19 September 2018

DAKWAAN KHIANAT: HALANG MUSA JADI KETUA MENTERI

Perang saraf digerakan, termasuklah siaran DailyExpress (keratan) yang memetik blogger Raja Petra Kamarudin (RPK), admin master Malaysia Today, namun selepas penulis melayari blog itu, tidak terdapatpun artikel yang mengandungi apa yang terkandung dalam tulisan Daily Express tersebut.

Perang saraf berkaitan status Ketua Menteri Sabah sedang berjalan, sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, pada 26 Ogos, 2018 (petikan itu menulis 28 Oktober,2018 (Ahad). 

Persoalannya, mengapa sampai DE memetik "tulisan' seseorang yang tinggal di Manchester, United kingdom yang kononnya mengatas namakan Pejabat Peguam Negeri Sabah, sedangkan DE adalah surat khabar tempatan Sabah, lagi pun Ketua Editor harian itu, pasti kenal dengan Peguam Negeri Sabah.

Laporan itu sebenar perang saraf untuk mengumpul persepsi, kerana besar kemungkinan pihak tertentu sudah merasa bahang, bahawa peluang mereka terhadap saman Tan Sri Musa Aman terhadap TYT Sabah dan Datuk shafie Apdal akan berpihak kepada Musa.

Jika Mahkamah membuat keputusan berasaskan Perlembagaan Negeri, memangpun kebenaran dipihak Musa, kerana jawatan Ketua Menteri Sabah hanya akan terlucut melalui 3 faktor- Kematian, letak jawatan dan kehilangan sokongan di DUN semasa persidangan DUN.

Musa dan kabinet beliau mengangkat sumpah jawatan pada 10 Mei, 2018 didepan TYT Sabah disaksikan oleh Hakim Besar Sabah & Sarawak, Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Negeri Sabah dan para pegawai daripada Persekutuan dan Negeri, kerana beliau mempunyai 31 ADUN daripada 60 berikutan Keputusan PRU-14 pada 9 Mei,2018.

Musa dan kabinet beliau mengadakan mesyuarat kabinet pertama pada petang 12, Mei, 2018, sebelum TYT Sabah membenarkan Datuk Shafie Apdal membaca watikah perlantikan Ketua Menteri pada malam 12 Mei, 2018. Semasa Shafie membaca watikah perlantikan, sejam sebelum itu, Musa mengeluarkan kenyataan akhbar, bahawa beliau masih merupakan Ketua Menteri yang sah, memandangkan tiada seorangpun anggota kabinet beliau telah meletakkan jawatan.

Mengapa timbul dakwaan atau tuduhan khianat? Apa yang dikhianti Musa? Sedangkan berasaskan senario selepas 12 Mei, 2018, Musa lah yang dikhianti!!!!

Penulis beranggapan, setiap yang hak tetap akan mendapatkan haknya, apapun muslihat yang bakal dilakukan. Memang diakui, ada sebahagian pihak menyokong menafikan hak Musa, namun ada juga yang mahu mempertahankan hak beliau.

Jangan lah kerana kuasa, maka ada pihak-pihak tertentu bersubahat menghalalkan cara... Bukti nyata, di depan kita, Dato Seri Anwar Ibrahim dinafikan hak beliau selama 20 tahun, namun akhirnya beliau akan mendapat hak itu semula. Makna kata, tiada perbuatan manusia yang kekal.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels