18 September 2018

MUSA MANGSA MUSLIHAT POLITIK

Seawal Mei, 2012 Sarawak Reports sebuah portal atas talian yang berpusat di United Kingdom kendalian Clare Rewcastle-Brown selepas gagal mempengaruhi pihak berkuasa Malaysia untuk membuat pertuduhan rasuah kepada Tan Sri Taib Mahmud beralih kepada Tan Sri Musa Aman.

Media atas talian itu menulis berbagai tuduhan terhadap Musa dengan menggunakan data-data palsu, kononnya seawal tahun 1996, Musa telah menyalahgunakan kedudukan beliau dengan memberi konsisi balak kepada keluarga dan kroni beliau.

Bagi rakyat Sabah, memang tahu betul, Musa hanya dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada Mac 2003. Dengan sendirinya rakyat Sabah tahu sebarang tuduhan yang dibuat Sarawak reports adalah auta.

Walau bagaimana pun, lawan-lawan politik beliau menggunakan laporan portal atas talian itu sebagai sumber untuk menuduh Musa menyalahgunakan kuasa.

Kalau lah digoogle, rekaan terhadap Musa memang masih tersimpan di maya itu. Berasaskan kepada data dalam talian itu, maka pihak-pihak tertentu penyokong parti Warisan Sabah dan PH membuat laporan kepada SPRM menggunakan data tidak sahih itu. Sebagai impaknya, Musa diminta hadir di Pejabat SPRM Putrajaya pada 6 September, 2018 untuk rakaman percakapan.

Memang penulis maklum, rakaman percakapan terhadap ADUN Sibuga itu tidak dilakukan oleh SPRM sebelum ini walaupun berbagai laporan berasaskan laporan Sarawak Reports, kerana ianya tidak munasabah dan merit untuk disiasat, kerana dakwaan itu tiada asas. Namun selepas Musa dirampas kedudukan beliau untuk sementara, maka pihak-pihak tertentu mengambil peluang itu untuk Musa menarik bendera putih daripada tindakan beliau menyaman TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal di mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu untuk mendapatkan keputusan berkaitan jawatan Ketua Menteri Sabah yang sah berasaskan Perlembagaan Negeri Sabah.

Sebenarnya dakwaan Sarawak Reports bahawa Musa menyalahgunakan kuasa dengan memberikan konsisi balak kepada keluarga atau kroni beliau bercanggah dengan fakta, kerana Musa adalah pemimpin yang bertanggungjawab membatalkan 700 ribu ekar konsisi balak yang melibatkan MALUWA, SEGAMA DAN KELUMPANG. Sebagai perbandingan keluasan hutan kekal Sabah pada tahun 2002 adalah 838 ribu hektar, dan pada tahun 2017 meningkat kepada 1.87juta hektar, bertambah lebih 1juta hektar. Menerusi pertambahan ini, sebenarnya menepis dakwaan bahawa Musa menyalahgunakan kuasa.

Lagipun, sejak Musa menjadi Ketua Menteri, sumber utama pendapatan negeri bukan lagi berasaskan kayu kayan, akan tetapi sudah berubah kepada sektor-sektor lain seperti minyak dan gas, pelancongan, peladangan dan perikanan.

Musa telah menggariskan menerusi Halatuju Pembangunan & Kemajuan Negeri Sabah, bahawa pada tahun 2025, keluasan Hutan Kekal Sabah ditetapkan pada 30% keluasan negeri.

Dakwaan berbagai pihak terhadap Musa sebenarnya muslihat politik, termasuklah tuduhan kononnya beliau membeli sokongan para ADUN STAR untuk menyokong beliau sebagai Ketua Menteri sebelum beliau dan kabinet mengangkat sumpah pada 10 Mei,2018.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels