19 May 2018

MENTERI KANAN PERSEKUTUAN- KETEPIKAN SABAH & SARAWAK

SEJARAH berulang, apabila Sabah & Sarawak bukan sebahagian daripada pembuat keputusan utama halatuju dan pemerintahan negara.

Sabah dan Sarawak mempunyai 56 kawasan Parlimen, 25 bagi Sabah dan 31 Sarawak. 

Pada PRU-14, parti yang berafiliasi dengan Pakatan Harapan menang 24 kerusi parlimen. Berbeza dengan PPBM dan Amanah yang mempunyai 24 ahli parlimen, akan tetapi selain jawatan Perdana Menteri, akan tetapi 6 menteri kanan.

Jika menjadi kenyataan, jumlah seluruh kementerian adalah 25. Kerana 14 kementerian kanan telah diisi, maka berbaki 11 kementerian biasa.

Sabah & Sarawak yang masih terbelakang berkaitan kemajuan & pembangunan, sepatutnya menerajui kementerian KKLW & Pelajaran. Selain itu, isu keselamatan yang dihadapi Sabah, menerusi ESSZONE, juga sepatutnya kementerian Pertahanan diberikan kepada wakil rakyat Sabah.

Keputusan PRU-14, perincian ahli parlimen yang berafiliasi dengan PH di Sabah, PWS 8, PKR 8 dan DAP 9.

Jika dibandingkan dengan kerusi keseluruhan, maka PKR Semenanjung berjumlah 39 (47-8), DAP 33 (42-9) dan apabila dicampur dengan PPBM-13 dan Amanah 11, menjadikan jumlah keseluruhan 96 daripada 165 atau 58.18%. Walaupun jumlah keseluruhan kerusi yang dimenangi parti yang berafiliasi dengan PH di Sabah & Sarawak hanya 24 atau 42.9%), jumlah itu cukup siginifikan kepada jumlah kerusi PH secara keseluruhan.

Hakikatnya jumlah kerusi-kerusi yang disumbangkan oleh Sabah & Sarawak sama dengan kerusi-kerusi yang disumbangkan PPBM & Amanah. 

Berasaskan lantikan menteri kanan, mungkin bukan didasarkan kepaada parti atau wilayah, akan tetapi lebih kepada persnonaliti. Nampak gayanya, setakat ini, di mata kerajaan Persekutuan yang baru, belum terdapatnya personaliti daripada Sabah & Sarawak layak menduduki jawatan kanan di peringkat Persekutuan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels