17 September 2018

UMNO BAHARU SABAH PEMANGKIN GREATER MALAYSIA

Matlamat Umno masuk Sabah pada tahun 1990 atau dengan rasminya pada tahun 1991, sehinggakan melahirkan anak sulung, di Usukan, Kota Belud adalah untuk membela bumiputera Sabah dan kaum-kaum lain.

Menerusi Umno maka lahir lah banyak pemimpin bukan sahaja di Sabah akan tetapi di peringkat nasional.

Menerusi Umno juga, maka kestabilan politik Sabah terwujud, sebab itu selama 24 tahun, kerajaan yang sama memerintah negeri, berbanding sebelumnya, setiap 9 tahun, kerajaan bertukar.

Kerjasama Umno dengan parti-parti komponen telah memperancak pembangunan dan kemajuan ekonomi. Sebagai impaknya, kadar kemiskinan menurun dengan drastik sehingga ke paras di bawah 3% pada tahun 2016. Kadar kesmiskinan negara adalah 2%.

Pada hakikatnya, Umno sebagai tunjang kerajaan tiada cacat celahnya sehingga kehilangan 15 kerusi Dun pada PRU-14. Sebagai imbasan kembali pada PRU 2004, 2008 dan 2013, Umno hanya kalah masing-masing satu kerusi. Julung kalinya pada PRU 2018 kalah 15 kerusi, termasuk pemimpin kanan parti.

Kekalahan calon-calon parti, kerana termakan umpan UBAH, selain isu fitnah dan Harapan.

Meskipun Umno pada PRU-14 (2018), masih mempunyai 17 kerusi, namun dilihat lemah sehinggakan parti komponen seperti UPKO berpaling tadah. Menambah parahnya lagi keadaan wakil rakyat Umno sendiri bertindak khianat.

Penulis melihat, kekalahan 15 calon Umno semasa pilihanraya dan kemudiannya disusuli tindakan pembelotan, bukan petanda bahawa Umno Sabah terkubur. Sehingga ke hari ini, tiada tanda-tanda ahli parti keluar beramai-ramai, melainkan tindakan terpencil para pemimpin muda yang oportunis.

Umno Sabah kekal utuh, meskipun berganti kepimpinan. 

Diperingkat akar umbi, nampaknya peremajaan parti berjalan, dilihat semasa pemilihan parti baru-baru ini. Ada bahagian-bahagian dipimpin oleh pemimpin baru.

Kini parti dipimpin kombinasi antara pemimpin berpengalaman dan yang baru.

Sebagai impak kepada isyarat yang diberikan rakyat pada PRU-14, maka Umno Sabah menjawab isyarat itu bergabung dengan parti-parti tempatan dalam Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

Di masa depan GBS akan bergabung Parti Gabungan Sarawak (PGS) dan parti-parti di Semanjung untuk membentuk Gabungan Malaysia atau (Pakatan Malaysia- menurut Naib Presiden Umno Datuk Khaled Nordin). Menerusi gabungan itu akan terwujud Greater Malaysia.

Untuk menuju terwujudnya gabungan Malaysia. Umno Sabah akan bergerak ke akar umbi di seluruh negeri yang akan dikemudikan oleh Ketua Penerangan Umno Sabah- Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Anggota gerakan jelajah ini akan melibatkan semua peringkat Parti, Induk, wanita, Pemuda dan Puteri.

Gerakan jelajah bertujuan untuk mendekati akar umbi selain memberi penjelasan, penerangan, juga untuk mempertingkatkan semangat perjuangan ahli-ahli parti.

Umno Sabah perlu berbangga kerana akan menjadi sebahagian daripada Greater Malaysia.

Untuk Rekod- Badan Perhubungan Umno Baharu Sabah adalah seperti berikut:-

Pengerusi- Datuk Hajiji Haji Noor
Timbalan - Datuk Bung Moktar Radin
Setiausaha- Datuk Masidi Manjun
Penerangan- Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia
Bendahari- Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels