Ada yang mencadangkan bahawa parti-parti pembangkang Sabah yang ada kerusi (dun atau Parlimen) ikut langkah Sarawak menubuhkan gabungan.
Sebenarnya, Sabah lebih dahulu mencadangkan pendekatan itu, apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) mengubah perlembagaan parti itu sebagai antisipasi kepada perkembangan kemelut Ketua Menteri Sabah pada Mei, 2018.
PBS telah ikut jejak UPKO, LDP keluar daripada komponen Parti Barisan Nasional selepas PRU-14.
Pada asasnya Bn Sabah telah lumpuh, meskipun masih dianggotai UMNO, MCA dan MIC. Namun di Sabah, hanya Umno mempunyai kerusi baik di peringkat DUN mahupun Parlimen.
Parlimen- Kudat, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Libaran, Beluran dan Kinabatangan; sementara Dun- Tempasuk, Usukan, Sulaman, Kawang, Membakut, Klias, Lumadan, Sungai Sibuga, Karanaan, dan Apas.
Cadangan asal parti Gabungan Sabah (GBS) adalah wadah parti-parti pembangkang di Dun Sabah, ertinya gabungan itu “hanya” disertai para ADUN, bukannya parti.
Pada asalnya, GBS diperkirakan boleh menggamit sokongan para ADUN tanpa melihat latar belakang parti, dan jika mendapat jumlah majoriti mudah, maka akan membentuk Kerajaan Negeri. Namun, berasaskan senario sekarang, hasrat penubuhan gabungan itu, sukar berlaku.
Para pemimpin Umno Sabah pada masa ini dalam keadaan berbelah bahagi, apa kah menyertai gabungan secara enblok, atau menyertainya sebagai parti. Ertinya, konsepnya seperti Bn, iaitu terdiri daripada berbagai parti. Jika secara enblok, maknanya, GBS merupakan sebuah parti berbilang kaum.
Melihat kecenderungan atau pola pengundian pada PRU-14, nampaknya pengundi Sabah terbahagi dua, iaitu mengundi berasaskan gabungan parti-parti (mengundi Bn) dan mengundi berasaskan parti (pengundi PWS, PKR dan DAP serta STAR).
Namun, bagi menghadapi PRU-14, pola pengundian PRU-14 tidak semestinya berulang kerana situasi dan kondisi yang telah berbeza.
Bagi pendapat penulis, Umno Sabah kena diteruskan, demikian juga PBS dan STAR, dan kemudiannya hanya berpakat atau berkolaborasi dalam pengagihan kerusi-kerusi yang bakal ditandingi semasa PRU. Jika berasaskan keputusan PRU-14, maka masing-masing kawasan yang dimenangi dijadikan sebagai asas, kemudian merinci kawasan yang tidak dimenangi dan seterusnya parti mana yang perlu bertanding, supaya berlaku satu lawan satu.
Di Sabah menggunakan satu parti gabungan sebagai asas membendung ADUN Katak, bukan lah penyelasaian, kerana ianya sangat bergantung kepada ADUN berkenaan, seperti mana berlaku pada pada 11 Mei, 4 ADUN Umno telah khianat.
Kolaborasi berasaskan parti, maka masing-masing parti menumpukan jentera dan kekuatan di kawasan-kawasan yang dikhaskan bagi menentukan kemenangan.
Para pemimpin Umno kena mempertimbangkan asas kemasukkan Umno ke Sabah, iaitu mengambil peranaan Usno. Tidak mudah memalingkan sokongan melalui perubahan hala tuju. Umno sebenarnya masih mempunyai sokongan jika dilihat pada PRU-14, walaupun separuh kawasan ditawan PWS, kerana parti itu dipimpin oleh mantan pemimpin Umno.
Para pemimpin Umno perlu menyedari, kini, sebahagian besar para penyokong Umno yang telah mengundi PWS, telah kecewa, kerana terperangkap dengan bunyi guruh dilangit lalu air di tempayan dicurahkan. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment