8 September 2018

SABAH HANYA MILIK ORANG SEMPORNA !!!

Sabah pada PRU-14 mempunyai 1.104 juta pengundi, 48,248 pengundi bagi Parlimen Semporna (Dun Senallang, Dun Sulabayan dan Bogaya) mewakili 4.4% daripada keseluruhan pengundi.

Berasaskan kepada peratusan itu, walaupun tidak sampai 5%, namun Sabah kelihatannya milik orang Semporna, mana kan tidaknya Ketua Menteri dan Timbalan Ketua bagi kuota Bumiputera islam daripada kawasan tersebut. Selain itu, Ketua Setiausaha politik Ketua Menteri juga daripada kawasan itu, selain Pengarah Pemimpin Pembangunan Masyarkat (PPM) Negeri. Namun apa yang menariknya, mereka-mereka itu daripada susur galur yang sama.

Adalah dipercayai, selain jawatan yang disebutkan, jawatan-jawatan lain baik peringkat negeri dan Persekutuan, dimonopoli oleh mereka daripada kawasan yang sama, dan daripada susur galur yang sama.

Bagi jawatan penting, hanya Pengarah Yayasan Sabah terkeluar daripada susur galur penduduk Semporna, mungkin sebagai pemudah cara bagi mengaburi mata rakyat secara keseluruhan.

Untuk sementara waktu, penulis belum mendapat data lengkap berkaitan taburan penguasaan penduduk Semporna di Jabatan-Jabatan Kerjaan mahupun GLC, namun berasaskan cakap-cakap, kerajaan sekarang kecenderungan melantik lebih ramai para pegawai daripada Semporna, manakala daripada kawasan lain hanya akan dipertimbangkan berasaskan kesesuaian, dengan kata lain, jika tidak terdapat calon daripada kawasan itu.

Nampak gayanya, jika tidak berlaku perubahan kerajaan, selama 5 tahun, Sabah bakal ditabir urus oleh penduduk Semporna.

Kerajaan yang ada juga, berasaskan kepada prinsip SABAH UBAH, maka mengenepikan Perintah Am Negeri Sabah atau Suruhanjaya Perkhidmatan Sabah, apabila melantik orang bukan dalam sistem pentadbiraan kerajaan menduduki jawatan-jawatan penting, seperti Presiden MPS dan Pengarah Jabatan Air Sabah. 

Penulis yakin, berasaskan prinsip SABAH UBAH, akan ramai lagi orang-orang politik dilantik pada jawatan-jawatan perkhidmatan awam dalam masa terdekat, walaupun sebelum ini Datuk Shafie Apdal sebelum PRU-14 berdegar-degar menyatakan bahawa orang-orang politik tidak akan dilantik mengetuai jabatan-jabatan kerajaan atau agensi yang berkaitan dengan kerajaan.

Rupanya, slogan SABAH UBAH itu, adalah satu kaedah membahagi-bahagikan harta karun, bukannya untuk kepentingan rakyat secara keseluruhan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels