13 September 2018

PENAHANAN SHAFEE ABDULLAH-TINDAKAN LUMPUHKAN NAJIB

Tindakan kotor yang sinonim dengan era Tun Dr Mahathir kembali lagi. 

Pagi ini, di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Peguambela utama Dato Seri Najib Razak didakwa menerusi akta AMLA dan akta cukai. 

Empat pertuduhan dikemukakan, termasuk bayaran RM9.5juta yang diterima daripada DS Najib bagi pihak Umno/Bn untuk melangsai yuran guaman tertunggak bermula tahun 1990. Berkaitan bayaran itu juga, peguam kanan itu didakwa menerusi akta cukai, kerana dikatakan tidak melaporkan bayaran tersebut kepada LHDN.

Shafee adalah peguambela kanan DS Najib Razak berkaitan dakwaan menerima RM42juta daripada SRC International yang mana dakwaan juga dimasukkan dalam akta AMLA.

Di luar jangkaan semua pihak bahawa Shafee akan didakwa berasaskan bayaran guaman yang beliau terima, namun, bagi maksud melumpuhkan pertahanan DS Najib Razak, maka taktik kotor digunakan.

Kerajaan PH yang diketahui Tun Dr Mahathir yakin tidak akan menang melawan DS Najib Razak, tanda-tanda itu, apabila Peguam Negara Tommy Thomas enggan mengetuai pasukan pendakwaan terhadap mantan Perdana Menteri ke-6 itu, sebaliknya melantik peguam luar, iaitu Sulaiman Abdullah dan Sri Gopal Ram.

Sejauh mana berkesannya taktik kotor ini melumpuhkan pertahanan Najib? sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels