3 Oktober akan kita saksikan untuk sementara 3 penjuru yang akan cuba merampas DUN Bagan Pinang. Isa Samad bagi pihak BN, Zulkefly Omar bagi pihak Pas dan Seorang AJK Bahagian PKR Telok Kemang. Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.
"Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos,"
DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor yang mewakili BN meninggal dunia pada 4 September lalu.
"Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR
Usaha Najib memaksa konsep One Malaysia agak terbantut kerana halangan daripada pihak parti yang Najib terajui- Umno. Bagaimana Najib boleh mengajak orang lain mengwujudkan konsep ini agar diterima oleh semua, sedangkan dikalangan sendiri, masih ada penentangan.
Berasaskan kepada taburan pengundi- Bagan Pinang diwakili oleh 3 kaum terbesar di Malaysia, yakni MELAYU-CINA-INDIA.
Apakah melalui PRK Bagan Pinang Konsep One Malaysia diterima? apa kah konsep parti perkauman masih releven? atau kah rakyat Bagan Pinang memberi peluang kepada parti berbilang kaum? Sama-sama kita tunggu 11 Oktober nanti.
No comments:
Post a Comment