16 September 2018

KEMELUT SABAH: TIADA SEBAB SALAHKAN TAN SRI MUSA

Kerana perbuatan khianat, maka Tan Sri Musa Aman terpaksa menangguh berkhidmat sebagai Ketua Menteri.

Kerana perbuatan orang lain, Tan Sri Musa dijadikan sasaran berbagai dakwaan. Hakikatnya isu-isu yang menyelubungi beliau berkisar pada Kemelut Sabah yang berlegar-legar status Ketua Menteri dan Kerajaan sah Sabah berasaskan Perlembagaan Negeri.

Musa terperangkap dengan keadaan. Beliau dan kabinet beliau pembangkang kepada Kerajaan Persekutuan. Sama dengan Kerajaan Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak. Bezanya, beliau dikhianti oleh kawan-kawan, sehinggakan berlakunya kemelut.

Musa, kabinet beliau menyadari, bahawa secara angka (numbers) tidak berpihak kepada mereka. Namun, yang ingin ditegakkan adalah Perlembagaan Negeri. Yang diperbetulkan adalah perbuatan khianat dalam politik, kerana ianya tidak boleh diwarisi, bukan sahaja tindakan itu khianat kepada kepercayaan rakyat tetapi secara moralnya jijik.

Namun apa yang berlaku, Musa pula menjadi sasaran oleh kumpulan pengkhianat dan mereka yang menyokong perbuatan ini, sedangkan sebelum ini, mereka-mereka ini bergegar-gegar sebagai pejuang demokrasi, namun kini, berpaling pula kepada perbuatan menghalalkan cara.

Mereka cuba memalit imej buruk kepada Musa, bermula dengan Laporan TYT, Laporan SPRM yang direka-reka. Kemudiannya laporan-laporan itu direkaysa sedemikian rupa di media, supaya rakyat menyalahkan beliau, judge by the people dan judge by media.

Kumpulan ini, mahu bertindak ikut kata peribahasa panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. Mereka menerusi persepsi mahu menghapuskan nama baik Musa, menghapuskan pencapaian beliau selama 15 tahun, yang berjaya memertabatkan Sabah dan rakyatnya dalam segi ekonomi, pembangunan, kemajuan dan dalam dunia politik.

Bagi penulis, apapun tindakan mereka itu, fakta tidak akan berbohong. Dalam masa sementara mungkin ada yang terpengaruh, namun lambat laun, perkara benar dan betul yang akan kekal.

Padahari ini, di Sabah Hari Malaysia bakal disambut. Sambutan ini bermula semasa pemerintahan Musa. Pengiktirafan 16 September akan menjadi catitan sejarah yang tidak boleh dipadam.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels