24 September 2009

Nizar 29 September Ada Peluang MB Semula? 27 Oktober Khalid Ibrahim Kedudukannya Bagaimana?

Kes-kes yang menarik untuk diikuti. 29 September mahakamah akan mendengar apakah Sivakumar betul dalam mengistiharkan 3 DUN Katak di Perak adalah kosong.

jika mahakamah mengisthiarkan bahawa Sivakumar betul, maka Nizar ada peluang lagi jadi MB kerana kedudukan DUN adalah seimbang. Terserah kepada Sultan Perak memberi perkenaan, yang manakah patut memerintah Perak. Ada kemungkinankah Tuanku memberi perkenaan pembubaran DUN untuk membolehkan pilihanraya?.

Dalam kedudukan Negri Perak sekarang, difikirkan perlu bagi mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mana pilihan mereka. Membiarkan keadaan sekarang yang menurut Nizar dan penyokongnya adalah kerajaan yang ditubuhkan bukan melalui pilihanan rakyat, melainkan melalui cara kudeta.

Sementera itu 27 oktober adalah tarikh mendengar permohonan MB Selangor Tan Sri Ahmad Khalid ibrahim untuk menangguhkan bayaran 66.7 juta ringgit kepada Bank Islam. Jika permohonan MB Selangor ini tidak dibenarkan, maka Khalid ada tempoh masa 14 hari untuk membayar hutang 66.7 juta, jika tidak,kemungkinan Bank Islam akan mengambil cara memufliskan Khalid. Jika Khalid menjadi muflis, maka kelayakan wakil rakyat secara automatik akan gugur, jika gugur maka Khalid terpaksa letak jawatan sebagai MB.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels