13 September 2018

POLITIK SABAH: MASA DEPAN GABUNGAN BERSATU SABAH (GBS)?

Gabungan Bersatu Sabah (GBS) adalah flatform parti Umno-PBS-STAR bekerjasama dalam bentuk blok politik, serupa dengan Barisan Nasional sebelum ini.

Barisan Nasional Sabah telah bubar, selepas PRU-14.

Dalam rangka politik Sabah, parti yang bersifat berbilang kaum sahaja yang boleh menang dalam pilihanraya, kerana kemajmukkan penduduk Sabah.

GBS memperkuat ikatan antara rakyat berbagai kaum yang diwakili oleh parti-parti yang bergabung.

Umno lebih menonjol sebagai parti bumiputera islam, PBS pula selain mewakili KDM, juga mewakili kaum cina, manakala STAR lebih menonjol sebagai parti bumiputera bukan islam. 

Menerusi gabungan ini, pendekatan yang bakal dilakukan, Umno akan menumpukan wilayahnya di kawasan-kawasan bumiputera islam,manakala PBS dan STAR di kawasan-kawasan bumiputera bukan islam, di kawasan kaum cina akan diserahkan kepada PBS.

Kalau berasaskan persempadanan pilihanraya, kedudukan antara bumiputera islam, bukan islam dan cina cukup jelas. Makna kata, menerusi gabungan itu, masing-masing parti menumpukan penguasaan di kawasan-kawasan sesuai dengan halatuju parti masing-masing.

Asas pembahagian kerusi boleh disandarkan kepada pembahagian pada PRU-14, ertinya Umno kebahagian 32 kawasan, PBS dan STAR berberbincangkan bagi kawasan-kawasan KDM, sementara di kawasan cina, diberikan kepada PBS.

Dalam senario politik terkini, nampaknya kawasan-kawasan KDM akan kembali kepada naungan PBS dan STAR. Hanya di kawasan bumiputera islam Umno berhadapan sengit dengan Parti Warisan Sabah, sementara PBS berdepan dengan DAP dan PKR di kawasan kaum cina.

GBS kerana bekerja secara “smart” kalau mahu menjadi teraju kepada Kerajaan Sabah untuk masa yang panjang, seperti mana Bn Sabah yang bermula tahun 1994.

Sudah tiba masanya, parti-parti dalam gabungan itu bekerja di wilayah masing-masing sebagai persiapan menghadapi pilihanraya.

Gabungan itu juga kena mencari satu slogan sebagai misi dan visi bagi maksud menggamit sokongan rakyat.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels