20 September 2018

ANGKAT SUMPAH ADUN TAN SRI MUSA: CUBA DISABOTAJ

KALAU lah bukan kerana gerak hati seorang pegawai khas Tan Sri Musa, pada petang 5 September, kemungkinan besar ADUN Sungai Sibuga itu tidak dapat mengangkat sumpah pada petang itu.

Sementara Musa berada di ruang menunggu Pejabat Speaker DUN Sabah, para pegawai beliau didatangi beberapa "pegawai" beruniform kononnya untuk menyampaikan pesanan daripada Speaker DUN bahawa tiada acara angkat sumpah petang itu dan meminta agar rombongan Musa meninggalkan Bangunan DUN dan seterusnya bersurai. Mendengar berita dan arahan itu, seorang pegawai Khas Musa berhubung secara terus dengan Speaker, dan Speaker mengatakan sedang dalam perjalanan ke Bangunan DUN Sabah.

Apa yang akan berlaku, jika pegawai khas Musa itu tidak tergerak hati berhubung terus dengan Speaker? dan rombongan Musa beredar.

Musa mempunyai masa sehingga 11 September, sedangkan beliau perlu ke pejabat SPRM Putrajaya pada sebelah pagi 6 September. Sebagai mana diketahui pada 6 September, Musa dikejarkan ke IJN kerana masalah kesihatan.

Sekiranya pegawai khas Musa itu tidak tergerak hati, besar kemungkinan DUN Sungai Sibuga diistiharkan kosong pada 11 September lalu.

Berbagai usaha menghalang Tan Sri Musa menuntut hak beliau sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah. Selain percubaan sabotaj acara angkat sumpah, sebelum itu petisyen pilihanraya bagi DUN Sungai Sibuga telah dibuat, namun mahkamah menolak petisyen itu dengan kos.




No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels