17 August 2018

SELEPAS 100 HARI: MASA DEPAN SABAH MENUJU KEMALAPAN

Dalam ilmu kimia, petanda AKSI yang besar apabila REAKSI ditandai oleh kehadiran KATALIS. Analogi demikian boleh dilihat selepas pergantian kerajaan Sabah selepas PRU-14.

Sebuah kerajaan yang mempunyai perancangan untuk rakyat dan negeri, apabila dapat mengemukakan satu HALATUJU yang jitu bagi pelaksanaan jangka pendek dan panjang, namun selepas 100 hari, TIADA sebarang perancangan jauh sekali berkaitan HALATUJU.

Pada tahun 2003, sebaik sahaja Datuk Musa Aman (kini Tan Sri) dilantik ke jawatan Ketua Menteri, beliau melancarkan HALATUJU Sabah sehingga tahun 2025. Menerusi HALATUJU itu, maka sebahagian besar telah terealisasi, ibarat istilah pekebun, tanaman sudah berbuah, tinggal kini dituai dan yang menuainya adalah Kerajaan Warisan +PH+UPKO.

Penulis suka membangkitkan cerita antara kucing dan harimau. Mengapa harimau marah sangat dengan kucing, dan kucing sehingga kini apabila buang najis, memastikan najisnya ditimbus dengan baik. Ceritanya, kucing hanya mengajar harimau naik pokok, tetapi tidak mengajarnya turun. Inilah yang sedang berlaku pada kerajaan Sabah hari ini, mereka bukanlah pencetus HALATUJU Kemajuan dan Pembangunan Sabah, akan tetapi hanya berperanan sebagai tukang tuai. Sebab itu lah, mereka sibuk membahagi-bahagi 'HARTA RAMPASAN PERANG".

Selama 100 hari, tiada polisi kerajaan yang bercorak pembelaan rakyat, apa yang berlaku adalah pembelaan kepada para penyokong, sedangkan jumlah para penyokong tidak sampaipun 1% daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Selain itu, polisi memberi Pas Khas kepada PATI/PATAI bukan lah polisi membela rakyat dan negeri, akan tetapi satu beban kepada rakyat dan negeri, kerana penduduk asal terpaksa berkongsi tanah dan peluang dengan "rakyat baharu".

Satu 'pembaharuan" kerajaan baru, apabila memporak perandakan sistem pentadbiran negeri, apabila melantik seseorang diluar sistem pentadibran, menerusi perlantikan PENGARAH JABATAN AIR SABAH.

Sebuah Kerajaan yang dilihat dapat membantu rakyat, apabila dapat meningkatkan pendapatan/perolehan negeri menerusi Bajet tahunan, dapat mengemuka cadangan bagai mana meningkatkan peluang-peluang pekerajaan, dapat meningkatkan aktiviti perekonomian, namun kerana ketiadaan HALATUJU yang jelas, yang mana kerajaan yang ada terlihat hanya sebagai kerajaan koboi, nampak gaya, masa depan negeri dan rakyat akan menuju kemalapan!!!!

Apa yang pasti, rakyat akan terus berdepan dengan sara hidup yang tinggi, berdepan dengan pengangguran. Dan pasti, jumlah rakyat yang msikin akan bertambah, selepas kadar kemiskinan berjaya diturunkan pada kadar 5% pada tahun 2017 daripada lebih 19% tahun 2009. 

Melihat cara kerajaan semasa memerintah, nampak gayanya, simpangan kewangan negeri yang berjumlah lebih RM3bilion, akan terhakis dalam tempoh 5 tahun, keluasan kayu balak seluas 1.87juta hektar akan terus berkurangan, kerana kepimpinan yang ada, tidak tahu bagai mana menambah pendapatan, kerana pengamalan mereka hanya tahu berbelanja.

Kemajuan dan pembangunan Sabah, akan terkeluar daripada LANDASAN pembangunan & Kemajuan, kerana kerajaan sekarang, ibarat KERA MENDAPAT BUNGA.

1 comment:

Unknown said...

Terlalu awal anda membuat kesimpulan. Berikan masa yg cukup utk jentera warisan bersama pembangkang mementuk hala tuju baru ekonomi sosio rakyat Sabah.

Soal pemberian kad kpd pti sbg pengenalan satu tindakan yg wajar. Lebih baik kita mengenali siapa tinggal bersama kita dpd tidak. Lebih bagus pti secara bersasar membantu mebangun negeri (bayar cukai) dpd tersembunyi bawah tikar.

saya cadangkan agar menteri pelancongan menangani masalah setinggan tepi laut. Hal ini paling utama utk menaikkan industri pelancongan negara. Masalah sampah

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels