23 May 2018

KEMANA ARAH TUJU SABAH & SARAWAK?

SAYANG sungguh, bahawa Sabah & Sarawak yang menubuhkan Persekutuan Malaysia bersama Malaya, hanya mempunyai 56 kawasan Parlimen dan jika dicampurkan dengan WP Labuan berjumlah 57 berbanding kerusi Parlimen Malaya (Semenanjung) 165.

Berasaskan kepada jumlah kerusi parlimen itu, Malaya akan sentiasa dapat menubuhkan kerajaan Persekutuan tanpa melibatkan Sabah & Sarawak. 

Namun, akibat daripada “political divided” maka, parti-parti yang berdaftar di Malaya sejak tahun 2008 hanya memerlukan sokongan Sabah & Sarawak sebagai pelengkap untuk mendapatkan jumlah kerusi yang diperlukan bagi mecapai jumlah kerusi majoriti mudah. 

Sebagai contoh, Keputusan PRU-14, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada DAP, PKR, PPBM dan Amanah, hanya menang 96 kerusi parlimen daripada 165 di Malaya, iaitu PKR-39, DAP-33, PPBM-13 dan Amanah-11, memerlukan 16 kerusi parlimen daripada parti mereka yang bertanding di Sabah & Sarawak. Berasaskan keputusan PRU-14, PKR Sabah & Sarawak PKR menyumbang 8 kerusi, sementara DAP 9, menjadikan PH melepasi separuh daripada 222 kerusi parlimen keseluruhan. 

Memandangkan kepada jumlah itu, PH dapat menubuhkan kerajaan berasaskan parti-parti dalam pakatan itu, tanpa melibatkan parti-parti daripada Sabah & Sarawak, maka dalam penentuan anggota kabinet kanan, tiada seorangpun wakil rakyat daripada Sabah & Sarawak dilibatkan. 

Parti yang berafiliasi dengan PH di Sabah, Parti Warisan Sabah (PWS), hanya bergantung kepada “wisdom” kepimpinan PH, untuk mempertimbangkan wakil rakyat daripada parti itu dilantik sebagai anggota kabinet biasa. Anggota kabinet biasa, hanya pelengkap kepada kepada 13 anggota kabinet kanan yang mengangkat sumpah pada 21 Mei,2018. 

Tergambar sungguh, bahawa wakil rakyat Sabah & Sarawak, memangpun, dianggap sebagai pemimpin kelas-2, maka betullah kenyataan salah seorang pemimpin Sabah- Datuk Yong Teck Lee, bahawa kerajaan Persekutuan yang diterajui PH adalah “ Malaya centric”. 

Tindakan pemimpin PH itu, sememangnya satu isyarat kepada rakyat Sabah & Sarawak untuk melakukan langkah sendiri, bagi menentukan masa depan rakyat dan negeri di kepulauan Borneo itu. 

Kerajaan PH yang diterajui Tun Dr Mahathir, yang mengwujudkan Malaya centric, seolah-olah mendesak Sabah & Sarawak juga mengwujudkan kerajaan Borneo centric. 

Sabah dan rakyatnya, bermula tahun 1994, selepas kemasukkan Umno atas jemputan Usno, memang terbela, namun perubahan scenario politik seperti mana keputusan PRU-14, Umno yang memerintah negara selama 61 tahun, tewas. 

Keputusan PRU-14, menyaksikan Umno hanya mempunyai 54 kerusi parlimen, 7 daripadanya daripada Sabah. 

PRU-14 menyaksikan parti itu kehilangan 34 kerusi parlimen berbanding PRU-13. Manakala di Sabah, kehilangan 7 darpada 14 yang sentiasa dimenangi setiap PRU sejak tahun 1999. 

Melihat kepada keputusan PRU-14, Nampak gayanya, era baru politik Malaysia telah berubah. 

Menolak Umno dan Bn, bermakna, politik negara ini, menunju kepada politik centric, bukan lagi seperti mana pendekatan Bn selama 61 tahun. 

Melihat kepada kecenderungan itu, maka Tun Dr Mahathir menerusi penubuhan Kerajaan PH di peringkat Persekutuan, mengantisipasi keadaan itu, kerana mereka memperkirakan pada PRU-15, PH akan boleh menubuhkan kerajaan Persekutuan tanpa pengelibatan Sabah & Sarawak. 

PH Malaya, hanya memerlukan PPBM menawan 16 kerusi yang dimenangi UMNO. Berasaskan trend sekarang, Nampak gayanya, kawasan 47 yang dimenangi Umno di Malaya, lebih separuh akan ditawan PH pada PRU-15. Apabila itu berlaku, kerajaan Malaya centric akan terus menguasai kerajaan Persekutuan. 

Jika keadaan itu berlaku, apa tindakan rakyat Sabah & Sarawak? Sudah tentu perlu ikut rentak, dengan mengwujudkan BORNEO CENTRIC, IAITU BORNEO FOR BORNEOAN. 

Sabah & Sarawak perlu berubah daripada tindakan bersendirian, Sarawak for Sarawakian dan Sabah for Sabahan, sebaliknya perlu bergabung tenaga bagi mengwujudkan BORNEO FOR BORNEOAN!!! 

Khusus untuk Sabah, rakyat Sabah perlu bertindak sesuai dengan scenario politik masa kini.Jika pendekatan itu perlu dilaksanakan, siapa kah antara rakyat Sabah yang boleh membawa aspirasi itu? 

Memandangkan scenario politik dan keputusan PRU-14, mereka yang boleh membawa aspirasi itu, adalah pemimpin atau para pemimpin Sabah yang belum ditolak rakyat. Para pemimpin yang ditolak, apa tah lagi mereka yang mempunyai kedudukan dalam parti serta kerajaan, tiba masanya untuk memberi peluang kepada para pemimpin lain yang belum dicuba. 

Di Sabah, masih terdapatnya pemimpin yang belum dicuba, iaitu Tan Sri Pandikar Haji Mulia, Speaker Dewan Rakyat. 

Memandangkan kepada perubahan politik, mungin masa ini, adalah masa yang paling sesuai bagi pemimpin Sabah itu untuk besara. Beliau tidak terpalit dengan sebarang kekalahan, walaupun beliau sebagai ahli biasa parti Umno. Beliau bukan sebahagian daripada system parti dan kerajaan, dan tidak terlibat bagi sebarang keputusan parti. Beliau hanya berperanaan sebagai Speaker Dewan Rakyat, semasa parlimen bersidang. 

Pandikar terlalu muda berbanding Tun Dr Mahathir, terlalu muda bagi wakil rakyat Petagas- YB Haji Udah Sulai. Bersara, dalam usia muda bersama tenaga yang masih berkobar-kobar, boleh menggambarkan beliau mengaku kalah sebelum berperang. 

Pandikar, meskipun belum diuji sejak tahun 2008 bagi sebarang pilihanraya, walaupun pernah menang menerusi pilihanraya pada tahun 1994 dan 2004. Namun melihat JELAJAH USBO sebelum PRU-14, di kawasan-kawasan HOT SPOT kawasan bajau, seperti Batu Sapi, Lahad Datu, Kudat, nampaknya, beliau masih mendapat sambutan rakyat. 

Melihat keputusan PRU-14, maka berulang apa yang pernah dialami Usno. Parti Usno sejak dijatuhkan sebagai kerajaan pada tahun 1976, pada sebarang pilihanraya, akan tetap menang di kerusi-kerusi tradisi parti itu. Keadaan yang serupa juga bakal berlaku pada PWS. Parti itu, akan ikut bertapak di kawasan-kawasan yang dimenangi parti itu, di kawasan bajau, akan tetapi tidak selamat di kawasan-kawasan lain. Makna kata, parti itu sentiasa tidak akan dapat menubuhkan kerajaan tanpa sokongan etnik lain. 

Pada masa ini, PWS dapat menubuhkan kerajaan, kerana sokongan UPKO, DAP, PKR, serta 3 kawasan KDM dan cina, selain sokongan 6 kawasan di Pantai Barat, Sindumin, Bongawan, Pantai Manis,Petagas, Tanjung Aru, Karambunai. Melihat daripada 21 kerusi yang dimenangi PWS, hanya 9 kawasan yang bakal selamat bagi parti itu. 

PWS perlu mengambil iktibar kepada keupayaan parti Umno, yang mana daripada 31 ADUN yang sentiasa dimenangi hanya 16 yang dimenangi pada PRU-14. 

Melihat kepada scenario politik sesuai dengan era baru politik Malaysia, Sabah akan ditentukan oleh parti-parti yang berasaskan kaum pada masa akan datang. 

Konsep Barisan Nasional bukan lagi menjadi panduan, melainkan masing-masing parti akan menentukan hala tuju. Pengelaman Bn Sabah selepas PRU-14, apabila parti-parti yang bergabung bertindak khianat, menunjukkan, bahawa di masa depan, kerajaan Sabah, akan tentukan oleh parti-parti berasaskan keputusan selepas pilihanraya, bukannya keputusan gabungan antara parti sebelum pilihanraya. Makna kata, berlaku dahulu free contest, kemudiannya ditentukan, kerjasama antara parti. Kaedah ini, sebenarnya adalah kaedah mencegah melompat parti, atau KATAK. 

Di Sabah memang kecenderungan itu berlaku. Bn Sabah kini, hanya dianggotai parti Umno, MCA, Gerakan dan MIC, kerana semua parti tempatan telah keluar daripada komponen itu. 

Parti UPKO adalah parti terawal keluar yang menyebabkan kerajaan Bn Plus kehilangan sokongan majoriti mudah, sehinggakan Datuk Seri Shafie Apdal bersama PWS, DAP dan PKR dapat menubuhkan kerajaan negeri. 

Menurut pengalaman Sabah, pemimpin yang tewas pada pilihanraya, terlalu sukar untuk kembali. 

Bermula daripada parti Usno, Berjaya, sehinggalah kepada PBS, tiada lagi parti yang yang tewas, termasuklah parti-parti seperti SAPP. PBS, juga tidak lagi kembali, kecuali apabila menyertai semula Bn pada tahun 2002. 

Tindakan UPKO disusuli LDP di mana semua calon parti itu kalah, kemudiannya PBRS dan PBS juga keluar. Untuk sementara, hanya PBS dan LDP tidak memohon menyertai PH, manakala UPKO sebahagian daripada PH, PBRS pula sudah memohon menjadi komponen PH. 

Melihat bercelarunya keadaan politik di negara ini, khususnya apa yang dialami parti-parti komponen Bn, dan keadaan yang dibentuk di peringkat Persekutuan, adalah Malaya centric, maka Sabah & Sarawak tiada pilihan, melainkan juga perlu mengwujudkan Borneo Centric. 

Sebenarnya, Sabah & Sarawak belum terlambat untuk mengimbangi Malaya centric, sebelum PRU-15. 

Bagi berdepan PRU itu, bermula daripada sekarang, para pemimpin Sabah & Sarawak perlu bergabung tenaga bagi merealisasikan Borneo Centric. 

Rakyat Sabah & Sarawak perlu menjadikan panduan, kenyataan Defacto Leader PKR- Dato Seri Anwar Ibrahim, Padang PJ Utara, sebaik sahaja beliau diampunkan, bahawa tindakan PH seterusnya adalah untuk menawan Sarawak dan negeri-negeri yang belum dikuasai pakatan itu pada PRU-15. 

Menerusi kenyataan itu, maka kemungkin berlaku, bahawa PH akan mecuba menguasai Sabah & Sarawak. Memang untuk sementara, DAP dan PKR hanya mempunyai 17 daripada 56 kerusi parlimen Sabah dan Sarawak. Di masa depan, jumlah itu kemungkinan bertambah. Jika pun bertambah, jika parti-parti itu menang sekurang-kurang 112 di Malaya, maka kerusi-kerusi Sabah & Sarawak hanya akan menjadi melukut di tepi gantang, seperti mana berlaku di era Tun Dr Mahathir daripada tahun 1981-2003. 

Untuk mengelak keadaan itu berlaku, dan pada masa ini, memangpun berlaku, maka Sabah & Sarawak perlu bertindak menentukan hala tuju sendiri, tindak tergantung lagi pada parti-parti yang terdaftar di Semenanjung. 

PWS yang pada awalnya, mahu berdiri sendiri, sesuai dengan slogan parti itu, Sabah for Sabahan, akhirnya tidak mengotakan janji itu, dan kini kembali kepada cara Bn. 

Perubahan yang mereka yang laungkan hanya mengubah nama parti, tidak mengubah cara. Slogan PWS menghalau parti Malaya, tidak mereka kotakan. 

Kepada rakyat Sabah & Sarawak, jika mahu benar-benar mahukan perubahan secara TOTAL, maka perlu diwujudkan gabungan antara parti daripada dua negeri itu, untuk mengwujudkan satu blok yang kuat, bagi berdepan dengan para pemimpin Malaya. 

Menerusi blok baru itu, jika Persekutuan masih kekal, maka pembentukan kerajaan Persekutuan, perlu mencerminkan Perjanjian Malaysia tahun 1963, di mana para anggota kabinet kanan, perlu menggambarkan kedudukan sama STATUS antara Sabah, Sarawak dan Malaya, bukannya berasaskan kepada jumlah kerusi Parlimen, kerana memangpun pada masa ini tidak berlaku KEADILAN daripada jumlah kerusi PARLIMEN. 

Tindakan perlu dilakukan. Parti tempatan samada daripada Sarawak atau Sabah perlu menyebarkan sayap masing-masing sesuai dengan kiblat parti masing-masing, dengan tujuan membentuk blok yang kuat. 

Para pemimpin Sabah atau Sarawak yang merasakan tidak dapat menjadi sebahagian daripada parti-parti tempatan yang mempunyai aspirasi mengwujudkan blok parti bagi mencapai matlamat BORNEO FOR BORNEOAN, perlu mengetuai parti itu samada di Sarawak atau Sabah. Sebagai misalan, jika PBB hanya di Sarawak, dan jika terdapat pemimpin Sabah mahu mengetuai parti itu di Sabah, maka parti itu perlu memberi peluang. Demikian juga PBS, jika ada pemimpin Sarawak mahu mengetuai parti itu di Sarawak, maka perlu diberi peluang. Demikian juga parti PDP (Progessive Democratic Party ) parti kompnen Bn Sarawak, jika ada pemimpin Sabah mahu mengetuainya di Sabah, maka perlu diberikan. Makna kata, menerusi kaedah itu, maka semua parti yang terdaftar di Sabah & Sarawak berkumpul untuk menuju perjuangan Borneo For Borneoan. 

Melihat kepada scenario sekarang, para pemimpin Sabah yang berpotensi, tidak boleh menjadi sebahagian daripada parti Umno, kerana system parti itu, terlalu sukar untuk ditembusi. 

Sistem Umno, lebih kepada system yang hanya syiok sendiri, kerana telah dibuktikan, bahawa jumlah ahli 3.7juta seluruh negara, manakala di Sabah lebih 500,000 tidak menggambarkan sokongan kepada parti seperti mana keputusan PRU-14. 

Melihat kepada keputusan rakyat negara ini semasa PRU-14, nampak gayanya, Umno sebagai parti terlalu sukar untuk bangun, dan parti itu akan ikut jejak parti Golkar, Indonesia, tidak akan ikut jejak parti LDP, Jepun yang bangkit selepas 3 tahun kehilangan kuasa. 

Kepada para pemimpin Sabah, khususnya mereka yang belum diuji kepimpinan mereka dalam pilihanraya, semasa era Bn Sabah, perlu memikirkan langkah-langkah seterusnya, bagi mengimbangi Malaya centric dalam pemerintahan Kerajaan Persekutuan. 

Para pemimpin itu, perlukan melakukan tindakan untuk mengwujudkan satu blok politik bagi menuju Borneo Centric. 

Pemimpin KDM seperti Datuk Seri Maximus Ongkili, Datuk Dr Jeffery Kitingan, perlu bersama-sama membentuk blok baru dengan para pemimpin bumiputera islam, seperti Tan Sri Pandikar Amin, bagi merealisasikan agenda Borneo for Borneo. Demikian juga para pemimpin Umno Sabah, yang mempunyai aspirasi sama, perlu turut serta, kerana mereka perlu berfikir daripada sekarang, kecenderungan pemimpin Malaya hanya focus kepada pemimpin mereka bagi mencatur negara akan beterusan dalam masa yang panjang. 

Para pemimpin Sabah perlu membuang ego masing-masing, dan perlu bersatu, bagi mengwujudkan aspirasi Borneo for Borneoan. 

Rakyat Sabah, tidak boleh menyerahkan hala tuju Sabah kepada PWS pimpinan Datuk Shafie Apdal, kerana PWS adalah copy cat Bn, di mana berulang, bahawa Sabah terletak kepada belas ikhsan para pemimpin Malaya. Kerana isu, bahawa para pemimpin Sabah tergantung kepada belas ikhsan pemimpin Malaya, maka sebahagian rakyat Sabah menolak calon-calon Umno pada PRU-14. Parti Umno adalah parti yang kehilangan banyak kerusi selepas PBS. 

PWS mendapat sokongan sehinggakan menang 21 kerusi Dun, kerana perjuangan awal parti itu Sabah for Sabahan, walaupun di saat-saat akhir berkolaborasi dengan DAP dan PKR bagi mengelak pertembungan antara mereka. 

Kerana rakyat Sabah tertipu, berkaitan pendekatan PWS itu, maka pada PRU-15, rakyat Sabah akan menghukum parti itu, untuk menyokong parti yang tidak lagi terikat dengan parti-parti Malaya. 

Melihat kepada scenario ini, apa kah pemimpin seperti Tan Sri Pandikar, bersedia aktif dalam politik? Atau Tun Juhar Mahiruddin selepas tamat tempoh sebagai TYT akan aktif semula dalam dunia politik? Atau pemimpin Sabah seperti Tan Sri Musa Aman akan menyertai agenda Borneo for Borneo? Atau kah Datuk Shafie Apdal akan ikut sama-sama mengwujdkan aspirasi ini? Dalam politik semua boleh berlaku, seperti mana berlaku antara Tun Dr Mahathir, Dato Seri Anwar, Lim Kit Siang dan Mat Sabu. Fikir-Fikirkan!!!!

1 comment:

Roma said...

Good article, maybe we can try socialism, as present establishment/party inc our leaders, still have this feudalis mentality, create many warlords within their party, be it umno,pbs,pbb,all of them
Borneo for Borneo is a good platform
In 18th cent,sir RMH and JBrooke did tried to expand its influence in Sabah but failed
Belum Cuba belum tahu, maybe Abg Joe and TSPAM can sit discuss n plan

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels