khianat itu, maka Shafie mendapat sokongan 35 ADUN, menyebabkan TYT Sabah melantik beliau ke jawatan Ketua Menteri pada 12 Mei, 2018, walaupun semasa perlantikkan itu, Musa mengeluarkan kenyataan akhbar satu jam sebelumnya, bahawa ADUN Sungai Sibunga itu bersama anggota kabinet beliau tiada yang meletakkan jawatan. 

Dalam keadaan yang tidak menentu itu, sehinggakan pada satu masa terdapatnya dua Ketua Menteri, keadaan yang celaru, ditambah lagi oleh tindakan khianat daripada ADUN BN, iaitu Datuk Bolkiah Ismail (ADUN UMNO Pitas), Datuk Masing Banah (ADUN UPKO- Kuamut), Datuk James Ratib (ADUN Umno-Sugut) dan Datuk Limus Jury (ADUN UPKO- Kuala Penyu), sehinggakan Shafie mendapat sokongan 39 ADUN. 

Pada sidang khas DUN Sabah pada hari ini, 21 ADUN PWS, 6 ADUN DAP, 2 ADUN PKR, 4 ADUN UPKO, serta 6 ADUN mantan UMNO turut mengangkat sumpah selain 4 ADUN dilantik, menjadikan jumlah ADUN yang menyokong kerajaan PWS dan PH 43 ADUN. Kuasa 2/3 daripada 64 ADUN adalah 43. Jika sidang Khas DUN Sabah pada hari ini didapati sah, maka kerajaan pimpinan Shafie Apdal dapat memindah perlembangaan negeri. 

Penulis kurang arif berkaitan undang-undang, berkaitan saman Tan Sri Musa Aman yang difailkan pada 6 Jun, 2018 terhadap TYT Sabah Dan Shafie Apdal, di mana dalam butiran saman itu, TYT Sabah bertindak bercanggah dengan Perlembagaan Negeri semasa melantik Shafie. Jika Mahkmah memutuskan, bahawa mahkamah memutuskan menggunakan pemisahan antara Badan Kehakiman dan Perundangan, maka saman Musa, hanya akan menjadi catitan akademik, walaupun memutuskan bahawa perlantikan beliau adalah sah. 

Berasaskan kepada scenario semasa, TYT Sabah tidak akan menerima nasihat membubarkan DUN Sabah, kerana pertimbangan pada Sidang Khas Dun pada hari ini. Walau apapun, krisis yang berlaku di Sabah selepas PRU-14, adalah PERBUATAN MEREKA YANG KHIANAT DAN TIDAK AMANAH. 

Rekod KHIANAT mereka, akan terpahat dalam sejarah Sabah, seperti mana berlaku pada tindakan Datuk Lajim Ukin dan Datuk Rubin Balang pada tahun 1994. 

Kegagalan injunksi Jahid, menggambarkan, jika pihak kuasa beralih, tiada yang anda boleh lakukan. 

Kepada Rakyat Sabah, janganlah menyokong TINDAKAN wakil rakyat Khianat & KATAK, kerana ianya menjahanamkan proses demokrasi, lagipun, tindaka seumpama itu, bukanlah untuk diwarisi. 

Kepada 11 ADUN Umno, 6 ADUN PBS, 2 ADUN STAR, 1 ADUN UPKO dan seorang ADUN PBRS, sebenarnya para Yang Berhormat, adalah sebenar-benar yang BERHORMAT DAN TERHORMAT.

10 June 2018

HANYA PEMIMPIN LEMAH MINTA NASIHAT MUSUH

Dato Zahid Berjumpa Tun Dr Mahathir
SUNGGUH memeranjatkan, apabila Pemangku Presiden Umno- Datuk Ahmad Zahid Hamidi berjumpa Tun Dr Mahathir untuk meminta nasihat berkaitan halatuju Umno.

Umno bersama komponen Bn lain kecundang pada PRU-14 di peringkat Parlimen, walaupun mengekekalkan Negeri Perlis dan Pahang. Sarawak pula tidak terlibat pertukaran kerajaan kerana telah mengadakan pilihanraya lebih awal.

Apa kah Zahid tidak mendengar kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja diampunkan, bahawa gerakan kerajaan PH seterusnya adalah menguasai Sarawak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Terlupa kah Zahid, bahawa Tun Dr Mahathir adalah pemimpin Pakatan Harapan.

Bagi Tun Mahathir dan pemimpin sekutunya termasuk Anwar, mahu menguburkan Umno untuk selama-lamanya, dan kalau boleh tanpa nisan.

Penulis melihat, tindakan Zahid itu, semacam hilang punca, sehinggakan putus asa, maka terpaksa minta nasihat kepada musuh. 

Yakinlah musuh memberi nasihat, tetapi nasihat yang cepat masuk liang kubur.

Memang pemimpin Umno, masih tidak percaya, mengapa tewas. Namun sebaliknya, akar umbi Umno sudah lama yakin, bahawa Umno akan kehilangan kuasa, kerana rakyat telah bosan dan muak terhadap sebahagian besar pemimpin parti itu. Rakyat telah buktikan, pemimpin yang membosankan dan memuakkan, meskipun mempunyai kedudukan dan status ditolak, malah ada diantara mereka kalah dengan terok sekali.

SIDANG KHAS DUN SABAH- AKAN TERLAKSANA KAH?

ESOK , 11 Jun 2018 akan dilaksanakan Sidang Khas Dun Sabah, namun sidang itu dihalang oleh ADUN Tamparuli- Datuk Jahid Jahim menerusi satu injunksi melalui Mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu pada 6 Jun. 

Apa kah tindakan menghalang Sidang Khas Dun Sabah itu akan diberikan oleh mahkamah? Jika Ya, maka kedudukan Jahid sebagai wakil rakyat masih dihormati undang-undang, jika mahkamah mengenepikan tindakan beliau, maka mahkamah perlu memberi jawapan, mengapa tindakan injunksi itu tidak dapat diberikan.

Tindakan injunksi Jahid ada hubungan dengan kemelut dua Ketua Menteri Sabah, pada masa yang bersamaan.

Dalam keadaan sekarang, walaupun Datuk Shafie Apdal menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri, namun perlantikan beliau dicabar menerusi mahkamah oleh Tan Sri Musa Aman yang dilantik ke jawatan itu pada 10 Mei.

Shafie yang dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada 12 Mei, masih tanda tanya kesahihannya, kerana semasa beliau dilantik, Musa masih Ketua Menteri yang sah.

9 Julai telah ditetapkan Mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu untuk mendengar saman TS Musa terhadap TYT dan Shafie.

9 June 2018

UMNO SABAH KENA DIJENAMAKAN

Tiada yang boleh meramalkan, apa masa depan parti Umno di negara ini, kerana untuk pertama kalinya kehilangan kuasa selepas berkuasa 61 tahun.

Kalau melihat apa yang sedang berlaku pada parti itu selepas kehilangan kuasa, bukan sahaja ahli malah pemimpin bagaikan anak ayam kehilangan indung.

Pertemuan Pemangku Presiden parti itu Datuk Ahmad Zahid Hamidi dengan Tun Dr Mahathir, kononnya meminta nasihat, adalah satu tindakan yang menunjukkan bahawa parti itu kehilangan arah dan panduan.

Tindakan pemimpin Naib Presiden Datuk Hishamuddin Hussien untuk tidak bertanding sebarang jawatan, dengan hela, memberi peluang kepada pemimpin lain, membawa pengertian bahawa parti itu tiada masa depan lagi.

Jika pada pemilihan parti bahawa semua jawatan penting parti, khususnya Naib-Naib Presdien dimenangi oleh mereka yang masih diterima rakyat, kemungkinan masih ada peluang menghidupkan semula parti itu, namun jika pada pemilihan kali ini, turut dimenangi oleh mereka yang ditolak rakyat, penulis tidak dapat membaangkan atas cara apa mereka itu mampu membangkitkan kepercayaan rakyat kepada parti.

Mereka yang telah ditolak rakyat, seharusnya tidak perlu didepan lagi, kerana mereka itu sebenarnya adalah sebahagian daripada pemimpin yang telah ditolak pada PRU-14.

Dalam kes UMNO Sabah pula, negeri itu mempunyai pengalaman bahawa mana-mana parti yang kehilangan kuasa terlalu sukar untuk bangkit semula, kecuali dijenamakan.

Parti USNO yang tewas pada tahun 1976, sehingga dibubarkan, tidak pernah bangkit lagi, demikian juga parti Berjaya yang tewas pada tahun 1985, hilang tanpa nisan. Bagi PBS pula yang hilang kuasa pada tahun 1994, hanya menjadi sebahagian kerajaan apabila menyertai semula Bn pada tahun 2002.

Hakikat kena diterima bahawa penerimaan rakyat Sabah terhadap Umno tidak akan berulang lagi seperti mana diterima oleh parti itu yang bermula tahun 1994. Penerimaan rakyat Sabah terhadap parti itu, sebenarnya telah dinoktahkan pada PRU-14.

Bagi pemimpin Umno atau wakil-wakil rakyat Umno, jika roh dan semangat USNO ingin dibangkitkan, Umno Sabah perlu dijenamakan, atau perlu ditubuhkan satu wadah baru sebagai wadah perjuangan.

Para pemimpin Umno kena ikut rentak aspirasi rakyat, bukannya sebaliknya. Memaksa rakyat menerima semula Umno, mungkin boleh, hanya sekadar menang satu dua kerusi dikawasan di mana pemimpin yang mewakili parti itu mempunyai kekuatan peribadi di peringkat akar umbi.

Sesebuah parti yang boleh menang pilihanraya, apabila ianya diterima secara umum oleh rakyat. Ambil iktibar bagai mana parti Warisan Sabah boleh menang 21, kawasan DUN, yang mana 15 daripadanya adalah wilayah Umno. Tidak keterlaluan, pada PRU-15 akan datang, 16 kawasan yang dimenangi calon Umno, separuh daripadanya akan dirampas parti pimpinan Datuk Shafie Apdal, jika para pemimpin Umno masih mempertahankan parti itu, tanpa dijenamakan.

7 June 2018

ADUN TAMPARULI- MINTA MAHKAMAH HALANG SIDANG KHAS DUN SABAH

ADUN Tamparuli- Datuk Jahid Jahim memfailkan "injunction" di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, pada Rabu, 6 Jun, 2018 bagi menghalang Speaker DUN Sabah, Setiusaha DUN Sabah dan Datuk Shafie Apdal menjalankan Sidang Khas DUN Sabah pada 11 Jun. Sidang khas itu mempunyai 2 Agenda, iaitu angkat sumpah para ADUN, termasuk ADUN lantikan, dan Agenda ke-2 Usul Percaya kepada Datuk Shafie Apdal.

Menerusi injuksi yang difailkan, Mahkamah diminta menghalang sidang khas itu sementara menunggu saman Tan Sri Musa Aman terhadap TYT Sabah berkaitan kesahihan angkat sumpah Datuk Shafie Apdal pada malam 12 Mei, 2018 sebagai Ketua Menteri ke-2 selang 48 jam selepas Musa dan kabinet beliau mengangkat sumpah jawatan pada 10 Mei, sesuai dengan Keputusan PRU-14 Sabah.

Kerajaan Musa secara teknikal kehilangan sokongan, kurang 48 jam selepas mengangkat sumpah, ekoran LOMPAT KATAK 6 ADUN Bn untuk menyokong Datuk Shafie Apdal, meskipun ADUN yang sama berikrar menyokong Musa pada 10 Mei, 2018 (gambar kanan).

Apa kah injuksi Jahid itu diambil tindakan oleh Mahkamah? sama-sama kita tunggu. 

MENYERAH ATAU STRATEGI??

Pemangku Presiden Umno- Dato Zahid Hamidi berkongsi sendiri gambar perjumpaan beliau dengan Tun Dr Mahathir.

Menerusi gambar (kiri) mantan TPM itu membuat catitan laman instagram beliau "Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua". Namun melihat kepada raut wajah Perdana Menteri ke-7 itu, semacam sungguh serius yang membawa 1001 pengertian.

Melihat kepada gambar (kanan) menggambarkan, bahawa Tun M menerima mantan TPM bukan seperti "tetamu" yang dinanti-nantikan, sebaliknya hanya "tetamu biasa"- jika dilihat tafsiran gambar yang membawa 1001 makna.

Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Umno sebelum PRU-14, kemudiannya memangku Presiden selepas Umno dan Bn tewas dalam PRU itu, hanya cukup sebulan peseteruan dengan Tun M, kini berlaku pertemuan. Apa kah pertemuan itu untuk menyerah atau strategi? sesuai dengan kenyataan mantan TPM itu di IG beliau?

Untuk menang perang, berundur tidak semestinya menyerah kalah, sebaliknya, ianya boleh digunakan untuk mengatur startegi. Strategi apa yang sedang dirancang? sama-sama kita tunggu.

6 June 2018

PRU-14: PENGARAH PENDIDIKAN SABAH KEMPEN BN?

MENURUT Perintah AM, setiap pegawai kerajaan mesti berkhidmat kepada Government of the day. Jika ada pegawai kerajaan turut hadir pada majlis-majlis rasmi yang dihadiri pemimpin kerajaan of the day, samada masa pilihanraya atau pun tidak, menunjukkan bahawa pegawai kerajaan sentiasa setia pada Government of the day. 

Jika terdapat tuduhan atau dakwaan bahawa pegawai kerajaan turut berkempen bagi pihak kerajaan, maknanya, pegawai itu patuh pada kerajaan of the day, seperti mana akujanji setiap penjawat awam- SAYA YANG MENURUT PERINTAH.

Kelazaimannya, pegawai kerajaan atau penjawat awam, tidak hadir pada majlis-majlis kempen politik. Mereka hadir pada program anjuran rasmi kerajaan. Jika pemimpin kerajaan yang merasmikan sesuatu anjuran kerajaan bercakap soal politik, bukan membawa erti bahawa pegawai kerajaan yang turut hadir berpolitik. 

Pegawai kerajaan tiada kuasa menghalang seseorang pemimpin kerajaan bercakap soal politik, kerana kerajaan yang dibentuk berasaskan parti politik. Makna kata, kerajaan yang memerintah dikuasai oleh parti politik. 

Dakwaan seorang pengguna facebook (seperti pada caption), hanya dakwaa seorang individu yang bersifat dakwaan, kerana sesuai dengan fungsi Pengarah sesebuah agensi kerajaan, maka satu keharusan baginya untuk hadir pada majlis-majlis anjuran kerajaan of the day. Sudah menjadi protokol bagi seseorang penjawat awam yang berstatus pengarah, sentiasa dijemput, di majlis-majlis yang dianjurkan kerajaan yang turut dihadiri oleh menteri atau Ketua Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri.

Jika pada masa lalu di Sabah, menteri dan Ketua Menteri daripada Bn, dan kini daripada Parti Warisan Sabah, maka Pengarah pendidikan yang sama turut hadir pada majlis-majlis anjuran kerajaan of the day, kerana falsafah penjawat awam, iaitu Saya Yang Menurut Perintah.

Penjawat awam akan sentiasa setia kepada Government of the day sehinggalah bersara, seperti mana yang dilakukan mantan pegawai PPD Kota Belud, yang menjadi calon PWS pada PRU-14 lalu di Dun Usukan. 

Penjawat awam, tidak akan membawa fahaman politik semasa bertugas, sebab itu tidak akan ada penjawat awam berucap politik di mana-mana majlis, selagi mereka masih berkhidmat.

Dakwaan pengguna facebook itu, sebenarnya bersifat dakwaan semata-mata, dan kemungkinan ada muslihat tertentu, termasuk mencemarkan imej seorang penjawat awam.

Jawatan Pengarah Pendidikan Sabah, bukanlah jawatan politik. Dan setiap yang menduduki jawatan itu tahu status jawatan itu.

5 June 2018

UMNO JADI MANGSA PEMIMPIN SENDIRI?

JIKA benar pendedahan demi pendedahan yang dilakukan Kerajaan Pakatan Harapan berkaitan wang negara, maka wajarlah parti Umno/Bn kalah pada PRU-14.

Melihat kepada pendedahan itu, termasuk rampasan wang ratusan juta ringgit, tidak termasuk barangan berharga, malah pendedahan terbaru berkaitan projek saluran paip berbagai produk (MPP) Melaka yang bernilai RM5.35 bilion dan Saluran Paip Gas Trans Sabah (STGP) yang bernilai RM4.06 bilion, yang dilaksanakan oleh anak syarikat Kementerian Kewangan, Suria Strategic Energy Resources (SSER).

Menurut Menteri Kewangan- Lim Guan Eng, walaupun projek itu dilaksanakan pada April, 2017 akan tetapi progres penyiapannya hanya 13%, akan tetapi pembayaran sejumlah RM8.25bilion (87.7%) telah dilaksanakan. Biasanya, projek terbengkalai, berpunca daripada cara pembayaran ini. Dua projek ini, sebelum ini tidak pernah didedahkan. 

Jika benarlah, ramai pemimpin yang lalu (kerajaan Bn, menyalah guna kuasa untuk kepentingan peribadi), maka, kini terdedah kepada ahli/penyokong, mengapa Tuhan membuka hati rakyat yang selama ini menyokong parti itu, untuk menentang, supaya semua tindakan buruk para pemimpin yang menyalahgunakan kedudukan terlondeh sejelas-jelasnya.

Adalah dialu-alukan, semakin banyak pendedahan yang berkaitan dengan pemimpin Umno, agar para ahli dapat memilih pemimpin parti itu yang benar-benar bersih daripada sebarang skandal, sempena pemilihan parti itu April, 2019.

Umno tidak boleh lagi dipimpin oleh mereka yang terpalit dengan sebarang isu, kerana rakyat menjadikannya sebagai tolok ukur.

Kepada mereka yang merasa ada isu atau skandal atau mereka yang telah ditolak rakyat, berundurlah. Jangan ulangi lagi, bahawa parti kalah kerana angkara pemimpin sendiri.

UMNO KENA BERTINDAK INKLUSIF

Parti UMNO kena membuang jauh-jauh sifat eklusif ( KITA-KITA sahaja), dan perlu bertukar kepada inklusif, jika mahu kembali mendapat sokongan rakyat. 

Umno tidak boleh lagi menjadi parti VVIP sahaja, sebaliknya perlu melibatkan semua lapisan, khususnya mereka yang berada di akar umbi.

Era ini, setiap pemimpin parti itu, bukan sahaja perlu melibatkan rakyat, akan tetapi perlu kelihatan merakyat. Sifat-sifat yang biasa diamalkan parti itu selama 61 tahun, perlu dijadikan sempadan, kerana ianya sudahpun dinoktahkan pada 9 Mei, 2018.

Para pemimpin Umno, khususnya di peringkat atas, kena berubah 360 degree, kena bertindak proaktif, dan kalau boleh bertindak diluar kotak kebiasaan parti itu.

Memang tidak mudah berubah, namun perubahan adalah kemestian. Para pemimpin parti tidak perlu menunggu lama untuk berubah. Masa 5 tahun, bukan lah lama. Para pemimpin perlu memperlihatkan kencederungan, bahawa parti itu benar-benar berubah.

Kebiasaan majlis-majlis parti itu, yang memperlihatkan ala VVIP dan melibatkan pemimpin "top" sahaja perlu dibuang jauh-jauh, kerana cara itu, tidak akan boleh memenangkan parti. Kemenangan sesebuah parti, apabila bersifat merakyat, sepertimana awal penubuhan parti itu. Penubuhan awal parti yang membawa misi ABATA ( agama bangsa tanah air) semacam dilupakan, kerana para pemimpin menukar cara parti itu kepada KITA-KITA SAHAJA.

Para pemimpin parti, kena mengambil iktibar, kebosanan rakyat terhadap parti itu, kerana tindakan para pemimpin "top" yang berlagak seperti maharaja, tidak boleh disentuh, mempraktikkan, pengkelasan termasuklah kepada penyokong dan ahli parti, benar-benar dihukum pada PRU-14.

Penulis masih dapat melihat, walaupun parti itu kehilangan kerajaan yang diterajui selama 61 tahun, namun para pemimpin masih ditakuk lama, "KAMI INI PEMIMPIN" anda-anda hanya penyokong, anda-anda hanya rakyat 'PERLU AKUR dengan arahan- TOP-DOWN".

Hakikat yang perlu diterima, sifat TOP-DOWN sudah berlalu, sifat eklusif sudah berlalu, era ini, Umno kena bertindak inklusif..TITIK.

DISEBALIK WANG SIMPANAN SABAH

AGAK pelik, mengapa parti politik yang berdegar-degar sangat mempersoalkan berkaitan kedudukan kewangan negeri? sedangkan kerajaan negeri, mempunyai Setiausaha Tetap Kementerian, Akauntan Negeri, malah Menteri Kewangan, selain pembantu menteri kementerian itu. Jika benar, bahawa memang Sabah TIADA simpanan wang, dan kerajaan negeri hanya menanggung hutang, maka pihak yang berkaitan dengan kerajaan yang perlu mengumumkan kedudukan itu, bukan seseorang yang tiada locus standi dalam kerajaan, kecualilah, individu berkenaan telah dilantik secara sah sebagai jurucakap kerajaan.

Sejak Datuk Shafie Apdal menjawat Ketua Menteri Sabah, maskipun kedudukan beliau sedang dipertikaikan berasaskan Perlembagaan Negeri, beliau mengeluarkan kenyataan, tanpa disokong data atau fakta, bahawa kerajaan negeri TIADA simpanan kewangan sepertimana terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara, 2016, bahawa simpanan Kewangan Sabah setakat 31 Disember, 2016 berjumlah RM3bilion, dan kemudiannya pada persidangan DUN Sabah sebelum pembubaran Dun Sabah pada 7 April, 2018, bahawa simpanan kewangan Sabah berjumlah RM3.74bilion.

Demikian juga semasa Pembentengan Bajet Sabah 2018, turut juga dinyatakan bahawa kewangan negeri terus berkeadaan surplus selama 16 tahun berturut-turut. Atas asas surplus itu, maka kewangan negeri dapat mengumpul simpanan kewangan negeri.

Selain menggamit persepsi, bahawa kerajaan negeri tiada simpanan kewangan, pemimpin parti Warisan Sabah- Martin Tommy, membuat dakwaan, salah satu anak syarikat Yayasan Sabah- Benta Wawasan Sdn Bhd, mengalami kerugian yang cukup besar, namun beliau tidak menyebut berapa kerugian itu. Namun, apa yang malang, anak syarikat itu, dapat membayar dividen kepada Kerajaan Negeri, sebagai misalnya, pada tahun 2016 membayar RM43juta. Dalam fahaman perakaunan, hanya syarikat yang untung sahaja, dapat membayar dividen.

Apa kah berlaku manipulasi? untuk mengwujudkan persepsi, supaya, kerajaan bertindak termasuk menjual tanah, menebang kawasan hutan Sabah, di mana pada tahun 2002, berjumlah 838ribu hektar dan kini menjadi 1.87juta hektar, sebagai usaha mendapatkan pendapatan negeri? Perlu diketahui, bahawa pemimpin yang ada terkait dengan penjualan tanah kerajaan kepada RISDA di mana RM15.5juta, wang pendahuluan agensi itu dilenyapkan oleh peguam yang terkait dengan pemimpin tertentu dalam parti itu.

4 June 2018

UMNO PERLU DIROMBAK

SENARIO politik semasa memerlukan parti Umno dirombak juga para pemimpin parti itu perlu bermuasabah diri.

Sifat top-down yang membelenggu parti itu sekian lama, akhirnya benar-benar bertindak balas, apabila rakyat menolak 24 calon-calon dikawasan yang dipertahankan parti itu pada PRU-14. 

Umno semasa berdepan dengan PRU-14 membawa bersamanya 88 kerusi parlimen, namun hanya dapat mempertahankan 54 kawasan parlimen.

Bn, yang diterajui Umno yang membawa bersamanya 133 kerusi parlimen semasa Parlimen dibubarkan pada 7 April, 2018 untuk membolehkan PRU-14, hanya dapat mempertahankan 79, kalah 54 kerusi parlimen. 

Keputusan PRU-14, BN-79, PKR-47, DAP-42, PPBM-13, Amanah-11, Warisan-8, Bebas 3 dan STAR-1 serta PAS-18.

Oleh kerana, PKR, DAP, PPBM, Amanah adalah parti Pakatan Harapan, maka menang PRU-14 dengan jumlah kerusi 113, lebih satu kerusi bagi majoriti mudah, 112 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Kekalahan Bn, kerana parti Umno tidak dapat membantu lagi parti-parti komponen khususnya di Semenanjung. Manakala di Sabah & Sarawak, sentimen yang melanda kepimpinan Umno telah mempengaruhi rakyat dua negeri itu menolak calon-calon Bn.

PRU-14, menyaksikan, bahawa rakyat negara ini, menolak Bn, bukan atas faktor parti akan tetapi atas faktor pemimpin yang dipalitkan atau terpalit dengan imej buruk. Tergambar sungguh, para pemimpin Umno yang terlihat sangat dekat dan mati-matian mempertahankan Perdana Menteri, ditolak oleh rakyat. Di Sabah, dua pemimpin utama Sabah ditolak rakyat, iaitu Datuk Rahman Dahalan dan Datuk Salleh Tun Said. Dua pemimpin ini, adalah dua pemimpin yang ditargetkan oleh Tun Dr Mahathir untuk dikalahkan.

Kalau dianalisa, 24 kawasan yang dipertahankan Umno tewas, adalah para pemimpin yang mengecam Tun Dr Mahathir, walaupun ada yang dapat mempertahankan kawasan masing-masing seperti Dato Zahid Hamidi, Dato Hishamuddin Hussien, Dato Nazri Tan Sri Aziz dan Dato Seri Najib Razak sendiri.

Berasaskan kepada trend pengundian rakyat pada PRU-14, maka untuk Umno kembali mendapatkan kepercayaan rakyat, selain dilakukan rombakan besar-besaran, juga perlu diubah cara pendekatan, kerana cara pendekatan yang digunapakai selama 61 tahun, telah dinoktahkan pada PRU-14.

Mengapa parti-parti seperti DAP dan PKR mendapat sokongan rakyat pada PRU-14? sebabnya parti-parti itu mengubah pendekatan, apabila bersatu dalam satu logo, dan kepimpinan. Kesepakatan antara para pemimpin DAP, PKR, PPBM dan Amanah benar-benar membuktikan teori, bahawa dalam politik tiada yang tidak mungkin.

Bersandarkan kepada keadaan itu, maka para pemimpin Umno perlu juga mengorak langkah ke depan, bertindak di luar kotak, supaya rakyat dapat kembali menyokong.

3 June 2018

POLITIK SEMASA-PERLUNYA KERAJAAN PERPADUAN

PARA pemimpin seperti Dato Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hadi Awang perlu memikirkan KERAJAAN PERPADUAN ( UNITY GOVERNMENT). Konsep UG ini muncul selepas PRU-2008, namun ianya tidak menjadi kenyataan.

Melihat scenario tindak tanduk kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui Tun Dr Mahahir, semacam mengelak kepada kontrak social dalam negara. Tindak tanduk Tun Dr Mahathir, mencerminkan perjuangan sebenar DAP- Malaysian Malaysia. 

Para pemimpin yang disebutkan di atas perlu bertindak, untuk mengelak gejala buruk bakal berlaku dalam negara. Tidak mungkin dibendung, apabila majority rakyat negara ini, melayu/bumiputera yang merasa tersisi dalam kerajaan sekarang tidak akan meletup. Sebelum keadaan itu berlaku, maka adalah sebaik-baiknya parti PKR, BN dan PAS bergabung untuk membentuk Kerajaan Perpaduan (UG). 

BN dengan 78 kerusi Parlimen, PKR dengan 47 dan PAS dengan 18, serta Plus Parti Warisan Sabah-8, berjumlah 151 kerusi Parlimen, menerusi jumlah itu, merupakan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat. 

Kepada para pemimpin yang disebutkan, buanglah ego masing-masing demi negara.

1 June 2018

JANGAN SALAHKAN KERAJAAN PH TIDAK TUNAI JANJI

JANGAN salahkan Kerajaan Pakatan Harapan, tidak tunai janji, tidak menghormati janji, tangguh janji manifesto. Mereka sudah menjumpai alasan untuk tidak melaksanakan janji, kerana negara mempunyai hutang yang diberikan tafsiran/definisi baru, sehinggakan hutang rasmi negara yang menggunakan tafsiran antarabangsa berjumlah RM686bilion menjadi RM1,087bilion. Ketika hutang RM686bilion, ianya merupakan 50.8% KDNK (KDNK negara pada 31 Disember,2017 berjumlah RM1,354bilion), kini kerana tafsiran baru, kadar hutang negara menjadi 80.3%.

Kerana tafsiran hutang negara yang baru, kemudiannya negara kehilangan pendapatan RM21bilion, kerana GST menjadi sifar peratus bermula hari ini (1 Jun,2018), maka kerajaan PH tiada pilihan, melainkan menangguhkan janji-janji mereka, menunggu, hutang negara berkurangan. Tidak tahu limit atau had mana jumlah hutang itu menurut tafsiran kerajaan. Kalau lah menunggu, sehingga 50%, nampaknya memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun atau dua penggal pemerintahan.

Para penyokong PH di 121 kawasan Parlimen diyakni dapat menunggu tempoh masa itu, kerana penyokong DAP boleh menunggu lebih 50 tahun untuk memerintah, penyokong PKR dapat menunggu 20 tahun untuk merealisasikan impian mereka menawan Putrajaya dan seterusnya menjadikan Dato Seri Anwar Perdana Menteri.

Bagi penyokong bekas kerajaan, iaitu Parti barisan Nasional, yang tersibar di 78 kawasan Parlimen, tidak kesahpun berkaitan janji-janji PH, kerana memang tahu, bahawa janji-janji tidak bakal dilaksanakan, kerana akan mempengaruhi kedudukan kewangan negara. 

Namun, apabila kerajaan PH menangguhkan atau tidak melaksanakan janji-janji, maka yang terkesan adalah penyokong mereka, sehingga kini, terpaksa menelan kahak sendiri, dan terpaksa menyokong tindakan kerajaan pilihan mereka. Mereka tidak lagi boleh berbuat apa, terpaksa menyokong, kerana terlajur perahu boleh diundur, terlajak undi, terima lah padahnya.

Syabas kepada penyokong PH kerana memberi derma/sumbangan kepada Tabung Harapan (bukan tabung kerajaan, kerana ianya bukan diwujudkan menerusi Akta Parlimen). Semoga tabung itu dapat mengumpul sekurang-kurangnya RM500bilion dalam tempoh 5 tahun. Jika tabung itu dapat mengumpul sejumlah itu, Petronas dan GLC lain seperti Khazanah Nasional tidak menjadi sapi perahan, apa tah lagi digunakan untuk bill-out syarikat-syarikat kroni. Kecenderungan untuk bill-out sudah ON THE WAY, kerana pengelaman Malaysia semasa Pasaran Saham terjejas teruk pada tahun 1997-2000, banyak syarikat kroni jatuh muflis, sehingga diwujudkan Danaharta untuk mengurus hutang tidak berbayar (NPL).

Kini, kerajaan terperangkap dengan permainan sendiri, apabila pasaran saham negara merundum sejak PH mengambil alih Putrajaya. Kepada syarikat kroni, jangan bimbang, harga minyak sedang menanjak naik, dan seterusnya Petronas akan mengaut keuntungan. Guna sahaja duit syarikat itu untuk mengurangi hutang, dan bail-out.

Kepada peminjam PTPTN, yang perlu juga membayar, hutang perlu dibayar. Ambillah iktibar, gunakan ilmu yang dipelajari sebelum terjebak dengan janji-janji bulan bintang. Demikian juga pengguna kenderaan yang berkapasiti 1300cc ke bawah dan penunggang motorsikal yang mengharapkan subsidi tersasar, beli lah pada harga tetap RON95, RM2.20/liter. Harga itu, hanya mahal 70 sen berbanding janji PH RM1.50 seliter.

31 May 2018

KERAJAAN PH TIDAK PERLU TUNAI MANIFESTO

MANIFESTO adalah cara menarik sokongan. Sama dengan ikan yang direndam dalam formalin, nampak segar meskipun, ikan itu stok lama. Apa yang penting, ikan itu dibeli pembeli. Demikian juga Manifesto. Tiada peraturan atau undang-undang mengatakan bahawa manifesto atau akujanji perlu ditunaikan. Lagi pun manifesto, bukan pun sah daripada segi undang-undang.

Meskipun kerajaan PH sudah menjadi kerajaan, tetapi mereka masih menggunapakai, kaedah mengaburi mata rakyat. Mereka memberi tafsiran baru berkaitan hutang, dengan memasukkan “jaminan” sebagai bentuk hutang. Mereka buang pengertian hutang yang merupakan liabiti. Jaminan, belum ditafsirkan dalam perakaunan sebagai liabiti sebelum ini. 

Kerajaan PH juga memasukkan PAJAKAN sebagai hutang, sedangkan tiada mana-mana akaun sebelum ini memasukkan pajakan sebagai hutang. 

Apabila kerajaan baharu memberi tafsiran baru berkenaan hutang, maka hutang negera menjadi 1,087.3 bilioan setakat 31 Disember, 2017, dengan pecahan hutang rasmi kerajaan RM686.8bilion (50.8% KDNK), jaminan RM199.1bilion (14.6% KDNK) dan Pajakan RM201.4bilion (14.9% KDNK). 

Apabila mereka “push-up” jumlah hutang. Mereka mahu menanamkan jumlah itu pada fikiran rakyat, supaya rakyat tidak menaggih janji. Mereka bermain politik dengan rakyat, tanpa menyedari bahawa mereka adalah kerajaan semasa. 

Penulis yakin, janji seperti bantuan minyak untuk kereta di bawah 1,300cc dan motorsikal, selain menurunkan harga pada paras RM1.50/liter, pembatalan bayaran PTPTN bagi peminjam yang belum bergaji RM4000, pemansuhan bayaran tol, selain bantuan RM50 kepada suri rumah campur 2% caruman suami telah berjaya menarik pengundi, selain anggapan bahawa sara hidup akan turun serta merta, apabila GST dimansuhkan (kini pemansuhan digantikan dengan sifar peratus). 

Memang janji yang disebutkan terlalu sukar untuk dilaksanakan, kerana ianya membabitkan kewangan yang cukup besar, lagipun, semua yang disebutkan itu, termasuk dalam perkara pakai buang (bukan renewable). 

Kerana kesukaran itu, maka kerajaan terpaksa mencari kambing hitam untuk dijadikan alasan. Mereka kini, menjadikan HUTANG NEGARA sebagai kambing hitam. 

Hutang ada yang berjangka pendek dan panjang. Hutang RM1,087.3bilion itu, bukanlah hutang yang perlu dibayar esok, hutang itu, dibayar berasaskan jadual pembayaran, ada yang setahun, ada yang berjangka masa 10 tahun, seperti bond atau kertas berharga kerajaan. Lagipun, hutang-hutang itu digunakan untuk projek-projek yang menyumbang kepada pendapatan, maknanya, hutang-hutang itu memberikan nilai tambah. Tiada bank atau pemberi hutang, memberikan hutang, kepada seseorang atau entity hanya berasaskan suka-suka. 

Menerusi tafsiran baru hutang negara itu, penulis merasa pelik, mana sudah mereka yang mempunyai ilmu akaun atau kewangan? Mengapa minda dimandulkan? Pasaran saham memberi reaksi, dengan menjunamnya pasaran saham, untuk menggambarkan ketidak mampuan kerajaan PH mengurus kewangan negara. Apa tah lagi, dengan pemikiran para bijak pandai yang dilantik hanya mampu memberi pendapat- MENGUTIP DERMA!!!.

KUTIP DERMA-PENDAPATAN ALTERNATIF NEGARA

SELEPAS GST dimansuhkan, maka negara kehilangan pendapatan kira-kira RM40bilion setahun. Sebahagian kehilangan itu akan diganti melalui SST yang biasanya berjumlah RM18bilion setahun. Kekurangan RM22bilion bakal ditutup daripada pendapatan minyak, dan jika tidak cukup, maka menerusi kutipan derma daripada rakyat.

Kerajaan Pakatan Harapan, bermula hari ini 1 Jun, 2018 menggantikan kadar GST 6% kepada 0%, sementara SST akan dilaksanakan pada 1 September, 2018. 

Kutipan daripada minyak, pada masa ini, memang membantu, kerana harga telah meningkat ke paras AS80 setong, berbanding sebelum ini di bawah AS50 setong. Ketergantungan pendapatan daripada minyak tidak dapat diramal, boleh jangka panjang boleh juga jangka pendek, kerana harga ditentukan oleh pasaran dunia. 

Mengapa GST menjadi musuh rakyat Malaysia? Pertamanya cukai itu tercatit pada resit bayaran, berbanding SST-tersembunyi. Cukai SST tidak disedari oleh pengguna, bahawa mereka juga membayar cukai itu. Sebelum GST diperkenalkan dengan kadar 6%, SST adalah 10%, campur 5%, menjadikannya 15%. 

Disebabkan semasa pelaksanaan GST, kurangnya penerangan dan penjelasan kepada pengguna, maka ada pihak yang mengambil peluang mengkambing hitamkan cukai itu, dan peluang ini digunakan oleh peniaga untuk menaikkan harga barang, dengan alasan mudah, kerana cukai itu. Peningkatan harga barang, menyebabkan pengguna dengan pendapatan yang tidak bertambah merasakan beban, sehinggakan diistilahkan sebagai kenaikkan sara hidup. 

Selain itu, tomahan terhadap cukai itu yang dikaitkan dengan 1MDB, Felda Global Ventures (FGV), kononnya cukai itu digunakan untuk membayar hutang syarikat-syarikat itu, menyebabkkan kemarahan rakyat. Isu yang dimainkan berkaitan gaya hidup para pemimpin Bn, khususnya Dato Seri Najib Razak dan isteri, menambah lagi kemarahan rakyat. 

Telah tertanam dalam pemikiran pengundi, isu-isu berkaitan seperti GST dilihat sebagai cara untuk mendapatkan semula pendapatan yang hilang kerana salah tadbir urus dan rasuah, sehinggakan GST telah tercemar dan dipolitikkan, yang mana keadaan itu telah menolak system percukaian yang membantu negara berbanding cukai lain. Hakikatnya GST adalah satu langkah fiscal terbaik yang pernah berlaku di negara ini. 

Kerajaan PH yang diterajui Tun Dr Mahathir dengan para penasihat beliau menyadari keadaan ini, bahawa menamatkan GST memang mudah, tetapi kerajaan berdepan dengan keadaan sukar- kerajaan baharu perlu mengurus kewangan negara tanpa GST, mungkin sebab itu alternative tercepat adalah menerusi kutipan derma. 

Kini, kerajaan Bn yang melaksanakan GST sudah tumbang. GST juga sudah jadi sifar peratus (janji dimansuhkan). Makna kata, harga barang perlu turun, supaya sara hidup rakyat kembali seperti sebelumnya. 

Jangan peduli lagi, pembangunan seperti sekolah, hospital, jalan raya (di Sabah & Sarawak Lebuh raya Pan Borneo) perkhidmatan awam lain seperti Kedai Rakyat 1 Malayisa (KR1M), caj pengguna untuk system rel transit aliran massa (MRT) dan transit aliran ringan (LRT) sebelum ini berkadar rendah kerana hasil sokongan GST. 

Kos pembangunan dan kemajuan tidak boleh berhenti. Jika pembangunan dan kemajuan perlu diteruskan, maka selain mengutip derma, kerajaan juga perlu memperkenalkan cukai baharu sama ada ke atas pendapatan atau keuntungan modal, atau caj pengguna yang lebih tinggi.

Kita tunggu kesudahannya, ke mana arah tuju kerajaan, dan apa pula reaksi rakyat. Akaun tabung menerusi Maybank sudahpun dilancarkan, harap-harap, sekurangnya-kurangnya 15juta pengundi menyumbang paling rendah RM100 seorang. Menerusi sumbangan itu, kerana akan mendapat pendapatan RM1.5bilion, kalau RM500, maka pendapatan negara adalah RM7.5bilion!!!

30 May 2018

BALASAN KACANG LUPAKAN KULIT

KALAU bukan Umno, MCA dan MIC, kemudiannya parti-parti di Sabah- USNO/UNKO/UPKO dan di Sarawak SNAP/PBB/SUPP nama Malaysia tidak akan terpahat di Peta Dunia.

Bagi mereka yang mengutuk Umno, fikir-fikir dahulu. Kerana para pemimpin yang lahir daripada kilang Umno, seperti Tun Dr Mahathir, Dato Seri Anwar Ibrahim, TS Muhiyiddin Yassin, Tun Daim Zainuddin, Datuk Shafie Apdal, maka parti yang ditunjangi Umno tewas pada PRU-14.

Hakikat yang tidak boleh ditolak, kerana tindakan para mantan pemimpin Umno yang bertindak kacang lupakan kulit, menyebabkan parti yang pernah memberi mereka nama dan kedudukan akhirnya tewas selepas menjadi teraju kerajaan selama 61 tahun.

Tewasnya Umno/Bn, bukan kerana parti itu tiada rekod dan pencapaian, akan tetapi disebabkan isu selain faktor bosan, khususnya daripada pengundi selepas merdeka.

PRU-14 menyaksikan Umno hanya menang 54 kerusi Parlimen, parti komponen daripada Sabah & Sarawak 25 menjadikan jumlah 79, itupun hanya berbaki 78, selepas UPKO dengan 1 kerusi melompat kepada parti lawan.

Pakatan Harapan, DAP-PKR-PPBM-Amanah masing-masing menang 42-47-13-11=113, membolehkan mendapat majoriti mudah daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Dengan jumlah yang demikian, tanpa pengelibatan parti Warisan Sabah (PWS) PH boleh membentuk kerajaan Persekutuan.

Tun Dr Mahathir semasa membentuk anggota kabinet kanan yang berjumlah 13 Kementerian, tidak melibatkan para wakil rakyat daripada Sabah & Sarawak, termasuklah daripada PWS, kerana berpendirian, "tanpa" parti kamupun, kami boleh membentuk kerajaan.

Apa yang rakyat saksikan, bahawa keputusan PRU-14, menunjukkan, bahawa tanah melayu, hanya atas nama sahaja, akan tetapi kerajaan yang memerintah adalah kaum lain, kerana PH disokong 93% kaum cina, 63% kaum india, sementara melayu hanya 24%.

Keputusan PRU-14, menyaksikan bahawa melayu/bumiputera adaah pembangkang di Dewan Rakyat, BN=78 dan PAS=18.

Harapan rakyat yang mengubah kerajaan, khususnya mengharapkan sara hidup menurun dengan penurunan harga barang, pelaksanaan gaji minima RM1.500, penurunan harga minyak kepada RM1.50 seliter, penghapusan tol, mendapat jawapan, pemberhentian puluhan ribu kakitangan awam kontrak, harga barang naik kerana sabotaj peniaga, bantuan hariraya RM400 bagi skel 41 ke bawah, dan RM200 untuk pesara, penghutang PTPTN perlu juga membayar walaupun gaji tidak sampai RM4000 seperti mana janji PH dalam manifesto.

Memang hukum alam, barang siapa yang tidak setia. kacang lupakan kulit, akan menerima padah. Kini, berlaku balasan, terlajak mengundi terimalah balasannya.

29 May 2018

KILANG MEMPROSES IKAN DI SABAH

Pada era kerajaan parti Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh dtubuhkan Ko-Nelayan, kemudiannya SAFMA anak syarikat agensi itu.

Dengan perkiraan laut yang mengelilingi Sabah, maka kerajaan Sabah masa itu mendirikan kilang-kilang untuk tujuan penampungan ikan, seperti kilang sejuk beku, kilang ais, kilang memproses ikan, dan kemudiannya dilengkapi dengan kapal-kapal menangkap ikan, kapal-kapal pengangkut, tempat membaiki dan baik pulih kapal juga dibina yang keseluruhan berkos hampir USD100juta (kadar pertukaran masa itu 1USD=RM2.15). Dana itu diperolehi menerusi pinjaman daripada Asian Development Bank (ADB) atas jaminan Kerajaan Persekutuan.

Kilang-kilang besar dibina di Kota Kinabalu, Tawau, Kudat, Semporna, dan Lahad Datu.

Tanpa kajian yang mendalam, di mana kerajaan pada masa itu hanya melihat kepada keluasan laut, akhirnya semua kilang-kilang itu, di makan waktu, kapal-kapal menjadi kayu buruk, kapal daripada besi menjadi besi buruk. Mengapa? laut yang di pandang dikira mempunyai ikan yang melambak, rupanya khazanah laut itu, tidak mencukupi memenuhi keperluan memproses ikan. 

Mendengar kenyataan Shafie itu, mungkin Tan Sri Harris Salleh tersenyum simpul, malah Datuk Nasir Tun Sakaran juga akan turut senyum, kerana dua pemimpin ini mempunyai pengalaman berkaitan dengan khazanah laut Sabah.

Pengalaman SAFMA bertahun-tahun, ikan-ikan tuna yang dikumpul selama 6 bulan daripada seluruh tangkapan hanya 6 kontiner 20"X20", dan stok ikan itu terpaksa dihantar Thailand. Proses penghantaran ke Thailand terpaksa diberhentikan pada tahun 1990, kerana hasil tangkapan di perairan Sabah hanya cukup memenuhi keperluan rakyat Sabah.

Tidak tahu lah jika pada masa sekarang, jumlah ikan tuna yang ditangkap di Sabah sudah bertambah sehinggakan boleh menampung keperluan kilang-kilang ikan. Jika melihat kepada harga ikan, nampaknya jumlah pendaratan ikan tidaklah tinggi, kerana harga ikan di pasar sangat tergantung kepada bekalan. Tahun 80-an harga ikan basung adalah antara 15sen hingga 20 sen sekilogram, manakala tuna antara RM1-RM1.20, kini harga basung paling murahpun RM3, manakala tuna RM10 sekilogram.

Tiada kilang ikan yang mampu membeli harga ikan tuna pada harga RM10/kg, kecualilah, tuna yang dikilangkan itu, dapat dijual dengan harga yang cukup tinggi.

Secara ekonomi komparif, tiada ikan segar yang bakal dihantar ke kilang memproses, jika ikan segar itu dapat dijual kepada pengguna dengan harga tinggi.

Kenyataan Datuk Shafie Apdal, berkaitan mendirikan kilang-kilang memproses ikan, dan menjadikan Tawau sebagai HUB, sebenarnya satu kenyataan tanpa kajian, dan tidak disokong oleh fakta. Jika Tawau dijadikan sebagai HUB memproses rumpai laut, ianya dapat dilaksanakan, kerana Semporna boleh menjadi penyumbang rumpai laut itu.

SIMPANAN KEWANGAN NEGERI SABAH RM3.74BILION- FAKTA ATAU PALSU?

JIKA didapati betul, kenyataan Datuk Shafie Apdal, bahawa tiada simpanan kewangan negeri sebanyak RM3.74bilion, maka rakyat tertipu dengan Laporan Ketua Audit Negara, Laporan Kewangan Negeri yang disediakan oleh Perbendaran Negeri selain laporan yang diberikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri.

Selain itu, pengiktirafan Agensi Antarabangsa Standard & Poor yang memberikan Pengurusan Kewangan Negeri pada taraf AAA, adalah palsu. 

Jika demikian, maka semua agensi yang disebutkan, bersubahat menipu rakyat, dengan memberikan laporan palsu, jika benarlah kenyataan Shafie itu, bahawa sekian lama Kerajaan Negeri beroperasi dengan Bajet yang deficit, dan tiada wang simpanan seperti yang dilaporkan menerusi penyata kewangan negeri, malah kerajaan negeri berhutang. 

Laporan media tempatan Daily Express, tidak menyebut angka-angka, tetapi hanya berbentuk kenyataan. Mungkin laporan itu, hanya berbentuk menimbulkan persepsi kepada rakyat. 

Kini terletak kepada reaksi Setiausaha Tetap Kementerian, Perbendaharan Negeri, Ketua Audit serta Agensi Antarabangsa, Standard & Poor untuk menyatakan keadaan sebenar, apa kah laporan mereka itu berasaskan fakta atau satu penipuan. 

Keadaan kewangan negeri perlu melaporkan keadaan sebenar, bukannya laporan palsu, jika kenyataan Shafie itu didapati betul.

27 May 2018

SARA HIDUP-HAKIKAT YANG PERLU DITERIMA

JIKA ada rakyat yang membuat keputusan bahawa kerajaan baru boleh menurunkan kadar sara hidup, mereka itu sebenarnya bermain-main dengan dunia fantasi.

Harga minyak, GST, jika dijadikan kambing hitam yang mendorong harga barangan naik, sebenarnya ianya hanya satu alasan untuk menjustifikasikan kenaikkan itu.

Kerajaan baru, telah menstabilkan harga minyak menerusi subsidi, GST diumumkan akan menjadi sifar pada 1 Jun, 2018, namun reaksi pasaran mengenainya terutama untuk barangan harian yang menyumbang kepada sara hidup, tidak juga menunjukkan penurunan, malah Menteri Pertanian dan Asas Tani Persekutuan Datuk Salahudduin Ayob mendakwa bahawa kenaikkan harga barangan (99 harga barangan harian) disebabkan sabotaj oleh peniaga. 

Kenyataan itu secara tidak langsung menuduh para penyokong Pakatan Harapan mensabotaj kerajaan sendiri kerana menaikkan harga.

Sedangkan kenaikkan harga barangan, dalam sistem ekonomi terbuka, tiada hubung kait secara langsung dengan mana-mana kerajaan, kerana harga ditentukan oleh mekanisme pasaran menerusi penawaran dan permintaan.

Dalam hukum ekonomi, bagi pasaran terbuka atau bebas, pertemuan silang antara penawaran dan permintaan adalah merupakan harga barang.

Kepada rakyat negara ini, jika ada mimpikan, bahawa sara hidup akan berkurangan kerana impak penurunan harga barangan, anda-anda perlu menerima hakikat, ianya tidak akan berlaku.

Ambil lah pengajaran, jika ada parti politik mendakwa, bahawa jika mereka ada kuasa, maka mampu memperbaiki sara hidup menerusi penurunan harga barangan, sebenarnya, parti itu membawa anda ke alam fantasi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels