20 September 2018

PRU-14: MENGAPA RAKYAT SABAH TOLAK KEMAJUAN?

KDNK Sabah pada tahun 2011 adalah RM59.5bilion, Tahun 2016 RM73.8bilion. Kadar itu menjadikan Sabah menempati kedudukan ke-5 tertinggi dalam negara, berbanding ke-14 sebelum tahun 1994.

Pertumbuhan KDNK menyumbang kepada penurunan kadar kemiskinan, dan pada masa yang juga menambah pendapatan rakyat dan negeri.

Tahun 2003, simpanan kewangan negeri hanya RM184juta, pada Disember 2017 RM3.7bilion. Satu peningkatan luar biasa.

Penghijauan negeri terus dilaksanakan apabila hutan kekal bertambah daripada 838 ribu hektar pada tahun 2002 kepada 1,870 ribu hektar pada tahun 2017.

Bandar Kota Kinabalu pembangunannya begitu pesat sekali, namun lebih 50% pengundi menolak kerajaan dan pemimpin yang membawa pembangunan.

Rakyat yang mengundi pada PRU-14 sebenarnya bukan berasaskan kepada pencapaian kerajaan dan pemimpin, tetapi mereka mengundi berasaskan kepada emosi. Mereka terpengaruh dengan janji-janji bulan bintang.

Kini, mereka yang juga menjadi mangsa. Janji-janji tidak mereka dapat, malah mereka dituduh tidak amanah oleh Tun Dr Mahathir berhubungan dengan pemimjam PTPTN yang tidak membayar hutang. Para peneroka Felda juga sebahagian daripada mangsa janji-janji bulan bintang.

Para petani, nelayan, penoreh, pekebun, pemandu teksi juga menjadi mangsa janji-janji bulan bintang.

Rakyat Sabah yang mengundi mereka, kerana termakan janji bayaran 20% royalti minyak, malah Datuk Shafie berdegar-dengar menyatakan, bahawa jika Malaya tidak mahu beri 20%, maka Sabah akan ambil 80%, bagi Malaya 20%. Namun, akhirnya Shafie kecut, apabila Tun Dr Mahathir kata, 20% tidak boleh diberi kerana akan memusnahkan Petronas, malah 5% yang diberikan akan dikaji kerana jumlahnya terlalu besar. Makna kata, rakyat Sabah yang mengundi Warisan dan PH menjadi mangsa Yang Dikejar Tidak Dapat Yang Digendong Berciciran.

Hakikatnya situasi Sabah berbeza. Warisan dan PH tidak menang PRU, akan tetapi kerajaan , sementara Warisan dan PH sekarang di Sabah adalah hasil rampasan kuasa.

Penulis memilih tajuk pada artikel ini, kerana terbukti pada PRU-14 kawasan-kawasan yang maju, terbukti pengundi menolak kerajaan Bn dan pemimpinnya. Sebagai impak kepada pilihan mereka itu, pengundi yang memerlukan pembelaan hilang peluang untuk dibela.

Berasaskan kepada kencenderungan pengundi seperti mana di lihat pada PRU-14, para pemimpin Umno baharu Sabah, kena mencari isu atau butiran yang diketengahkan kepada rakyat, kerana isu-isu pembangunan &  kemajuan bukan lah penarik kepada sokongan.

Think-Think Umno Baharu kena memerah otak, untuk mencari pendekatan baharu, sebagai persediaan berdepan dengan pilihanraya Umum. Fikir-Fikirkan Lah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels