25 May 2018

KETUA MENTERI SABAH: KRISIS YANG TIDAK PERLU

Madius (kiri) punca Krisis
JIKA sekiranya semua pihak berpegang pada amanah, krisis Ketua Menteri Sabah tidak akan berlaku.

Akibat tindakan mereka yang tidak amanah, Tun Juhar Mahiruddin berkrisis dengan TS Musa Aman, sehinggakan melibatkan polis. 

Kalau bukan tindakan mereka yang tidak amanah, rumah Dr Jeffery Kitingan dan TS Musa Aman tidak akan diserbu SPRM. 

Tindakan tidak amanah itu, adalah tindakan beberapa  ADUN yang khianat kerana melompat kepada pihak lawan, tindakan pihak tertentu membuat dakwaan bahawa Jeffery menerima RM20juta daripada Musa, kononnya sebagai bayaran untuk bekerjasama dengan BN pada 10 Mei, selepas PRU-14 bagi membentuk Kerajaan Negeri. 

Fakta keputusan PRU-14 Sabah, Bn mendapat 29 kerusi DUN, PWS-21, DAP-6, PKR-2 dan STAR-2. Jika digunakan First Past The Post, maka parti Bn yang menang. Namun system demokrasi negara, mengguna pakai, majority mudah daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan. Bagi Sabah, jumlah kerusi 31 DUN adalah majority mudah. 

Dalam scenario politik Sabah pada PRU-14, Bn bersendirian, demikian juga STAR, manakala PWS, DAP dan PKR berkolaborasi antara satu sama lain. Oleh kerana kolaboarsi itu, maka 3 parti itu mempunyai 29 kerusi DUN, sama dengan jumlah kerusi Bn. 

Menerusi jumlah kerusi yang sama itu, maka menyebabkan DUN Sabah tergantung, ertinya tiada parti yang boleh membentuk kerajaan, melainkan jika mendapat sokongan parti STAR. STAR telah menjadi parti anak bulan atau parti kingmaker. 

Atas kebebasan berparti, STAR bekerjasama dengan Bn membentuk kerajaan pada 10 Mei, 2018. Ekoran kerjasama itu, maka Ketua Menteri dan anggota kabinet mendapat surat watikah perlantikan dan seterusnya mengangkat sumpah jawatan. 

Namun akibat tindakan tidak amanah parti UPKO, kerana mungkin terbuai dengan jawatan, maka khianat kepada kawan sepasukan. UPKO mempunyai 5 ADUN yang bertanding menggunakan tikit Bn pada PRU-14. UPKO adalah komponen Bn sejak tahun 1994. UPKO adalah serpihan parti PBS yang khianat pada tahun 1994, sehinggakan parti PBS kehilangan kuasa, walaupun menang dalam pilihanraya. 

Kalau bukan khianat parti UPKO, krisis Ketua Menteri Sabah tidak berlaku, “permusuhan” antara Tun Juhar dan TS Musa tidak tercipta. Kerana khianat dan tindakan tidak amanah menyebabkan krisis yang TIDAK PERLU!!!. 

Kepada rakyat Sabah, catit lah dalam diari anda, nama-nama pengkhianat ini. Masa depan mereka dalam politik Sabah perlu dinoktahkan, kerana ianya bukan untuk diwarisi, selain tindakan mereka itu menjahanamkan demokrasi.

1 comment:

Unknown said...

anti-lompat pernah cuba dilaksanakn oleh harris dan pairin tetapi oleh kerana ia bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia, ia tidak boleh diguna pakai. mungkin boleh diubah suai undang2 ini dimana jika seseorang yang memenangi sesebuah kerusi DUN/Parliament dan bertindak membuat aksi katak,mesti diadakan terus pilihanraya kecil. barulah kita tahu apa yang rakyat di sesebuah Dun/Prliament itu mahukan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels