Tiada siapa boleh menafikan sumbangan Umno/Bn kepada rakyat Malayisa. Mereka yang menafikan sumbangan itu termasuk dikalangan bukan Melayu adalah tindakan tidak adil!!!!
Apabila Umno kehilangan kuasa, maka para pemimpin parti itu yang lupa daratan perlu bermuasabah diri atau dengan bahasa kasar berundur, supaya parti bukan lagi sebagai parti untuk merebut kedudukan dan pangkatl untuk kepentingan diri, akan tetapi Umno yang dilihat oleh rakyat sebagai pembela rakyat dan tanah air.
Umno kena menghakis anggapan, bahawa parti itu dihantui rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran berleluasa, kerana itu lah persepsi rakyat, sehinggakan kerajaan yang ditunjangi kalah pada PRU-14.
Para pemimpin Umno, pura-pura tidak sedar, bahawa sejak PRU tahun 2008 dan 2013, rakyat sudah memberi isyarat, namun para pemimpin tidak juga sedar-sedar, sebaliknya terus beranggapan bahawa mereka masih mendapat sokongan. Umno lebih suka kepada pemimpin pengampu, pemodek berbanding pemimpin yang boleh menggamit sokongan rakyat.
Kegagalan Umno melihat tindakan Tun Dr Mahathir, memecat Tan Sri muhiyiddin Yassin, menggantung keahlian Datuk Shafie Apdal, memecat Dato Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar, telah membawa kepada kejatuhan Umno. Demikian juga kegagalan pucuk parti mengenal pasti, kemerosotan sokongan rakyat, seperti mana tindakan Tun Dr Mahathir pada tahun 2003 dan Pak Lah pada tahun 2009.
Di Sabah pula, para pemimpin yang terang-terangan menjadi liabiti parti, masih juga memakasa menjadi calon, dan akibatnya mereka dimalukan oleh calon-calon tidak bernama.
Di Semenanjung, Orang Melayu pula telah hilang pedoman. Dalam perebutan kuasa itu, mereka bersengketa sesama sendiri dan berpecah belah. Orang Cina melihat keadaan itu, membuat perkiraan, bersatu di belakang DAP untuk menjatuhkan kerajaan BN yang diterajui Umno dan menuntut lebih daripada apa yang mereka perolehi selama ini melalui MCA dan Gerakan, diikuti oleh orang India.
Sebahagian orang Melayu yang tidak puas hati dengan pemimpin-pemimpin Umno dan termakan dengan cacian Tun Dr Mahathir yang melampau itu, tetapi tidak memikirkan mudarat yang lebih besar akibat kejatuhan kerajaan BN yang diterajui Umno di peringkat Persekutuan, beralih mengundi Pakatan Harapan dalam PRU 14.
Maka, pada 9 Mei 2018, tibalah hukuman ilahi terhadap Umno: BN yang diterajui Umno kalah dalam PRU14. Apa yang ditakuti akan berlaku telah berlaku.
Persepsi Umno terkubur?
Tetapi, adakah dengan kekalahan dalam PRU14 itu, Umno sudah terkubur? Saya katakan tidak. Alasannya adalah, pertama, Umno memperolehi lebih banyak undi orang Melayu (40%) daripada HARAPAN (23%) dan PAS (25%). Jika dilihat dalam ruang lingkup Sabah, pun demikian, kerana 30 kawasan Dun yang ditandingi Umno, 15 dimenangi (50%), manakala 14 kawasan Parlimen yang ditandingi parti itu 7 dimenangi (50%).
Secara umum, majoriti pengundi Melayu masih menolak HARAPAN. Jika dicampur pengundi Melayu yang mengundi Umno dan PAS, jumlahnya adalah 65 peratus. Ertinya, jika Umno dan PAS boleh bekerjasama, Umno dan PAS masih boleh mendapat 65 peratus undi Melayu.
Penulis percaya, dengan mengelak pertandingan tiga penjuru di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu, sebilangan kerusi yang dimenangi HARAPAN boleh dimenangi Umno atau PAS.
Kedua, kebanyakan orang Melayu yang berpindah mengundi HARAPAN dalam PRU14 bukanlah ahli-ahli Umno yang keluar dari Umno dan menjadi ahli PKR, BERSATU atau AMANAH.
Mereka mengundi HARAPAN kerana Tun Dr Mahathir berjaya menjadikan mereka bencikan Datuk Seri Najib Razak. Mereka percaya bahawa Tun Dr Mahathir mampu mengawal DAP seperti mana Umno mampu mengawal MCA dan Gerakan, namun dalam tempoh 100 hari, anggapan itu tersasar jauh, dan faktanya sekarang DAP menguasai Kerajaan.
Mungkin sekarang, ada yang sebahagian daripada mereka mungkin telah menyesal? Namun, nasi sudah menjadi bubur, tidak berlaku terlajak perahu boleh diundur, maka mereka perlu menunggu 5 tahun lagi, jika mereka benar-benar menunjukkan penyesalan, maka akan menolak menyokong PH pada PRU-15.
Namun tindakan-tindakan segelintir pemimpin dan juga ahli-ahli Umno yang merasakan bahawa Umno akan terkubur, maka berlumba-lumba pula meninggalkan parti dan teregih-egih menyertai parti yang telah menang. Mereka yang lari itu adalah bekas-bekas pemimpin tinggi parti yang menjadi kaya raya kerana memperalatkan parti, malah ahli-ahli yang beranggapan bahawa pemimpin yang kalah tidak mampu lagi memberi habuan kepada mereka, juga ikut lari ke parti yang menang.
Bagi penulis, biarkan lah mereka lari, daripada menjadi duri dalam daging, menjadi musang dalam reban ayam.
Apa Kah Perjuangan Umno Masih Relevan?
Adakah perjuangan Umno masih relevan? Perjuangan Umno selepas merdeka adalah untuk memastikan bahawa hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan, tidak terhakis. Di Sabah pula, perjuangan Umno adalah membela bumiputera Sabah, tanpa mengira latar belakang agama dan suku bangsa.
Jika itulah matlamat perjuangan Umno masih kekal, maka perjuangan parti itu masih relevan.
Satu persoalan apa kah mereka yang menjadi ahli dan penyokong parti mempunyai anggapan, apakah untung dan rugi mereka menjadi ahli, menyokong dan mengundi parti? Penulis berpendapat, tidak lah demikian, pertimbangan rakyat adalah, sebuah parti yang difikirkan paling berkemungkinan memberi lebih banyak apa yang mereka kehendaki adalah parti yang menjadi pilihan mereka. Pada masa ini ia adalah DAP. Manakala di Sabah PWS, bukan lah parti yang menang, meskipun merampas separuh daripada kawasan-kawasan Umno, kerana kawasan KDM majoriti masih dimenangi parti-parti KDM dalam Bn.
Akan tetapi selepas PRU-14, senario politik sekarang, kaum cina dan india dan sesetengah kaum bumiputera Sabah tidak akan menyokong Umno atau Bn, selagi mereka melihat, bahawa DAP masih merupakan tunjang kepada Kerajaan, kerana mereka berpendapat, akan lebih banyak manafaat mereka dapat menerusi parti itu berbanding dengan Umno. Menerusi argumentasi itu, cadangan sesetengah pemimpin muda dalam Umno yang dipelopori Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk mengubah perjuangan Umno (menurut istilah mantan Ketua Pemuda itu- Jalan TENGAH) adalah tidak relevan, kerana kaum cina dan india tidak akan yakin bahawa apa yang nikmati menerusi Umno akan lebih baik daripada DAP. Atau kah Umno ingin mencontohi cara PKR? jika demikian, apa perlunya lagi Umno? bubar sahaja Umno dan semua ahli menyertai PKR!!!! di Sabah pula, bubar sahaja Umno Sabah, dan menyertai samada parti PBS atau Parti Warisan sabah (PWS).
Hakikat perlu diterima, walaupun keahlian PKR terbuka kepada orang bukan Melayu, di Semenanjung Tanah Melayu, setelah dua abad, berapa peratuskah ahlinya terdiri daripada orang Cina dan India? Akan tetapi berbeza di Sabah, PWS mampu menerobos separuh daripada ahli Umno jika dilihat pada keputusan PRU-14 lalu.
Berasaskan keputusan PRU-14, maka Umno perlu mempunyai dua pendekatan, di Semenanjung lain pendekatan, manakala di Sabah lain pendekatannya.
Pemulihan imej dan kredibiliti
Disebabkan oleh pemimpin-peminpinnya, hari ini, imej Umno berada di paras yang paling rendah dalam sejarah. Pemimpin-pemimpinnya sudah hilang kredibiliti.
Usaha memulihkannya amatlah sukar. Selagi pemimpin-pemimpin yang sudah hilang atau kurang kredibiliti itu masih memegang jawatan dalam Umno, orang akan melihat bahawa tiada apa-apa perubahan yang berlaku kepada Umno.
Maka, pemimpin-pemimpin yang menjadi tanggungan (liabiliti) kepada parti, sama ada kerana persepsi rasuah atau penyalahgunaan kuasa yang tinggi atau oleh sebab-sebab lain, hendaklah mengundur diri daripada memegang jawatan dalam Umno.
Setiap pemimpin hendaklah melakukan muhasabah diri dan menjawab dengan jujur “Adakah aku menjadi tanggungan kepada Umno dalam usaha memperbaiki imejnya?"
Jika jawapannya “Ya”, maka eloklah dia berundur. Tetapi, dalam keadan sekarang, tindakan singkir menyingkir tidak patut dikakukan. Ia akan menyebabkan ketidakstabilan dalam parti dan permusuhan sesama sendiri yang akan melemahkan parti lagi sedangkan inilah masanya untuk bersatu padu dan memperkuatkan semula parti.
Maka, pemimpin-pemimpin yang merasai dirinya juga menjadi tanggungan kepada pemulihan imej Umno tetapi enggan menarik diri atau pun merasakan bahawa perkhidmatan mereka masih diperlukan, eloklah menampakkan bahawa mereka telah bertaubat dan akan menjalani kehidupan baru yang bersih.
Fokus kesilapan HARAPAN
Kempen HARAPAN dalam PRU14 hanyalah tertumpu kepada mencari keburukan kerajaan BN, terutama sekali kesalahan pemimpin-pemimpin Umno. Pengundi termakan umpan mereka. Fokus itu masih diteruskan, meskipun PH telah menjadi kerajaan. Dakwaan-dakwaan berkaitan hutang negara, wang input GST yang berjumlah dikatakan hilang, menunjukkan, bahawa kerajaan PH, masih tidak percaya mereka adalah kerajaan.
Sekarang mereka memerintah. Dalam masa tiga bulan pun kita sudah dapat melihat konsesi yang diberikan kapada orang bukan Melayu/Islam yang diambil daripada orang Melayu/Islam.
Umno perlu menguna pakai isu-isu itu untuk menyedarkan orang Melayu sebagai penggalas kejahtuan kerajaan PH pada PRU-15.
Parlimen Malaysia telah hilang dekorumnya. Perbahasan telah menjadi pertengkaran. Siaran langsung seolah-olah menggalakkan mereka berbuat demikian, kerana mereka akan dilihat sebagai jaguh oleh pemerisa/penonton.
Penulis berpendapat wakil rakyat Umno tidak mengikut gelagat mereka. Tunjukkan bahawa bangsa Melayu adalah satu bangsa yang beradab sopan, berbudi bahasa, malah dalam berhujah pun, Islam mengajar adabnya. Berhujah bukan bertengar, namun melihat persidangan Parlimen sekarang ini, khususnya daripada PH mereka bukan berhujah, akan tetapi bertengkar seperti mana ditunjukkan oleh MP Jelutong, RS Nyair, yang bertindak seperti manusia yang TIDAK BERTAMADUN!!! Demikian juga istilah-istilah yang digunakan Tun Mahathir dan Lim Guan Eng, bukannya tujuan berhujah, akan tetapi mengwujudkan pertengkaran. Kerana istilah-istilah yang digunakan, maka mengundang reaksi, maka timbullah perkatataan seperti "fuck you" "puki mak" "kepala bapak".
PRU14 berulang
Dalam keadaan sekarang, jika Umno bersendirian adalah terlalu kecil untuk memberi impak yang secukupnya. Umno kena bekerjasama dengan parti-parti lain. Walaupun, kerjasama Umno-Pas dirintis melalui PRK Sungai Kandis, ianya terhad kepada kerjasama pemimpin, bukannya akar umbi. Akar umbi Pas, belum bersedia menyokong Umno, namun penyokong Umno, apa kah menyokong Pas, akan terlihat pada PRK Seri Setia, kerana Umno tidak meletakkan calon.
Namun dalam politik semua berkemungkinan. Meskipun terlihat sangat, bahawa kerjasama Umno-Pas tidak akan berlaku dalam masa singkat, akan tetapi jika dua belah pihak menyimpan ego masing-masing, ianya bakal berlaku. Jika melihat kebelakang, Pas dapat bekerjasama dengan DAP, jika dilihat daripada kamus dua parti itu, maka kerjasama tidak bakal berlaku. Demkinan juga kerjasama Tun Dr Mahathir dengan Lim Kit Siang dan Dato Seri Anwar Ibrahim, jika dilihat daripada perspektif dua pihak tidak akan berlaku, namun ianya benar-benar berlaku.
Jika Umno dan Pas masih tidak sedar dan mengekalkan pendirian masing-masing, maka keputusan PRU-14 pasti berulang, Umno dan Pas menang sorak, kampung tergadai. Di Sabah pula, pendekatan itu tidak boleh diguna pakai, kerana senario politik Sabah sangat berbeza. Umno Sabah kena bekerjasama rapat dengan parti-parti seperti PBS dan STAR untuk bersaing dengan PWS.
Di Semenanjung, Umno dan Pas perlu mengelak bertembung sesama, manakala di Sabah Umno-PBS-STAR mengelak bertembung sesama. Jika pendekatan itu dapat dilakukan, tiada yang mustahil dalam politik, PRU-15 Semenanjung akan jadi milik Umno-Pas, manakala Sabah akan jadi milik Umno-PBS-STAR.
Walaupun kerjasama seumpama itu masih angan-angan, kerana bukti dan fakta menerusi PRK Sungai Kandis, nampaknya melayu masih tidak sedar-sedar.
Jika trend PRK Sungai Kandis beterusan di PRK Seri Setia, nampaknya pengusaan DAP akan berlanjutan untuk masa yang panjang.
Rakan parti bukan Melayu
Hakikat yang menjadi kenyataan, bahawa semasa Umno kuat, parti-parti bukan Melayu, melutut untuk bersama-sama dengan Umno. Apabila BN yang diterajui Umno kalah, semua lari. Penulis percaya jika gagasan Umno-PAS dapat diperkuatkan dan PAS keluar daripada kotak pemikiran Kelantan, ada parti bukan Melayu yang akan mendekatinya semula.
Itu jugalah yang berlaku kepada HARAPAN. Selepas menang, parti yang menjadi anggota BN pun ada yang lari untuk menyertainya. Hal yang sama boleh berlaku sebaliknya apabila pakatan Umno kuat semula.
Tiada siapa yang tahu apa akan berlaku di masa hadapan. Manusia hanya boleh mencongaknya, mungkin betul, mungkin tidak. Tetapi, pemimpin-pemimpin Umno kena sedar sendiri apa kesilapan mereka.
Betulkan kesilapan itu, perhati keadaan semasa pada sesuatu masa, sesuaikan strategi dengannya tanpa menjual matlamat dan maruah. Fikir-Fikirkan.